Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 18 February 2013

hujung minggu ni sangat best

hari ni seperti biasa.. malas bekerja.. huhu... tapi sebenarnya kerja banyak... ya Allah berikanlah kekuatan untukku terus bererja dengan hati yang ikhlas dan tenang..

tapi sebelum bekerja nak menulis di dairi hatiku ini... ewaaahhh

minggu ni amat la best nya sebab abang tak bekerja.. amat jarang abang ada kat rumah masa hujung minggu ni.. jadi hatiku memang berbunga2.. so, kami buat keputusan duk umah je.. asyik balik umah mak n mak mertua je kan...

hari sabtu

jalan2 KLCC.. buat kali keduanya kami berjaya membawak baby n qis pergi tengok wayang. minggu lepas tengok citer hantu sin mon tu.. pastu sabtu haritu tengok cerita kerat 14... sebenarnya nak tengok die hard. tapi budak2 takleh masuk daaaa... jadi dengan terpaksanya tengok la cerita tu walopon tak best. hahahaha... baby cam biasa tido dengan makan popcorn.. hehe.. qsi je la melayan.. mungkin sebab ada polis dalam cerita tu jadi dia layan je. walopon sebenarnya dia kata nak tido jugak. hahaha...


tengok air pancut kat  klcc

kami nak balik dah

sebelum ni pernah bawak qis tengok wayang.. percubaan pertama. cerita budak setan. sudahnya abang kene duk luar sebab dia tak dapat dikawal. huhu

minggu lepas tengok citer husin  mon tu.. qis gila dengan lagu yang ezlynnn nyanyi dengan awie tu. waaaa... aku dah naik muak dengar dia asyik bukak lagu tu kat tab dia.. dia memang saja bukak sebab nak hafal algu tu.. huhu.. budak kecik nyanyi lagu tu...

hari ahad

ada appoitment ngan doc gigi.. nak cek gigi baby n qis. tapi tak berjaya cek gigi baby. sebab dia takmo bukak mulut.. huhu.. kesian dengan gigi baby tu.. rasa nak cepat dia besar. supaya gigi kekal dia tumbuh... huhu.. ibu yang nangis.
qis cek gigi

pastu gie midvalley.. ayah dia pergi janji pulak nak belikan dapur untuk qis.. sebab kat klinik tu ada dapur. budak xmo balik. nak main. sadis... mahalnya abang!! ingat nak tengok wayang jugak tapi xde cerita best.. so kami balik.

sibuk masak

naik tut tuu kad midvalley
petang tu try buat puding roti.. xtau samada betul ke tu rasa dia. tu ke rupa puding roti sebab tak pernah makan lagi la buat kan? hihi.. kalo tu la rupa dia.. patutla aku tak makan sebab tak cantik. hahaha.. tapi rasa dia best.

weekend yang best walopon penat

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini