aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. adakah kerana sesuatu yang berwarna pink akan melayang ke tempat ku ini. owh. pink. pink. pink. pink. pink. merah jambu. merah jambu. merah jambu. entah berapa kali aku menyebutnya. memanggilnya. tapi tak kunjung tiba juga. namun aku masih pasrah dan sabar menanti. bagaikan menanti bulan jatuh ke riba. bagai kan pungguk rindukan bulan. cewah. ayat ku ini bukan main lagi. aku rasa, bunganya cukup mekar. tapi itu hanya luaran yang pastinya bukan yang sebenarnya. sabar. sabar. sabar. sesunggunya sabar itu separuh dari iman.
abah, mak dan adik2 akan pindah ke bukit mahkota pertengahan bulan depan sebab abah akan mula keje kat kl pulak. maksudnya dah tak duk jb lagi. jauh sungguh perjalanan. bermula di KL, ke Terengganu. kemudian ke Labuan, Kedah. kembali ke KL. lepas tu JB dan sekarang kembali semula ke KL. penat memang penat. tapi bagus jugak. kalau tak, memang tak merasa aku dan kaum keluargaku untuk berjalan2 cari makan. abah bukan la jenis yang suka berjalan2 sangt. cuma sekarang ni, banyak jugak jalannya. mungkin sebab anak2 dah besar. tanggungan pon dah kurang. gaji pon dah besar. abah dah dapat tukar. aku? yang pasti. aku akan sentiasa berdoa agar diberikan yang terbaik. jika tidak, itu adalah satu dugaan yang mesti aku tempuhi lagi.
sesungguhnya. aku akan merindui JB. selama 6 tahun aku belajar kat sana. mengenal erti hidup. dan sememang nya aku gembira bila abah ditukarkan ke jb dulu. aku boleh melihat UTM walaupon hanya dikejauhan. sepanjang abah duk kat jb memang jarang aku balik. ye lah. abang tu asyik bz. nak dapat cuti pon susah. sampaikan susah untuk aku menjawab kalau sesekali mak bertanya bila nak balik. nasib baik jugak abah selalu turun KL memandang kan rumah yang aku duduk tu umah dia.
tadi, aku macam terdetik nak balik jb untuk kali terakhir. lepas ni mungkin boleh pergi lagi. tapi untuk melancong la pulak. bukan melawat orang tua. tapi bila aku cek tiket. huhu. mahalnya. terbantut niat murni ku itu. nak mengharapkan abang. memang sah tak dapat. takpelah. aku pasrah.
dengan perpindahan family aku ni, rasanya kerap sket la aku menjenguk diorang. lagi2 bila abang bekerja pada hujung minggu. tapi. kalau dah selalu sangat. aku takot jugak orang akan boring. tu la perasaan aku kalau balik seremban. aku macam terasa orang boring je bila kitorang selalu sgt balik. yang diorang tak boring sebab ada qistina. huhu. ye la kan. seperti semua sedia maklum, aku ni bukannya jenis yang pandai nak amek hati. so, susahnya aku rasa. tapi tu semua keluarga abang. aku kene biasa kan juga. dah 3 tahun. masih lagi terasa kekok. memang dari dulu aku berpendapat, lebih terasa jika kita jarang2 balik. huhu. tengok la nanti macam mana. selalu ke aku balik bukit mahkota tu.
sekarang ni, tengah dengan tak sabarnya menunggu rumah ku siap. taksabar nak duduk umah sendiri. nak guna barang2 sendiri. decorate sendiri ikot citarasa sendiri (berapa banyak sendiri da) tapi... huhu. semuanya melibat kan duit. tapi aku nak jugak rumah itu yang tercantik. hari2 balik keje tengok progress umah. nampak macam dah sampai kat roof. diorang dah mula psang truss. kalau ikot jadual, umah tu akan siap ujung tahun ni. atau awal tahun depan. seronoknya.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini