Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 2 December 2013

cuti masak.. heheheh.. best

hujung minggu lepas memang amat best.. lama sangat rasa tak menghabiskan masa bersama family berjalan-jalan.. selalu kalau hujung minggu asyik balik rumah mak.. mak mertua.. walaupon seronok jugak sebab tak payah nak masak beria-ia tapi entahla.. rasa penat.. rumah mak sendiri lagila tak masak.. hahaha.. setakat potong bawang aja.. huhu.. takot nak kacau mak masak sebab nanti abah komplen. mintak la cuti masak dengan abang.. permohonan diluluskan.. yahooo!!!... tapi kene buat sarapan jugak.. huhu.. orang tu teringin nak makan spaghetti goreng la pulak.. huhu.. padahal baru je buat hari sabtu.. ahad nak lagi.... ok la.. lepas ni nak cuti satu hari tau. hehehehe.. jangan marah ye abang

nak dijadikan cerita, kami plan nak tengok wayang. tengokla kalau jadi hari sabtu. kalau tak hari ahad.. lepas tu jalan-jalan la mana2 sekitar kl.. pada aku, aku memang suka jalan-jalan je.. tak beli apa pon takpe.. entah.. aku suka tengok-tengok.. huhu.. ni ajak abang tengok-tengok mesin jahit dia tak bawak lagi pon.. nak buat perbandingan harga dulu  (eh.. tetiba melalut lak)

tiba-tiba hari jumaat malam.. sedang aku bermalasan, abang mesej kata nak kuar tengok wayang.. aku dengan tak mandi (opss terbocor rahsia lak).. dengan tak bagi budak makan lagi.. dah dekat pukul 9 tu. huhu.. kesian budak2.. terus segar dari kemalasan.. cepat2 suap diorang makan.. solat isyak siap-siap.. tunggu abang balik pastu terus mewayang kan diri.. so far, cerita frozen tu memang best.. dan aku olaf dengan keldai dalam cerita tu memang menarik perhatian budak2.. prince n princess sebagai watak utama takde la sangat.. hehehe..

hehehe.. muka ngantuk dan penat.. dah tengah malam
nampak aidil macam dah besar dalam gambar ni....
olaf adalah menatang yang hidung carrot tu.. hehehe


jadinya plan utk tengok wayang dengan jalan-jalan tinggal jalan-jalan je la.. mula-mula ingat nak tengok wayang barang satu cerita lagi.. tapi kepenatan melayan kerenah budak-budak membuatkan kami terus balik lepas makan malam pada jam 6lebih petang.. hehehe... aidil yang tak reti berjalan.. asyik berlari dengan melompat aja kerjanya... penat. sangat penat. singgah balai mandikan budak-budak.. on da way balik dioraang dah tido dah.. nasib dah siap mandi semua... tapi amat menyeronokkan sebab budak-budak seronok.. :)
sayang ayah la tu konon..
he.. nak menyamakan baju dengan anak bujang.. sanggup pakai inner walopon sebenarnya tak berapa suka pakai macam tu.. huhu.. qis takmo amek gambar dengan ibu..

bila lah lagi nakberjalan ni... abang hutang jalan-jalan bukit cerakah lagi ni.. hahaha.. dari sebelum kawen lagi.. :p

owh ye... nak melalut ke cerita lain.. lanjutan dari cerita nak menjahit hari tu.. hehehe.. dah beli mende2 ni semua.. kikiki.. tapi nak jahit dengan apa ni.. takpe.. kita potong dulu..ada satu seluar qis yang qis dah koyakkan tu, bolehla ibu buat mockup.. hahaha.. tetiba mockup pulak.. macam kat site pulak.. kalau tak sbar sangat, nanti bawak rumah  mak.. hahahaha..


keinginan buat cheese tart dan snowy cheese cake juga.. huhu...


No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini