semalam 15 jan...
akhirnya.. abah aku pergi la menghantar tanda kepada bakal menantu nya yang kedua. adik aku yang aku ceritakan dalam blog aku yang lepas. bakal menantu 2. kenapalah aku rasa tak puas hati. haish. susah jugak kan. niat adik aku tu baik tapi aku rasakan majlis ni hanya berpihak kepada sebelah pihak sahaja. kebnapa aku cakap macam tu???
tarikh nikah n tarikh kenduri jaraknya begitu jauh
haish.. dahla jauh. terengganu tu tau. bukan seremban. atau KL atau tanjung malim. wwaaaa.... nikah sebulan sebelum kenduri. bermakna... tahun ni ada dua kali aku terpaksa turun terengganu. nampak gayanya. memang tak dapat la nak turun kenduri kawen zana. (opsss. adakah zana merahsiakan hal ini. maap ler zana. huhu...).. kenapa ek??/ semuanya gara2 adik aku yang tak nak kawen pada tarikh yang sama dengan adik si perempuan. dah la adik aku yang no. 4 tu dah mengalah. kalau tak, memang abah pon nak samakan tarikh je. teruk betulla. dia tak tahu ke semua mende sekrang ni nak pakai duit. bila buat sekali, kurang sikit budgetnya. dia ingat dia anak raja ke apa nak demand lebih2. haish. geram sesangat ni. geram. kalau tegur sikit karang merajuk. kat sini je la aku menegur dia. memang dia tak baca pon. luahan perasaaan kakak kau ni. huhuhu
kenapa aku tak puas hati lagi???
jauh tau tak nak pergi sana sini dengan anak kecik. dah la si kecik tu bukan main lagi lasaknya. pastu, banyak nak pakai duit. bukan nak berkira. tapi sejak ada rumah sendiri, kereta sendiri n anak dah sekolah. duit tu begitu bermakna. nanti kat sana nak duk mana. duit lagi. huhu. kalau dia tu kaya sponsor kami ni semua, lain la jugak. huhu.. rasa nak jerit je... for me sekali cukupla.. dengan mak abah yang dah tak larat nak travel jauh2 lagi.
kenapa lagi???
cuti la. kena amek sampai dua kali. kalau aku, aku tak kesah. tapi abang aku tu bukan senang nak amek cuti. aku tak nak la pergi sana dengan anak2 je. aku nak abang ada... huhu
tapi...
nasib baik dia buat makanan sedap semalam. terubat jugak kemarahan aku. sikit jela. nasi dagang tu memang the best. dah lama sangt mencari nasi dagang tuh. huhu... yang paling best. abang kata, kenapa muka bakal adik ipar aku tu nampak lagi tua dari aku... wing wing wing.. aku senyum simpul dengan mata berkelip...
apapon, semoga korang bahagia. n semoga adik aku berubah perangai nya selepas kawen nanti. jangan terlalu sensitif. jangan asyik nak merajuk. kuat sikit bekerja. nak tanggung anak orang bukan senang..
camananla nanti kenduri kat umah belah aku. aku still berfikir dan pening. masa aku dulu, senang sebab ada rukun tetangga. kat rumah sana tu ada ke??? ya Allah.. berikan kemudahan atas segala urusan kami nanti.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini