bestnya bila bercuti panjang...
hmmm sekarang aku lebih suka duk umah berbanding kerja berbanding tiga tahun pertma keje dulu (2006-2009).. mungkin banyak dipengaruhi keadaan ofis yang tak menyenangkan bagi aku... hehehe... lepas bulan 9 2009.. dah malas keje... dan semakin terbiasa dengan keadaan tu. takut nanti bila dah kene kat tempat busy aku stress... harapnya aku dapat menyesuaikan diri. hehehe..
beberapa hari sebelum cuti panjang, abang bitau family dia ajak piknik kat PD. wahhh.. bunyi seronok aku pon mulalah terpikir nak buatkan apa kat sana ye?? takkan nak pergi tangan kosong je.. tapi nak buat sorang macam tak best. hehe.. jadi aku pon suh abang import adik dia tolong aku buat kueh.. tadaaa... ni la kuehnya...
![]() |
| kulit tart kali ni cantik sket.. hehe.. adik ipar yang buat.. kalau aku semuanya nak cepat sementara budak ok... huhu.... |
![]() |
| hasil kueh yang paling cantik pernah aku buat.. |
semua orang suka. semua suh ajar. hepi sangat. aku bukan takmo ajar tapi malu la nak ajar. karang kalo ajar tak jadi pulak. hehehe. (dah biasa sangat macam tu).. aku pon belajar dari internet je. abang pulak tak puas makan agaknya. malam tadi suh buat lagi siap bawak bekal lagi. hehehe... tapi buat cream puff je la. nak wat tart memang tak sanggup. lagipon bahan nak buat tinggal tepung.. butter denga telur dah habis.. cepat betul telur habis sekarang ni,.. dulu kalau beli telur lama sangat nak habes.. hehehe.. :)
pergi PD hari ahad.. jadi tak dapat nak tengok abah. hope abah tak kesah. sampai PD dah tengah hari. diorang kata sampai sana kul8. mak aih awalnya. tapi bagus jugak aku sampai lambat. dua-dua budak kecik tu rimas. semua tak suka pasir. aduhai... menangis aja la pulak iskandar tu... ingatkan dapat la tido PD satu malam tapi katanya bilik penuh.... so balik semban balik la.. ingtkan isnin nak tengok abah tapi abah pulak pergi kenduri kat kampung. pastu amik barang ami kat sekolah teknik dia kat jasin. hari ni nak daftar kat mrsm kuala lipis.. ada jugak adik aku yang mewarisi 'ke mrsm man' aku... huhu.. so, selasa dapat la tengok abah sekejap. abah tak berapa sihat lagi. tapi lega... hmmm.....
mengharap cuti panjang lagi.. huhu.....



Betul la umi, bila dah lama keje, mula la rasa malas kan. Asik rasa nak cuti je.. nak2 aku ni cuti 3bulan,malasnya nak keje!!! huhuhuhu
ReplyDeleteHe...tula..camana nk tggu pencen ni.haha
ReplyDeletekeje, umi, keje. kang dah pencen tetiba rindu nak keje pulak. hee~
ReplyDeletehehe.. tu la.. entahla wani. dah nama pon manusia.. tak pernah cukup serba serbi
Deletepeh, pencen lagi puluh tahun...huhuhu... sungguh jauh pandangan ko...hahaha
ReplyDeletehehe.. kita kene sentiasa berpandangan jauh.. hehehe
Delete