hehe.. aku nak mencuri sedikit masa di pagi hari ini... huhu.. (bos.. jangan cari saya dulu pagi2 ni yer.. hehe.. sesuka hati aku je)
patutnya aku kene tulis mende ni di awal tahun tapi dah lebih tengah bulan 1 ni baru nak tulis. hehe.. baru terpikir la pulak.. (malam tadi termenung.. ops bocor lak rahsia)
bulan jan
aku dapat pink form untuk ke sekian kalinya. mula2 hatiku memang berbunga habis sebab aku dapat tahu sebelum tu aku dapat keluar dari ofis yang 'tuuuuuuuuuut'... tapi bila buka je surat kenaikan tuh. tangan aku terus menggigil. still tempat yang sama!!! aku menangis semahunya. biarla apa orang nak kata... bermula dari hari tu, aku mencuba sedaya upaya aku memohon merayu untuk bertukar... huhu..
feb
still mencuba dan terus mencuba. tapi akhirnya aku mengalah. aku pasrah. dah malas nak menunggu. nasib baik aku ada kawan2 di sisi untuk berkongsi suka dan duka. dan aku rasa cukup bangga dengan aida walaupon terpaksa berulang alik terengganu - KL... dia masih nampak hepi. masih ada yang lebih teruk dari aku kan... aku kene bersyukur. sekurang-kurangnya buah hati ku semuanya masih di sisi... beli kerta baru.. hihi...
mac
28 mac dapat seorang putera... sayang bucuk ibu yang kedua. aidil iskandar.
april, mei, jun...
menghabiskan masa di rumah.. cuti bersalin... (sekurang-kurangnya aku tak sanggup untuk berboringan di ofis....)
julai
sudah memulakan kerja.. owh terasa azabnya. tapi biasala bulan julai, aku mesti meng apply cuti untuk segala macam 'perayaan'... besday aku. besday abang. besday qis dan tentunya annivesary kami. tapi kali ni tak pergi jauh pon. pergi potdeksen je. maklum la ada baby. tu pon susah sangat rasanya sebab baby ni nampak nya tak sama macam kakaknya yang suka berjalan. baby lagi suka duduk di rumah.. tak suka di dokong sangat. dia suka bebas.
ogos, sep, okt
masih seperti selalu cuba dan terus mencuba.. sambil2 tu asyik menghilangkan diri dari ofis. pergi tengok renovation rumah yang sedang berjalan. who cares.. aku takde kat ofis tak pernah pon orang cari. kalau aku pergi punch pastu datang balik untuk punch pon xde yang cari.. sedih kan???
november
terdengar berita2 pertukaran lateral. kali ni, aku buat surat..... tiba2 satu pagi aida dapat panggilan telefon. dia kata dia dapat tukar. owh.. aku rasa nak pitam. aku punya takde ke.. tapi aku redha je la time tu. ikot aida amek surat dia. tapi tiba2 jumpa member kat cpk tuh. dia kata aku punya pon ada... ya Allah rasanya nak menjerit melompat di situ jugak.. tapi aku punya lum dapat keluar hari tu. sebab pegawai incharge cuti.. thank u ALLAH.. thank u....
disember
bermula kerjaya aku di tempat baru. walaupon bukan la tempat yang diidamkan. aku mula suka dengan kerja aku ni. dan yang paling penting, bos percaya kan aku dan menyuruh aku untuk membuat kerja.
tu je lah kot....
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini