Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 2 August 2010

ramadhan

nampaknya bulan puasa akan sampai dalam masa terdekat ni. minggu depan jangka NYA. sesungguhnya aku gembira dengan kehadirannya. tapi kali ni, aku rasa takut. takut tak sempat lagi nak ganti puasa yang ada 3 hari lagi ni. aduh. aku sekrang ni cuma menyalahkan diri aku. suka bertangguh. padan muka aku. aku cuma mengharapkan keampunan ALLAH je. harap2 DIA makbulkan doa aku. doa untuk menghabiskan puasa yang aku tinggalkan. siksa rasanya ganti puasa sejak ada anak kecik ni.

pada masa yang sama jugak... aku terpikir. macam mana la keadaan jalan masa balik keje nanti ek? maklum la 1st time berpuasa dari ofis ni. aku harap jalan tak la jem. dan aku rasa, aku tak sanggup untuk mengharungi jem dalam keadaan aku sekrang, keadaan yang sentiasa pening sebab takde keje. bilakah masa ini akan berakhir agaknya. macam mana sambutan raya tahun ni agaknya. abang awal2 dah cakap tahun ni dia tak dapat cuti raya. entahla. aku takde perasaan sgt pon. bagi aku raya sama je. cuma yang lain, pakai baju baru dekat rumah. (jahat kan aku). tapi itulah yang aku rasa. sama je. raya ke tal raya ke. bilalah aku nak berubah. nakberubah menjadi seorang yang sukakan sesuatu yang berbentuk macam ni. kumpul family ramai2. hakikatnya aku tak suka keadaan yang crowded. huhu... semoga ramadhan kali ni memberi kan ruang untuk satu perubahan.

abang aku pulak??
huhu.. sedih tu memang tak leh nak cakap la. makin dekat nak puasa. makin dekat nak raya. makin menjadi2 orang jahat ni buat keje. nak cari duit lebih la katakan. tapi cara nak cari duit tu memang grrrrrrrrrrrr.... tak boleh ke diorang pikir, apa yang diorang buat tu menyusahkan orang lain. menyusahkan banyak pihak. samada yang langsung dan tak langsung. susah sangat ke nak cari keje secara halal. kalau dah tak mampu, buat la cara tak mampu. adoi. kalau keadaan berterusan macam ni. alamt nya. hari2 la aku beli je makanan kat pasar ramadhan nak berbuka. budak kecik tu bukannya bagi ibu dia ni nak masak.

kuih??
tahun ni tak nak la beli kueh. nak beli kerepek je. dan sudah tentu, aku nak mintak adik aku yang tengah belajar kat batu pahat tu belikan. satu je kuih yang aku suka dan memang setiap tahun aku cari. tat gulung. kuih lain, aku tak leh nak makan sangat. setakat sekeping tu boleh la. tapi mak hari tu dah cakap nak buat biskut raya. hmmm... mentang2 la dah duk dekat ngan aku kan. cepat je mak booking aku suh tolong dia. nak harapkan adik pompuan aku yang sorang tu, memang jangan harap la. harapnya aku dapat balik la bulan puasa nanti,

apa lagi nak cakap ek? rasa nya takde dah kot. lepas ni, cerita pasal raya pulak. hihihi

Monday, 26 July 2010

langkawi...... i'll come again

baru balik dari percutian dari langkawi. tapi tak terasa penatnya walaupon duit dah banyak melayang-layang. tapi di sebab kan tu semua dah dirancang, duit memang dah simpan dari awal lagi. alhamdulillah tak melepasi budget lagi. hehehe... pergi sana memang ada satu tujuan je. beli pinggan mangkuk untuk persediaan rumah baru kami nanti. harap2 dapat la duduk rumah tu. jangan la kene transfer mana2. kalau tak, memang rasa terkilan sangat. mmm kalau ikotkan memang nak beli barang banyak lagi. tapi di sebabkan naik flight, aku tahankan dulu. tu pon dah lebih muatan. kitorang kene bayar untuk muatan yang berlebihan tu. tapi takpelah. puas hati sebab barang2 kami selamat sampai. takde yang pecah. memang risau. tapi kami tawakal je. dah usaha bungkus dengan berlapis surat khabar. jadi, kami tawakal je.

pengangkutan?
memang sengaja kami amek kancil. tak teringat nak amek kelisa. padahal lebih kurang je bentuknya. semuanya semata-mata sebab si kecik suka sangat bila naik kete kancil kawan husband. dan memang dia suka. senang di kawal. dan paling ketara. dia suka duk depan sesorang. ibu?? syuhhh...pi duk belakang. jangan kacau adik. ish. ish. ish. lawan tokei nampak.

qistina pulak sepanjang perjalanan@ percutian ni, elok je perangai dia. cuma dia akan mengamuk kalau dia ngantuk je. so, bila dia ngantuk, kitorang balik la hotel. pas dia bangun, sambung balik berjalan2. suka betul budak kecik tu berjalan. tapi paling menyeramkan kalau bawak dia pergi kedai. macam2 dia mintak. bukan nak sangt pon. alahai si kecik. nasib baik ayah pandai putar alam. hehe...masa naik cable car, dia ketakutan. peluk aku sekuat hati sambil cakap 'akot. akot' cian dia. comel je. nasib baik masa balik je. masa pergi tu dia tido, kalau tak, rasanya menangis dia. aku yang dah tua ni pon gerun dan seriau. huhu.. abang relax je. masa naik jambatan gantung dia pon seram juga. bergoyang bila ditiup angin. pastu lantai dia berlubang2 nampak semua lurah kat bawah jambatan tu. eee seram nya. on da way balik, aku kaki ayam je. (pakai heels-so, kene tengok bawah. kalau tak heels masuk dalam lubang. huhu)

kami paling suka makan kat wan thai. sedapnya. tak tahu la sedap sebab kitorang kelaparan sebab berjalan sepanjang siang. tapi hari ketiga tak dapat makan kat sana. kitorang sampai kul 3.30 ptg. kedai tu tutup pulak 3 petang. melapas la kitorang nak makan kat situ disiang hari pada hari terakhir (hari sebelumnya makan malam je). yang bestnya bila tengok si kecik makan begitu berselera. tambah2. bukan orang tua je tau yang suka makan kat situ. si kecik pon makan bertambah2. wahhh promote nampak. bestnya kalau dapat elaun promotion. sapa2 kenal tokei wan thai ni, bitau la suh bagi elaun kat saya. hahaha. dan yang paling mengagum kan bila si kecik amek kain alas peha sebelum makan. ayah ibu tengok sambil terlopong. mana budak kecik ni belajar. lucu sangat. rasa nak gelak guling2 kat situ. dan sekali lagi best bila nasi yang terabur kat kain tu dah banyak, dia amek kain tu dan kibaskan ke bawah. lepas tu letak balik kain tu klat peha. comel nya.

sepanjnag kat sana jugak si kecik asyik nyanyi lagu buring kakak tua je. sebabnya. ada satu pamplet tu ada gambar burung kak tua. aku pon cakap la kat dia. ni la burung kakak tua. so, setiap kali nampak je gambar tu, dia mesti nyanyi. he. pergi underwater pulak jumpa burung tu lagi. menyanyi lagi la dia. jumpa burung yang betul pulak tu.

masa 18 hb tu. dari masa menunggu flight. sampai la ke langkawi. banyak sangat dugaan. kesian abang. dah la hari tu besday dia. pada aku, tu semua tak jadi masalah. sebab aku ada abang. semua tak rasa apa. masa berlalu cepat je. waaaa...

flight dari kul 7... delay sampai kul 10. cuaca tak berapa baik. hujan je. nasib baik sangat si kecik baik. cuma tak nak pakai kasut je. nasib baik aku bawak stokin. aku tak tahu kenapa aku bawak. memang dia tak pernah nak pakai sock sejak dari kecik. so, kalau dia pakai stokin, tak nak pakai kasut pon, ok la. hitam legam dibuatnya stokin tu. takpelah. asalkan kaki dia kecik bersih. cuma berdoa takde mende tajam je la.

sampai2 je langkawi, takde orang pulak tunggu kat lobi. lama kitorang tunggu. sampai kul12. adoi. patutnya tak boleh la macam tu kan. last2 kitorang cari je hotel. dapat la kat awana porto malai. waaahhh.. memang grand sangt duk kat hotel ni. tapi harga nya pon hilang nafas sekejap. tapi esoknya, masa nak check out, dapat berita gembira. dapat diskaun 50%!!! sebabnya?? kitorang check in lepas kul 12midnight n keluar sebelun 12 noon. syukur. lega sikit kitorang. lepas tu jalan2 jap. baru pergi balik resort yang memang kitorang dah booking tu. lepas berbincang , dapat la kitorang check out lamabat sikit masa hari terakhir sebab kitorang dah rugi satu malam kan??

