Hmm sebenarnya aku banyak keje nak buat arini. tapi sejak semalam aku rasa malas sesangat. sebab aku dapat tahu aku kene pergi BTN. 4-8 mac ni. huhu.. tak tahu la. aku suka ke aku tak suka.
suka
sebab aku akan keluar dari ofis ku ini yang memang sedari mula lagi aku tak berapa nak suka walaupon aku sekarang sedang belajar untuk mnyukai nya. maklumlah. tak kenal maka tak cinta.
tak suka
sebab kesiannya kat qistina. dah la dia menyusu lagi. seminggu ni, dia asyik meragam je. minggu lepas meragam. dia macam dah tahu dulu aku kene pergi kusus. padahal aku baru tahu semalam pasal ni. tak larat nak melayan kerenah dia seminggu ni.
sebenanya aku nak cerita pasal keje aku kat tempat baru ni. he. biasalah. aku ni suka buat intro yang bukan2 kan? ish. so far, alhamdulillah. sepanjang dua minggu ni aku ,asih belajar apa2 yang patut. dasar2 kerajaan yang aku rasa aku sendiri pon tak paham. tapi itulah hakikatnya. sebagai penjawat awam, aku kene menerima seadanya.
17 feb
aku mula bekerja kat ofis baru. ish rasa kekok je. sampai je diorang menyambut aku. wah. dengan panggilan 'puan'. aku rasa janggal sangat sebenarnya. aku kat sini sebenarnya adalah ketua untuk Bahagian aku. jadi, sebab tu diorang memanggil aku seegitu rupa. huhu. takot pon ada sebenarnya. lepas tu, bila diorang bukak je pintu bilik.mak ai besarnya. lagi besar dari bilik bos aku dulu. lagi la aku takot. membayangkan tanggungjawab aku yang besar.
masa hari tu jugak, ada sorang staf dari melaka datang. dia ganti staf aku yang kat sini sebab dia pergi melaka pulak. memang berpengalaman la orang nya. banyak idea dan mende yang dia nak buat. bersemangat betul. takot pulak aku jadinya. aku ni dah la tak minat. dipakse dengan keadaan yang mcam tu, aku rasa, entahla. tak dapat diungkap dengan kata2.
hari tu jugak kitorang buat meeting dan buat pertama kali dalam sejarah hidup aku jadi 'puan pengerusi' untuk sebuah meeting yang kecil. aku tak banyak cakap sangat sebab aku belum tahu keadaan di ofis. dan aku cuma mendengar breefing dari staff aku sahaja. banyak ketidakpuasan hati mereka kepada pihak hq dihamburkan. tapi aku cuma mendengar. apalah daya aku. insyaALLAH, kalau ada kesempatan dan keberanian, aku akan utarakan nya pada hq. atau mungkin dengan bantuan staff aku.
petang tu lepas meeting, aku ke hq bersama dengan staf aku yang baru masuk tu. dia nak jumpa dengan orang atasan. katanya nak berbincang sket. so, aku follow je la. walaupon hati aku tak nak. sib baik semuanya takde. so, kitorang balik semula ke ofis dan aku menengok apa2 yang patut aku tengok pada hari tu.
18 feb
pagi tu, aku ke site ofis kat petaling. biasalah menyibuk. tak lah menyibuk sebenarnya tapi dah tanggungjawab. tapi seperti biasa, part aku akan jadi yang terakhir untuk menerangkan dasar kepada pihak yang berkaitan dalan projek tu. dan seperti biasa, diorang tak tahu pasal apa mende yang kami cakapkan. sepertimana aku tak tahu mende ni sebelum aku masuk keje kat bahagian ini.
tak banyak yang aku buat. cuma masih lagi study tentang apa yang patut. aku rasa penat sangat. dan aku rasa masa berlalu cepat je. tak macam masa aku duduk kat hq. dengan takde keje, menunggu jam berbunyi pukul 5 tu, aku rasa macam seminggu je. penat mengalahkan orag bekerja berat. tapi tulah hakikatnya.
19 feb
samalah. masih study. penat sangat. tapi tengah hari, aku balik rumah jap. maklumlah, rumah dah dekat. nak melepak, takde kawan.
habislah mingu pertama aku bekerja. mingu kedua pulak masih sama. belajar dan belajar. aku masih pening. ya ALLAH. bantulah hambamu.
dekat sini jugak aku realise bahawa aku kene mengambil tahu isu2 semasa berkaitan dengan pembinaan. boleh ke aku ni. aku dahla malas nak baca paper. kalau aku baca pon, susah aku nak ingat. tu sebab aku malas nak baca sebab aku tahu, kalau aku baca pon aku tak ingat. hish. apa la yang aku ingat. aku rasa, takde pulak aku makan semut, kepala ikan atau apa2 yang melemahkan ingatan ku ini. sekarang ni, aku tengah mencari inisiatif untuk mengatasi kelemahan ku ini. aku ada terfikir untuk membuat catatan. tapi aku rasa, nnt mesti catatan aku tu akan berterabur. huhu. susahnya. abang. boleh tak saya berenti keje?
1 mac ni aku ada meeting pasal pengurusan dekat hq. petang tu pulak ada meeting pasal kontraktor. huhu. diorang ni tak puas hati pasal dasar yang tengah kitorang war2 kan ni. susahnya. apa nak buat.
3 hb pulak, meeting kat sini. lanjutan daripada meeting kat hq. wah. padatnya jadual. cepat la masa berlalu. capatla aku bertukar. semoga aku dapat masuk ke tempat lama. tapi aku rasa, itu mustahil untuk aku. tapi aku cuma nak jadi pelaksana. aku tak mahu memantau. susah.
tu lah saja untuk kali ini. hope aku akan lebih tabah menghadapi masa2 akan datang. dan semoga aku dapat menjadi ketua yang baik. huhu.. harapan demi harapan dipanjatkan. manusia memang tak pernah bersyukur. meminta selagi boleh. manusia tak sedar ke TUHAN tu dah bagi macam2. huhu. sedihnya. aku sedar tapi aku cuma insan biasa.
Pages
Wanita…
Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan
Thursday, 25 February 2010
Thursday, 11 February 2010
kecut perut
Hati aku semakin berdebar-debar menanti 17 feb ni. aku sebenarnya tak ready lagi untuk menjadi ketua. aku rasa berat je bahu aku ni walaupon aku belum mula bertugas. hari ni dah khamis. esok jumaat. lepas tu cuti raya cina. lepas cuti terus je gi ofis baru.
perasaan?
aku pon tak tahu apa perasaan aku sekarang ni. rasa gembira ke. rasa tak suka ke. rasa sedih ke. memang kalau orang tanya, aku akan jawab aku takde perasaan sekarang ni. cuma aku risau aku tak dapat menjalankan tugas aku dengan baik. tapi ramai yang cakap staff2 kat sana semuanya ok dan otai. dan aku tak perlu bimbang bila aku kat sana. aku pon berharap macam tu. lepas ni, aku kene mengambil tahu berita2 semasa. adoi. aku ni memang malas sket nak baca paper. dulu pernah la buat rutin, lepas cuti bersalin, hilang dah rutin tu. he. kene mulakan balik ni.
nak pergi ofis?
aku pon tak tahu macam mana nak pergi ofis. nak naik tren ke nak drive je. kalau ikotkan, memang ofis baru tu dekat sangat dengan hentian tren. star. berenti kat chan sow lin. mm kalau aku ni hidup sorang lagi, memang aku akan pilih tren. malas aku nak drive. KL ni, tau je la. perkataan JEM tu memang tak pernah lekang. kalau ada orang yang menghantar, itu memang laaaaagi la aku suka. tapi orang tu bz sangat dengan keje dia. keje yang tak tentu masa. mmm.. tak baik aku mengeluh tapi aku ni cuma manusia biasa. dan aku harap Tuhan tak marah dengan perangai aku yang macam ni.
survey?
mulanya aku ingat nak survey dulu ofis baru tu. tapi asyik tak sempat je. echeh. bunyinya macam aku ni bz je kan. bukan bz tapi sibuk merapu ke mana-mana. hmm takpelah. tak kemana ofis di kejar. tapi, sebenarnya aku nak mengejar kc di sana ssebelum dia bercuti. dia nak kawen raya cina ni. tapi tak sempat. arini dia dah start cuti. takpelah. tak nak kacau pengantin baru kiter tu. aritu ada tengok kad jemputan dia. kat dungun terengganu. kg sura. huhu. dah dekat dengan bekas tapak sekolah aku. rindunya. walaupon baru je menengok tempat tu tahun lepas, tapi hati ni masih tak puas sebab sekolah aku dah takde. cuma dapat tengok 'bekas' je. rindu. rindu. rindu. eh dah melencong pulak ke cerita lain. jangan marah haaa.
apa lagi yang aku nak tuliskan dekat sini yek? entah la. pepagi buta ni. ni je yang mampu dicurahkan. perut aku dah lapar ni. manakah teman makan ku ini. huhuhu...

Monday, 8 February 2010
pertukaran
Pertukaran dalaman
Ya Allah, satu lagi ujianNYA untuk aku. aku tak pasti samada ini adalah sesuatu yang baik untukku atau sebaliknya. aku harap, ini adalah berita gembira untukku walaupon sekarang ni aku tak gembira dengan kehadiran ssekeping surat yang melayang masuk ke atas meja bilikku membuatkan hujung minggu ku begitu suram. huhu. syahdu betul ayat itu.
pada petang jumaat 5 feb 2010. dalam pukul 4 lebih. memang menunggu masa nak balik je la time tu. tapi tiba2 ada orang admin datang kat aku.PERTUKARAN DALAMAN. macam tu la bunyi perkara dia. adoi. kene tendang keluar dengan begitu drastik. 17 feb kene mula keje kat sana. dalam hati ni terasa gembira. terasa jugak sedihnya. bila aku pikir2 balik, banyak surat pertukaran aku sampai pada hari jumaat. aku pon tak ingat samada surat panggilan aku masuk keje dulu pon datang hari jumaat jugak atau hari lain.
gembiranya
aku tau dekat sana, aku akan ada keje. sebab tugas aku kat sana adalah sebagai Ketua Cawangan (KC). KC tu!! berat tau tangunggjawab. tertanggung kah aku nanti. harap2 nya aku mampu melaksanakannya. ofis pon lagi dekat ngan umah. hope dapat datang awal. dan dapat balik awal.
sedihnya
nanti aku sorang kat sana. huhu. yang lain semua staff lelaki. ada sorang pompuan kat sana. tapi orang kata, jangan rapat sangat dengan orang bawahan ni. takot dia nanti pijak kepala. lagipon, nampak jugak akak tu jenis yang suka mengarah-ngarah ni. huhu. harap aku tabah menghadapinya. dan harapan aku semoga pandangan sepintas aku tu silap. dan aku harap, dia sebenarnya baik. maklumlah. walaupon aku dah masuk tahun ke empat bekerja. tapi, aku belum cukup yakin untuk menjadi ketua. dekat sana pon tak tahulah. tak nampak sebarang aktiviti yang boleh buat masa hari jumaat (macam lah aku ni suka bershopping kan?) tapi entah la. hope nanti aku tak lagi goyang kaki kat sana.
dan aku akan merindui kawan-kawan aku dekat sini nanti. wani shamir, naslin, zana, ayudiah, kawan-kawan berpeleseran aku. dan tentunya warda. sejak duk kat ofis sini, dia lah kawan aku. sama-sama meluahkan perasaan. semakin hari semakin ramai yang dirindui. kawna 0fis lama. tapi diorang tak ingat aku dah kot. sapa lah aku kan. takpelah. aku tak kesah pon. yang penting, thanks to u all sebab sudi berkawan dengan aku ni.
tu la aja rasanya. aku mendoakan semoga aku ok kat sana. huhu. i'll try my best.

Subscribe to:
Posts (Atom)