Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 2 April 2010

terkenang seketika

aku tak tahu kenapa. semalam aku tiba-tiba terpikir pasal ni. aku rasa macam takde suatu kepuasan dalam hidup ku sekrang. rasa macam banyak sangat dugaan yang harus kkutempuhi (tak banyak pon. cuma terasa berat nak mengharungi).

dua tiga hari lepas. masa duduk2 termenung kat ofis, tiba-tiba aku tanya pada diri aku sendiri. kenapa jadi macam ni ek. aku rasa, dulu banyak yang aku hajatkan aku dapat. aku nak dapat result yang baik. aku nak dapat keje cepat, dan tempat kerja yang aku minat, nak dapat suami yang baik. aku dapat. memang banyak rintangannya tapi aku puas. tapi kenapa sekarang macam ni.

pastu jugak. aku teringat. aku tak buat sesuatu yang aku pernah buat suatu masa dulu membuatkan aku terasa kosong. tapi sebab dah lama tak buat, aku rasa susah nak mulakan balik. dah tak tahu masa bila nak buat. aku rasa sedih. dulu kalau boleh, tiap2 hari aku akan mengaji walaupon sikit. dulu, aku rajin puasa. tapi sekarang, aku rasa susah nak buat mende2 tuh. lagi2 ada anak kecik. bukan aku nak salah kan si kecik tu. tapi, kenapa ada orang boleh buat. aku tak boleh. huhu. salahkan diri aku sendiri.

agaknya. tu la sebabnya Tuhan bagi dugaan kat aku. nak suruh supaya aku kembali lakukan apa yang pernah jadi amalan aku dulu. dia duga aku dengan bagi aku keje tempat yang aku tak minat ni. but. aku still cuba meminati keje aku sekarang. dan aku bersyukur sebab walaupon diduga, DIA berikan aku staf yang baik yang banyak menolong aku. terima kasih ya Allah.

aku dah mintak ngan abang tafsir (mintak abang lagi kan. huhu. tak tahu nak cari kat mana la abang) sebab aku nk letak kat ofis. nak baca sebelum buat keje. sebab kalau bawak quran biasa, nak kene amek air semayang. dan bab puasa, aku berdoa semga aku tabah untuk melaksanakannya. especially yang wajib (puasa ganti) dan kalau ada  peluang, aku cuba buat yang sunat. semoga aku dapat laksanakannya... amin.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini