Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 1 December 2015

belajar solat

sesi sekolah dah habis.. teringat qis belum lagi ajak dia solat sama.

sebelum ni ada la buat research sikit-sikit.. macam mana nak ajak budak kecik ni solat. ye la kan.. kena la ajar dari kecik.. nabi pon suruh ajar anak solat bermula umur 7 tahun.. dah 10 tahun nanti kalau malas jugak.. rotankan (rotan bukan rotan teruk-teruk.. Islam tak bagi.. rotan hanya untuk pengajaran)..

sepatutnya, dia masuk tujuh tahun dah ajak solat.. maksudnya masa 5/7 la kan.. tapi tak tahu la.. rasa berbelah bagi.. rasa macam tak cukup kekuatan nak ajak dia solat sama.. maklum la diri ni kan agak baran jugak kan. so aku takde la ajak.. walaupon diri rasa sangat bersalah masa tu.. tapi entahla tak boleh nak mula. tak tau nak mula camana..

rasanya cuti sekolah ni la waktu yang paling sesuai nak mulakan..

alhamdulillah.. bila cakap dengan qis, qis kata nak.. (dengan mata bersinar teruja).. ya Allah.. hanya ENGKAU tahu betapa rasa nya masa tu.. sebenarnya masa sebelum cakap dengan qis tu, rasa risau. risau diakata malas la apala kan dengan segala bagai alasan.. tapi ya Allah.. alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan.. takut tiba-tiba ibu jadi singa bila qis bagi alasan.. cakap dengan qis, lepas ni kene solat penuh tau.. 5 waktu.. dan dia pon ok juga..

cakap lagi.. nanti rumah mak solat juga tau bagitau la mak.. dan dia kata ok juga.. ya Allah.. memang rasa lega.. esoknya bila tanya.. solat tak rumah mak.. dia kata tak.. haish budak kecik ni.. kenapa tak.. (nasib fikiran masih waras.. tanya dulu kenapa kan).. dia kata sebab malu.. laaa.. nak malu kenapa.. cakap je la.. hehe.. lepas tu kami pon apa lagi.. bagitau la mak dia.. danlepas tu alhamdulillah.. semua nya berjalan lancar.

semoga istiqomah sayang

testing telekung baru.. adik pon menyibuk nak amek gambar jugak


- bila ingat balik.. bagus juga ajak dia solat masa hujung tahun sebab sepanjang darjah satu, memang dia ada belajar pasal solat kat sekolah.. so, memang senang. ajar pon sikit2 aja. -

- semoga iskandar pon senang -

test telekung ibu buat pulak

Monday, 23 November 2015

penyampaian hadiah sekolah qis

alhamdulillah

berakhir dah sesi sekolah darjah satu. alhamdulillah prestasi qis juga sangat ok tahun ni.. kenapa ok? sebab ibu ayah cuma target dia dapat nombor belas-belas aja.. tapi dia berjaya dapt no.3 dalam kelas. alhamdulillah sangat. walaupon qis dapat nombor yang bagus tahun ni, tak bermakna ibu ayah target dia dapat nombor yang bagus juga tahun depan. yang penting result periksa dia bagus. ye la kan. kalau tengok budak-budak sekolah sekarang ni pandai-pandai. tak mau la dia stress nanti.

sekolah petang pon sama. dapat nombor 3. yang ni memang ibu  ayah langsung tak jangka. ye la sebab masuk sekolah agama dengan 'kosong'. langsung tak kenal huruf jawi. mengaji pon tak pandai. tapi alhamdulillah.. qis dapat tangkap dalam masa sebulan je.. ibu rasa terharu.. rasa nak nangis

tahniah qis. harap qis kekalkan pencapaian.. kekalkan tu maksudnya bukan kekalkan nombor.. cukupla semangat belajar..

#gambartakde
#tatktausimpanmana
#mungkinmasa tukarfon

--->ayah: kalau baca ni.. nanti send gambar qis amek hadiah ye. nanti boleh update gambar dalam ni. dan untuk memori family kita...

Sunday, 1 November 2015

pertunangan adik ipar

24/10/2015

alhamdulillah.. selesai majlis pertunangan adik ipar..

sibuk nak juga duduk situ

ibu ayah bergambar dengan cucu-cucu