semalam 15 jan...
akhirnya.. abah aku pergi la menghantar tanda kepada bakal menantu nya yang kedua. adik aku yang aku ceritakan dalam blog aku yang lepas. bakal menantu 2. kenapalah aku rasa tak puas hati. haish. susah jugak kan. niat adik aku tu baik tapi aku rasakan majlis ni hanya berpihak kepada sebelah pihak sahaja. kebnapa aku cakap macam tu???
tarikh nikah n tarikh kenduri jaraknya begitu jauh
haish.. dahla jauh. terengganu tu tau. bukan seremban. atau KL atau tanjung malim. wwaaaa.... nikah sebulan sebelum kenduri. bermakna... tahun ni ada dua kali aku terpaksa turun terengganu. nampak gayanya. memang tak dapat la nak turun kenduri kawen zana. (opsss. adakah zana merahsiakan hal ini. maap ler zana. huhu...).. kenapa ek??/ semuanya gara2 adik aku yang tak nak kawen pada tarikh yang sama dengan adik si perempuan. dah la adik aku yang no. 4 tu dah mengalah. kalau tak, memang abah pon nak samakan tarikh je. teruk betulla. dia tak tahu ke semua mende sekrang ni nak pakai duit. bila buat sekali, kurang sikit budgetnya. dia ingat dia anak raja ke apa nak demand lebih2. haish. geram sesangat ni. geram. kalau tegur sikit karang merajuk. kat sini je la aku menegur dia. memang dia tak baca pon. luahan perasaaan kakak kau ni. huhuhu
kenapa aku tak puas hati lagi???
jauh tau tak nak pergi sana sini dengan anak kecik. dah la si kecik tu bukan main lagi lasaknya. pastu, banyak nak pakai duit. bukan nak berkira. tapi sejak ada rumah sendiri, kereta sendiri n anak dah sekolah. duit tu begitu bermakna. nanti kat sana nak duk mana. duit lagi. huhu. kalau dia tu kaya sponsor kami ni semua, lain la jugak. huhu.. rasa nak jerit je... for me sekali cukupla.. dengan mak abah yang dah tak larat nak travel jauh2 lagi.
kenapa lagi???
cuti la. kena amek sampai dua kali. kalau aku, aku tak kesah. tapi abang aku tu bukan senang nak amek cuti. aku tak nak la pergi sana dengan anak2 je. aku nak abang ada... huhu
tapi...
nasib baik dia buat makanan sedap semalam. terubat jugak kemarahan aku. sikit jela. nasi dagang tu memang the best. dah lama sangt mencari nasi dagang tuh. huhu... yang paling best. abang kata, kenapa muka bakal adik ipar aku tu nampak lagi tua dari aku... wing wing wing.. aku senyum simpul dengan mata berkelip...
apapon, semoga korang bahagia. n semoga adik aku berubah perangai nya selepas kawen nanti. jangan terlalu sensitif. jangan asyik nak merajuk. kuat sikit bekerja. nak tanggung anak orang bukan senang..
camananla nanti kenduri kat umah belah aku. aku still berfikir dan pening. masa aku dulu, senang sebab ada rukun tetangga. kat rumah sana tu ada ke??? ya Allah.. berikan kemudahan atas segala urusan kami nanti.
Pages
Wanita…
Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan
Monday, 16 January 2012
Monday, 9 January 2012
mode sedih
hari ni, pagi ni aku dikejutkan dengan satu khabar yang sedih dari abang. huhu... kawan aku, juga kawan abang telah kehilangan baby dia yang masih dalam kandungan. kalau tak silap aku, dah 7 bulan kot. patutnya due dalam bulan 3 ni. rasanya baru je jumpa dia bulan lepas. dia dengan wife nampak hepi nak sambut putera baru dalam keluarga diorang memandangkan dia baru ada puteri di dalam keluarga.
pasal apa? aku tak tahu lah. sebab nak dapat cerita dari tuan punya badan, masih tak dapat sebab dia mungkin masih kelam kabut menguruskan itu ini. ada member telefon, dia masih di hospital. baby dah selamat dikebumikan pagi tadi. dalam pukul 11 kot. setakat ni abang cuma dapat tanya pasal keadaan dan kenapa tu dari adik member tu je. so, mungkin cerita sebenarnya tak dapat tahu. nanti2 la aku tanya. bila keadaan dah reda.
kalau aku?? waaa tak mau berpantang tanpa si kecik. penat mengandungkan. mesti nak rasa hasilnya. huhu.
apa pon, aku harap dia dan isteri tabah menghadapi segala cubaan yang Allah bagi ni. yang pasti, anak tu
akan tunggu dia dan isteri di sana nanti...
pasal apa? aku tak tahu lah. sebab nak dapat cerita dari tuan punya badan, masih tak dapat sebab dia mungkin masih kelam kabut menguruskan itu ini. ada member telefon, dia masih di hospital. baby dah selamat dikebumikan pagi tadi. dalam pukul 11 kot. setakat ni abang cuma dapat tanya pasal keadaan dan kenapa tu dari adik member tu je. so, mungkin cerita sebenarnya tak dapat tahu. nanti2 la aku tanya. bila keadaan dah reda.
kalau aku?? waaa tak mau berpantang tanpa si kecik. penat mengandungkan. mesti nak rasa hasilnya. huhu.
apa pon, aku harap dia dan isteri tabah menghadapi segala cubaan yang Allah bagi ni. yang pasti, anak tu
akan tunggu dia dan isteri di sana nanti...
Wednesday, 4 January 2012
sweet 17
15 januari 1995 - 15 januari 2012
kalau masih panjang umurnya, mungkin usianya dah 17 tahun kan?? sayang sekali. cuma dapat bertahan selama 8 tahun sahaja. sebabnya?? rasanya biarlah rahsia (eceh.. macam siti lak). sekarang. sekolah tu dah takde. bangunan still ada tapi dah jadi sekolah lain. sekolah agama imtiaz ke kalau tak salah aku.
sekolah ku.. MRYT-MARA Dungun. sayang sanagt sekolah tu sebab ada banyak sebab. huhu apaye?? sebab di situ lah:
- tempat bermulanya aku belajar berdikari. jauh dari mak abah.
- aku kenal cikgu2 yang baik sekali dalam dunia ni. takde cikgu yang baik pernah aku jumpa selain kat situ. (adakah mungkin kerana kami pioneer?? hehehe
- distu jugak kenal kawan2 yang semacam adik beradik. kami close. especially dengan kawan kelas, dorm, n homeroom...
hari ni
alhamdulillah semua bekas pelajar sekolah tu dah menjadi orang yang berjaya. berjaya pada aku bukanlah bekerja dengan jawatan tinggi dan bergaji besar. berjaya sebab anak2 murid situ telah menjadi insan yang berguna dah sekarang. yang tak bekerja, menjadi suri rumah jugak adalah antara orang yang berjaya. pada aku, aku tak mampu nak jadi suri rumah. susah tu... pada yang keje kecik2 anda jugak berjaya sebab tu semua menyumbang kepada kejayaan negara. (ewah.. hehehe)
tapi, baru2 ni aku dikejutkan dengan berita ombak besar kat dungun. masa tengok berita malam tu, aku rasa terkejut sangat. nampak sekolah aku dulu tu kat situ. huhu.. nasib baik jugak sekolah tu dah ditutup. kalau tak, agaknya ada lagi saki baki cikgu2 aku yang masih mengajar kat situ. tak mau la diorang berada dalam bahaya. nak diorang sentiasa selamat dan dilindungi oleh NYA.
![]() |
| (gambar ambil dari google) habis semua jalan ranap.... |
masa tengok berita tu, tiba2 aku teringat pulak aktiviti2 yang pernah kitorang buat dulu. sedihnya. rasa macam dah tak selamat lagi je. ye lahkan. mengikut ilmu yang aku dah pelajari, hakisan ni bukan boleh dijangka. semuanya kejadian Tuhan yang Maha kuasa. kalau nak ditambun balik pon pantai tu, mesti tetap tak sama dengan ciptaan Allah yang satu. sama jugak kalau kejadian tanah runtuh. memang kejadian macam ni tak boleh nak salahkan sesapa. sebab tanah tu boleh berubah perangainya. sama macam manusia. yeahhh.. memang manusia dijadikan daripada tanah. kalau hari ni, kita design sesuatu cerun tuh selamat.. tak semestinya 10-20 tahun akan datang ia sentiasa selamat. sebab tanah tu akan dipengaruhi oleh unsur2 lain macam angin, air.. (eh melalut pulak aku ni)
mmm.... dekat pantai tulah:
- kami berorientasi bersama cikgu kamal. mana ada budak lain berorientasi dengan cikgu. tapi disebabkan kami ni perintis.. dan itulah keistimewaan kami..) owh rindunya.
- kat situ jugak kadang2 kita keluar beriadah kalau tiba2 warden bagi kami kebenaran keluar
- tempat aku termenung merenung ombak (macam ombak rindu lak)
- pada budak2 kelas b.. dulu kita bukak rahsia yang kita main mentor menti kat pantai ni kan.
- tempat kita kacau kapel2 yang sibuk bercengkerama.. haish diorang tak baik sungguh. (agaknya Tuhan dah tak mau tengok tempat tu jadi tempat maksiat lagi la tu)
- apa lagi ek?? lupa dah kot
masa kat sekolah.. kalau hujan lebat malam2 selalu dengar bunyi ombak menghempas pantai (ewah.. ayat tak hengat).. aku takot.. sampai termimpi2. ombak tu jadi besar (eh.. dah terbongkar satu rahsia).. tak sangka selepas 17 tahun, mende tu betul2 jadi. semoga inilah kali pertama dan terakhir.
oklah.. dah la. terhasilnya entry hari ni sebab ulangtahun sekolah tu kalau ia wujud lagi.. cuma terkenang seketika. to all my frens, cikgu. love u so much. entah bila kita boleh jumpa semua beramai2 semula. masing2 sibuk dengan tugasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