masa balik, semuanya berjalan lancar dan penerbangan berjalan seperti yang dijadualkan

the end

Wednesday, 23 June 2010

kerinduan

aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. adakah kerana sesuatu yang berwarna pink akan melayang ke tempat ku ini. owh. pink. pink. pink. pink. pink. merah jambu. merah jambu. merah jambu. entah berapa kali aku menyebutnya. memanggilnya. tapi tak kunjung tiba juga. namun aku masih pasrah dan sabar menanti. bagaikan menanti bulan jatuh ke riba. bagai kan pungguk rindukan bulan. cewah. ayat ku ini bukan main lagi. aku rasa, bunganya cukup mekar. tapi itu hanya luaran yang pastinya bukan yang sebenarnya. sabar. sabar. sabar. sesunggunya sabar itu separuh dari iman.

abah, mak dan adik2 akan pindah ke bukit mahkota pertengahan bulan depan sebab abah akan mula keje kat kl pulak. maksudnya dah tak duk jb lagi. jauh sungguh perjalanan. bermula di KL, ke Terengganu. kemudian ke Labuan, Kedah. kembali ke KL. lepas tu JB dan sekarang kembali semula ke KL. penat memang penat. tapi bagus jugak. kalau tak, memang tak merasa aku dan kaum keluargaku untuk berjalan2 cari makan. abah bukan la jenis yang suka berjalan2 sangt. cuma sekarang ni, banyak jugak jalannya. mungkin sebab anak2 dah besar. tanggungan pon dah kurang. gaji pon dah besar. abah dah dapat tukar. aku? yang pasti. aku akan sentiasa berdoa agar diberikan yang terbaik. jika tidak, itu adalah satu dugaan yang mesti aku tempuhi lagi.

sesungguhnya. aku akan merindui JB. selama 6 tahun aku belajar kat sana. mengenal erti hidup. dan sememang nya aku gembira bila abah ditukarkan ke jb dulu. aku boleh melihat UTM walaupon hanya dikejauhan. sepanjang abah duk kat jb memang jarang aku balik. ye lah. abang tu asyik bz. nak dapat cuti pon susah. sampaikan susah untuk aku menjawab kalau sesekali mak bertanya bila nak balik. nasib baik jugak abah selalu turun KL memandang kan rumah yang aku duduk tu umah dia.

tadi, aku macam terdetik nak balik jb untuk kali terakhir. lepas ni mungkin boleh pergi lagi. tapi untuk melancong la pulak. bukan melawat orang tua. tapi bila aku cek tiket. huhu. mahalnya. terbantut niat murni ku itu. nak mengharapkan abang. memang sah tak dapat. takpelah. aku pasrah.

dengan perpindahan family aku ni, rasanya kerap sket la aku menjenguk diorang. lagi2 bila abang bekerja pada hujung minggu. tapi. kalau dah selalu sangat. aku takot jugak orang akan boring. tu la perasaan aku kalau balik seremban. aku macam terasa orang boring je bila kitorang selalu sgt balik. yang diorang tak boring sebab ada qistina. huhu. ye la kan. seperti semua sedia maklum, aku ni bukannya jenis yang pandai nak amek hati. so, susahnya aku rasa. tapi tu semua keluarga abang. aku kene biasa kan juga. dah 3 tahun. masih lagi terasa kekok. memang dari dulu aku berpendapat, lebih terasa jika kita jarang2 balik. huhu. tengok la nanti macam mana. selalu ke aku balik bukit mahkota tu.

sekarang ni, tengah dengan tak sabarnya menunggu rumah ku siap. taksabar nak duduk umah sendiri. nak guna barang2 sendiri. decorate sendiri ikot citarasa sendiri (berapa banyak sendiri da) tapi... huhu. semuanya melibat kan duit. tapi aku nak jugak rumah itu yang tercantik. hari2 balik keje tengok progress umah. nampak macam dah sampai kat roof. diorang dah mula psang truss. kalau ikot jadual, umah tu akan siap ujung tahun ni. atau awal tahun depan. seronoknya.