Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 21 November 2012

alhamdulillah... batuk sembuh akhirnya

dah pukul 430. malas kerja dah. semua orang pon dah takde. jadi kerja aku bertukar di sini...

masih sedey dengan prestasi dia. tapi abaikan la. agaknya memang dah sikap dia macam tu kot... di atu sapa??? korang tahu kot.

untuk makluman korang. sejak bulan pose aritu, aku kene batuk. bukan batuk yang sikit2. teruk. sampai terkucil-kucil... sedih sangat rasa.... beraya dengan batuk yang teruk memng amat la tidak ok nya....lepas tu baik sekejap lepas makan ubat batu cap ibu dan anak... sekejap aja ok... lepas pindah rumah, mula teruk balik.. aku suspek habuk sebab baru pindah tapi tak kebah jugak.. agaknya ubat batuk yang aku makan tu dah tak kuat dengan batuk yang semakin kuat tu... (apa ni cakap pon dah pening). aku try la cari ubat lain.. makan punya makan. aku rasa aku makin teruk. terasa mengantuk yang amat sangat. pastu pening. huhu... kadang2 berak2 jugak. huhu...

ihsan google (gambar aku punya cari dalam phone dah tak jumpa)


mula2 takot pregnat... opsss... memng alahan aku dua2 budak kecik tu adalah batuk berpanjangan.... tapi datang bulan... pastu terpikir yang bukan2.. takot jugak orang hantar tuuuuuttttt.... maklumla kerja abang terdedah dengan........ dan dengan aku yang dah tak sempat nak baca Quran (hope bila budak2 besar, dapatla aku meluangkan masa untukNYA)... dan subuh selalu terlajak kalau hujung minggu... ya Allah... ampunilah hambaMU ini....pastu terbaca pulak ni.....lagi la takot


lama2 aku tryla makan madu + limau nipis @ kasturi... hasilnya agak lambat.tapi alhamdulillah... dah seminggu ni aku tak batuk dah.. syukur ya Allah... memang tak diragui lagi ubat diptaan Allah.... banyak lagi khasiat madu ni... bacala sendiri yer blog ni....

in sya Allah... lepas ni nak amalkan makan madu n limau... daripada pembacaan jugak (dah malas nak google)... limau boleh mengelakkan tuuuuuttttt (yang dinyatakan di atas)... dan jugak madu untk menambah tenaga...


No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini