Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 1 December 2011

semuanya hancur

pagi ni agak lambat masuk ke tempat kerja baru memandangkan hari lapor diri. jadi aku pergi kerja dengan bermalas-malasan kerana takkan nak serang ofis  baru di pagi2 buta. hehehe...

penempatan entah. tak tahu lagi sebab diorang nak bawa masuk meeting dengan pengarah isnin depan. tapi setelah dirisik2 aku dapat tahu aku dimasukkan di bawah team pemantauan. hmmm.. nampaknya aku masih dibayangi dengan tempat kerja lama. tapi aku masih bersyukur kerana sekurang2 nya kerja di sini lebih jelas halatujunya. dan lebih mudah untuk aku membuat kerja. syukur. syukur....

dengan ada anak kecik ni, lebih elok utnk aku tak selalu sangat outstation. so, bagusla kalau dapat stay bawah unit ni. semoga aku dapat lebih banyak menghabiskan masa bersama si kecik juga qis walaupon qis asyik nak meragam je.

tapi aku tak puas hati dengan perpindahan aku di tempat lama. kalau tak kerana tempat lama tu, mesti aku tak kene kerja tempat ni. hahaha.. tak baik kan aku asyik nak merungut je. memang duduk berkerja di tuuuuuuttttt... adalah satu mimpi ngeri bagi aku. mimpi ngeri yang tak dapat aku lupakan.

sekali lagi.
terima kasih ALLAH

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini