Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 19 November 2013

musim periksa.. musim keputusan periksa

bila musim-musim camni.. mulalah aku akan tersedih sedih sket.. hmm.. entah la... nak sedih kan. nak buat camana.. cuma perlu banyakkan sabar je la. kalau tak sedih terlebih, lagi susah nanti..
gambar qis zaman bila ni???

mm bukan apa.. ramai yang pos pasal kecemerlangan anak-anak masing-masing.. ye la kan mak bapak mana yang tak gembira bila anak semuanya pandai dan cemerlang dalam semua aspek. daan bila dah gembira secara otomatiknya nak share dalam fesbuk, twitter dan sebangainya.. huhu..

aku cuma mampu melihat je la.. qis buat masa ni belum pandai baca lagi. tu la.. agak sedih jugak. ye la kan. kita hantar sekolah yang keluarkan duit banyak. sebab tu sedih nya terasa. hari-hari menyedapkan diri semoga aku bersabar.. mungkin qis macam aku. lambat. sebab tu dia pon lambat. tapi aritu, nampak macam dia lebih kepada matematik, tapi macam dah tak boleh balik je.. haish.. so, kene sabar. sabar dan sabar.. tak semestinya sekarang tak pandai, nanti dah besar pon tak pandai.. tak semestinya sekarang cemerlang. dah besar nanti cemerlang.. tak semestinya cemerlang kat sekolah tak berjaya alam pekerjaan nanti.. ibu sentiasa doakan anak ibu diberikan rezeki oleh NYA.. in shaa Allah. qis ni, aku tengok ada kelebihan lain... cam contoh dia suka art.. persembahan.. nyanyi.. biarla dia gembira dengan zaman kanak-kanaknya.

mungkin satu hari nanti qis akan jadi macam ni kan.. mudah-mudahan.





No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini