Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 29 November 2012

syukur

alhamdulillah.. sekrang dah berjaya untuk tinggal di rumah sendiri walaupun ianya cuma la sebuah apartment kecil... (hmmm.. orang lain semua duk berebut nak duduk rumah atas tanah.. kau cari umah atas angin...) takpelah.. yang pneting, ada tempat berteduh..

xde apa yang diceritakan cuma syukur banyak kepada ALLAH sebab memudahkan segalanya dan syukur juga sebab bila tengok harga rumah sekarang terlalu mahal dan tak mampu untuk dimiliki....mungkin ada orang kata kami orang kaya. sebenarnya tak... tapi sikap berjimat cermat membolehkan kami mampu untuk bayar deposit. mampu untuk cari/ sediakan perabut rumah yang nampka mewah. syukur...

so, kesimpulannya... sikap berjimat tu amat penting. macam aku, aku dah berjimat sejak zaman sekolah. masa sekolah rendah, makan bekal mak bagi je... duit abah bagi semua simpan walaupon cuma dapar 20 sen sehari... masa sekolah menengah, sekolah asrama. duit pon simpan je la memandangkan makan semua di supply... beli kalau dah teringin sangat je...masa kat U pon sama setakat beli makan dan keperluan sahaja... duet PTPTN banyak berlebih dan syukur dapat guna untuk master dan masih berbaki... dengan duit baki itulah ku guna untuk bayar deposit rumah campur dengan sikit duit simpanan masa kerja ni...

mmm terpikir macam mana nak ajar anak berjimat jugak

eh melalut pulak.
dan selama 5 tahun kawen, kami jugak berjimat... simpan sikit2 untuk isi rumah yang bakal kami isi... dan sekarang kami puas... cuma kadang2 bila tengok kawan2 berbisnes jeles jugak.. tapi apa boleh buat, kalau nak bermewahan terpaksalah berjimat... nak cari duit tepi tak pandai kan...

cuma tengah terpikir jugak untuk cari rumah atas tanah bila kami dah tua nanti. in sya ALLAH... semoga tercapai impian kami nanti. amin

gambar ihsan google: bole la kot nak buat rumah macam ni... atau lebih best lagi.. hehehehe
(berangan dulu tak salah kan)



No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini