Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 25 November 2013

Malam Dining in bersama KP Selangor (PDRM)

nak dijadikan cerita... pada 23/11/2013.. nama abang naik utk ikut mess night ni.. hehehe.. agak teruja sebab aku first time. abang pon kata dia first time lepas keluar pulapol. hihi.. tarikh ni pon dah ditunda dari... (eh tak hengat la pulak).. tapi tarikh yang ni seminggu sebelum je baru dapat tahu. huhu.. aku pulak memang tak plan nak pakai baju laen. baju  nikah aritu je la. huhu.. tapi bila pikir2 takde tudung yang cantik lak.. teringat tudung pepel.. tapi macam gelap sangat nak banding dengan baju aku yang putih.. pasrah je la. takde masa dah  nak cari tudung lain. huhu.. pastu bila dah sampai harinya baru teringat ada tudung lain yang cerah sikit. boleh la. huhu..

sepanjang majlis berjalan agak terpinga-pinga jugak la.. kiki.. macam-macam protokol.. kejap bangun. duduk bangun duduk.. adeh. exercisse ke apa ni. wakakaka.. pastu makan. makan. makan.. huhu.. kembung perut den ni.. abang kata tak mengenyangkan. so, sebelum pergi makan la dulu sikit. tapi bagi dia je kot tak mengenyangkan.. penuh gilos dah ni perut kekenyangan. hehehe

lepas sang saka biru keluar barulah tak ada protokol sangat. setiap balai kena hantar wakil menyanyi buat persembahan.. best-best jugak suara diorang ni kan. KP Selangor pon nyanyi banyak. huhu.. owh ye.. majlis ni sempena mengalu alukan KP Selangor yang baru sebenanrnya.. haish.. JKR takde pon kan buat macam ni. hahaha.. sapa nak datang kalau datang kene bayar. he.

dan akhirnya majlis berakhir 0145hours.. hahaha.. ngantuk.. tapi sib baik siang tu dah balun tido.


tempat duduk kami
kat depan lif rumah
nak jugak posing sesorang. hihi
gambar malu meow meow.. adik ipar siap komen gambar ni ada sedikit janggal.. cer teka cer teka.. huhu
kebosanan.. amek gambau je keje.. ada lagi gambar2 kat meja camni
hmmm... nampaknya diriku membesa.. cuba banding dengan gambar yang kat tepi kanan.. aku yang membesar ke abang yang mengecil

makanan pembuka selera katanya

makanan kedua

alamak.. main course tak amek la.. gambar view meja pon jadi la


desert.. tak best.. huhu.. manis yang amat

 hmmm budak-budak kami tinggalkan kat rumah mak aku. nasib baik diorang ok. huhu.. iskandar je la termuntah sikit. lupa nak pesan mak ubat batuk dia. huhu.. kami bagitau qis kami ada keje sikit. tapi atuk dia pergi tunjuk pulak gambar kami berlawa-lawaan tu.. dia cakap kat kami.. ibu ayah tak pergi keje kan malam tadi.. pakai baju cantik-cantik.. macam nak pergi raya.. adik tahu.. ibu ayah pergi makan-makan.. huhu.. kami pandang sesama sendiri pastu senyum.. hehehe.. ayah dia je la balas.. 'sana tak boleh bawak budak kecik dik.. kalau boleh ayah ibu dah bawak dah.. heheh'.. perbualan terhenti begitu saja.. huhu..
kesian diorang kan.. huhu




2 comments:

  1. Hehhehe.. best2.. last pergi mes night 9 tahun lepas.. kali ni x berapa protokol sangat.. kalau x lagi serius majlis.. selagi panji2 x di bawa keluar.. senyap je semua.. makan pun xde bunyi2.. kalau ada lagi next time kita pegi lagi ya.. pasni kita poco2 lak.. hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak. nak. nak pergi lagi.. lepas ni kosongkan perut sebelum pergi.. barula best nak makan. huhu. tapi malu la nak poco-poco.. tak pandai.. huhu

      Delete

tinggalkan luahan hati di sini