hati ku memang terlalu gembira dengan kehadiran pink ku
tapi
dalam masa yang sama aku merasa agak gementar untuk ke tepat baru. huhu.. entah macam mana la keadaanya kan. entah2 lagi teruk dari kat tempat sekarang ni. tapi aku dah fikir habis2 untuk menerima apa sahaja yang berlaku selepas ini. huhu
setelah difikirkan kembali, baru ku tahu Allah itu telah memberikan yang terbaik untuk aku. kini baru ku tahu kenapa aku tak ditukarkan masa aku naik pangkat januari lepas. rupanya memang terlalu banyak sebab dan musababnya. tapi ye lah kan. memang Allah buat kerja dia dalam diam dan bila dah terjadi, barulah kita tahu kenapa. semuanya ada hikmah yang tersurat dan tersirat.
1
aku dapat tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah. kalau aku dapat tempat lain masa bulan satu haritu (sepertimana yang telah kuceritakan dalam blog ku yang lepas... yang menyatakan betapa gembiranya hatiku... tapi bila dapat berita yang sebenarnya, semuanya hampeh dan menyebabkan aku menanges berhari2 lamanya)... mungkin aku akan merasakan kepenatan yang 'dahsyat'. maklumlah berita itu menyebabkan aku ditempatkan ditempat yang menyukarkan aku membawa kereta ke tempat kerja dengan alahan yang agak teruk daripada qistina haritu. (masa tu mengandung. hihi)
2
tak dapat la aku melihat2 keadaan rumah baru dengan lebih kerap dan memantau kerja2 kontraktor
3
tak dapat nak menguruskan persekolahan qistina.. alhamdulillah.. semuanya berjalan baik sekrang
4
mungkin bekalan susu untuk baby agak berkurang kerana didapati di sini agak sukar untuk mengepam susu.
sesungguhnya aku berterima kasih kepada MU ya Allah kerana memberikan yang terbaik untuk aku. dan terima kasih kepada abangku yang juga sentiasa sudi mendengar semua rintihan walaupon ianya adalah perkara yang sama diungkit setiap hari. maafkan aku ya Allah kerana selalu merungut walaupon aku tahu semuanya kejadian ada hikmahnya.
terima kasih Allah... terima kasih
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini