Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 17 January 2012

sorotan 2011

hehe.. aku nak mencuri sedikit masa di pagi hari ini... huhu.. (bos.. jangan cari saya dulu pagi2 ni yer.. hehe.. sesuka hati aku je)

patutnya aku kene tulis mende ni di awal tahun tapi dah lebih tengah bulan 1 ni baru nak tulis. hehe.. baru terpikir la pulak.. (malam tadi termenung.. ops bocor lak rahsia)

bulan jan
aku dapat pink form untuk ke sekian kalinya. mula2 hatiku memang berbunga habis sebab aku dapat tahu sebelum tu aku dapat keluar dari ofis yang 'tuuuuuuuuuut'... tapi bila buka je surat kenaikan tuh. tangan aku terus menggigil. still tempat yang sama!!! aku menangis semahunya. biarla apa orang nak kata... bermula dari hari tu, aku mencuba sedaya upaya aku memohon merayu untuk bertukar... huhu..

feb
still mencuba dan terus mencuba. tapi akhirnya aku mengalah. aku pasrah. dah malas nak menunggu. nasib baik aku ada kawan2 di sisi untuk berkongsi suka dan duka. dan aku rasa cukup bangga dengan aida walaupon terpaksa berulang alik terengganu - KL... dia masih nampak hepi. masih ada yang lebih teruk dari aku kan... aku kene bersyukur. sekurang-kurangnya buah hati ku semuanya masih di sisi... beli kerta baru.. hihi...

mac
28 mac dapat seorang putera... sayang bucuk ibu yang kedua. aidil iskandar.

april, mei, jun...
menghabiskan masa di rumah.. cuti bersalin... (sekurang-kurangnya aku tak sanggup untuk berboringan di ofis....)

julai
sudah memulakan kerja.. owh terasa azabnya. tapi biasala bulan julai, aku mesti meng apply cuti untuk segala macam 'perayaan'... besday aku. besday abang. besday qis dan tentunya annivesary kami. tapi kali ni tak pergi jauh pon. pergi potdeksen je. maklum la ada baby. tu pon susah sangat rasanya sebab baby ni nampak nya tak sama macam kakaknya yang suka berjalan. baby lagi suka duduk di rumah.. tak suka di dokong sangat. dia suka bebas.

ogos, sep, okt
masih seperti selalu cuba dan terus mencuba.. sambil2 tu asyik menghilangkan diri dari ofis. pergi tengok renovation rumah yang sedang berjalan. who cares.. aku takde kat ofis tak pernah pon orang cari. kalau aku pergi punch pastu datang balik untuk punch pon xde yang cari.. sedih kan???

november
terdengar berita2 pertukaran lateral. kali ni, aku buat surat..... tiba2 satu pagi aida dapat panggilan telefon. dia kata dia dapat tukar. owh.. aku rasa nak pitam. aku punya takde ke.. tapi aku redha je la time tu. ikot aida amek surat dia. tapi tiba2 jumpa member kat cpk tuh. dia kata aku punya pon ada... ya Allah rasanya nak menjerit melompat di situ jugak.. tapi aku punya lum dapat keluar hari tu. sebab pegawai incharge cuti.. thank u ALLAH.. thank u....

disember
bermula kerjaya aku di  tempat baru. walaupon bukan la tempat yang diidamkan. aku  mula suka dengan kerja aku ni. dan yang paling penting, bos percaya kan aku dan menyuruh aku untuk membuat kerja.

tu je lah kot....

Monday, 16 January 2012

bakal menantu 3

semalam 15 jan...
akhirnya.. abah aku pergi la menghantar tanda kepada bakal menantu nya yang kedua. adik aku yang aku ceritakan dalam blog aku yang lepas. bakal menantu 2. kenapalah aku rasa tak puas hati. haish. susah jugak kan. niat adik aku tu baik tapi aku rasakan majlis ni hanya berpihak kepada sebelah pihak sahaja. kebnapa aku cakap macam tu???

tarikh nikah n tarikh kenduri jaraknya begitu jauh
haish.. dahla jauh. terengganu tu tau. bukan seremban. atau KL atau tanjung malim. wwaaaa.... nikah sebulan sebelum kenduri. bermakna... tahun ni ada dua kali aku terpaksa turun terengganu. nampak gayanya. memang tak dapat la nak turun kenduri kawen zana. (opsss. adakah zana merahsiakan hal ini. maap ler zana. huhu...).. kenapa ek??/ semuanya gara2 adik aku yang tak nak kawen pada tarikh yang sama dengan adik si perempuan. dah la adik aku yang no. 4 tu dah mengalah. kalau tak, memang abah pon nak samakan tarikh je. teruk betulla. dia tak tahu ke semua mende sekrang ni nak pakai duit. bila buat sekali, kurang sikit budgetnya. dia ingat dia anak raja ke apa  nak demand lebih2. haish. geram sesangat ni. geram. kalau tegur sikit karang merajuk. kat sini je la aku menegur dia. memang dia tak baca pon. luahan perasaaan kakak kau ni. huhuhu

kenapa aku tak puas hati lagi???
jauh tau tak nak pergi sana sini dengan anak kecik. dah la si kecik tu bukan main lagi lasaknya. pastu, banyak nak pakai duit. bukan nak berkira. tapi sejak ada rumah sendiri, kereta sendiri n anak dah sekolah. duit tu begitu bermakna. nanti kat sana nak duk mana. duit lagi. huhu. kalau dia tu kaya sponsor kami ni semua, lain la jugak. huhu.. rasa nak jerit je... for me sekali cukupla.. dengan mak abah yang dah tak larat nak travel jauh2 lagi.

kenapa lagi???
cuti la. kena amek sampai dua kali. kalau aku, aku tak kesah. tapi abang aku tu bukan senang nak amek cuti. aku tak nak la pergi sana dengan anak2 je. aku nak abang ada... huhu

tapi...
nasib baik dia buat makanan sedap semalam. terubat jugak kemarahan aku. sikit jela. nasi dagang tu memang the best. dah lama sangt mencari nasi dagang tuh. huhu... yang paling best. abang kata, kenapa muka bakal adik ipar aku tu nampak lagi tua dari aku... wing wing wing.. aku senyum simpul dengan mata berkelip...

apapon, semoga korang bahagia. n semoga adik aku berubah perangai nya selepas kawen nanti. jangan terlalu sensitif. jangan asyik nak merajuk. kuat sikit bekerja. nak tanggung anak orang bukan senang..

camananla nanti kenduri kat umah belah aku. aku still berfikir dan pening. masa aku dulu, senang sebab ada rukun tetangga. kat rumah sana tu ada ke??? ya Allah.. berikan kemudahan atas segala urusan kami nanti.

Monday, 9 January 2012

mode sedih

hari ni, pagi ni aku dikejutkan dengan satu khabar yang sedih dari abang. huhu... kawan aku, juga kawan abang telah kehilangan baby dia yang masih dalam kandungan. kalau tak silap aku, dah 7 bulan kot. patutnya due dalam bulan 3 ni. rasanya baru je jumpa dia bulan lepas. dia dengan wife nampak hepi nak sambut putera baru dalam keluarga diorang memandangkan dia baru ada puteri di dalam keluarga.

pasal apa? aku tak tahu lah. sebab nak dapat cerita dari tuan punya badan, masih tak dapat sebab dia mungkin masih kelam kabut menguruskan itu ini. ada member telefon, dia masih di hospital. baby dah selamat dikebumikan pagi tadi. dalam pukul 11 kot. setakat ni abang cuma dapat tanya pasal keadaan dan kenapa tu dari adik member tu je. so, mungkin cerita sebenarnya tak dapat tahu. nanti2 la aku tanya. bila keadaan dah reda.

kalau aku?? waaa tak mau berpantang tanpa si kecik. penat mengandungkan. mesti nak rasa hasilnya. huhu.

apa pon, aku harap dia dan isteri tabah menghadapi segala cubaan yang Allah bagi ni. yang pasti, anak tu
akan tunggu dia dan isteri di sana nanti...