jumaat lepas ada parent teacher's meeting day.. mulanya macam malas nak pergi sebab mengingatkan teacher qis yang kitorang pergi yang tak best masa pertengahan semester hari tu. tapi demi qis, kami pergi jugakla. dan. alhamdulillah, teacher lain yang kami jumpa haritu. teacher melayu. macam racist je aku ni kan. biarlah!!.. huhu.. memang best dengar penenrangan dia. dia kata qis ok. cuma malay je tak berapa ok. huhu.. she's malay but weak in bahasa.. owh qis.. kami tanya jugak qis pandai ke baca english.. teacher tu kata ok. pandai. sememangnya aku tak percaya.. tak percaya sangat. huhu.. dan dia very good in math.. huhu. ayah nya kata dia mengikut ibunya.. owh.. ayah tahu tak betapa ibu tak pandai BI, ibu kene pergi kem bahasa inggeris dulu.. memang pengalaman mengerikan. ok la kan daripada kene pergi kem bahasa melayu. wakakakaka....
 |
| sarapan sebelum ke ssekolah qis (bukan senang nak dapat bergambar dengan qis ni) |
 |
| budak kecik yang suka roti canai |
 |
| dekat sekolah. baby memang excitedla |
pastu hari jumaat pon dapat anak sedara baru.. eh.. masuk jugak cerita
 |
| baby x (lum tahu nama) |
hujung minggu kali ni, balik seremban. so, macam biasa akan balik dengan apa-apa bahan yang ada kat dapur. disebab kan teringin nak buat snowy cheese kek, maka mencarila aku cheese dalam aeon kat bawah. mak ai, harga cheese memang mahal ke? tertelan air liur memandangnya. huhu.. tapi nak juga buat kan, so belilah aku dengan jayanya. (tengok la dekat dapur saya hasilnya ye).. hehe.. untuk kek saya buat dua acuan sebab nak bawa ofis dan sebijik kek lagi bawa balik seremban. kebetulan ada besday dua adik ipar, so, tulisla nama diorang. huhu.. tak bermaksid nak buat kan kek harijadi cuma nak buatkan kek untuk family seremban je.. kalau macam ni jenuhla setiap harijadi kena buatkan kek. huhu.. aku tak berapa suka cheese so bagi aku kek tu biasa-biasa aja.. tapi respon dari pemakan-pemakan kek aku, diorang kata sedap. alhamdulillah.. cubaan pertama berjaya. hehehe..
 |
| perjalanan ke seremban.. jauhnya perjalanan |
 |
| berhenti ssarapan |
sabtu dapat makan durian. dengan tak ingat dunia aku makan. huhu.. nasib tak jadi apa-apa. pening-pening ke kan. huhu.. mungkin sebab musim sejuk, jadi kepanasan memakan durian dineutralkan dengan cuaca di luar. huhu. aidil yang hantu durian tu lagi la. makan memang banyak. sepupu-sepupu dia yang sebaya dia pon makan banyak. huhu.. risau jugak menengoknya. tapi nasib baik tak jadi apa-apa.. disebabkan kesedapan memakan durian, macam biasa tak ingatla nak amek gambar. ingat nak buat repeatation hari ahad tapi macam perut terkenyang dengan makanan lain.
 |
| konon-konon majlis besday |
sabtu malam ada buat solat hajat untuk ibu mertuaku. dia selalu sakit kat bahagian perut. semoga semuanya baik-naik aja. dan abah emak yang kebetulan balik kl dari kampung singgah masa kitorang tengah baca yasin. kelam kelibut orang rumah seremban. huhu..
 |
| baca yasin |
 |
| baca yasin - sebahagian kaum lelaki.. tak dapat amek full participan sebab tukang amek gambar adalah abangku.. xkan dia nak bangun tengah-tengah orang baca yasin. huhu |
 |
| inilah kerja budak2 selain main, gaduh.. hahaha |
hari ahad, takda apa yang spesel. taapi mungkin disebabkan musim hujan ni perut asyik lapar je. jadi aku bercadangla buat roti john.. husih sekali hadap 19 ketul roti john satu family. mana taknya. aku pon melantak sampai dua ketul. huhu.. sabar ajala.. kenapa 19? sebab satu ketul lagi roti malaas nak goreng sebab malas nak pecah telur.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini