Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 11 February 2010

kecut perut

Hati aku semakin berdebar-debar menanti 17 feb ni. aku sebenarnya tak ready lagi untuk menjadi ketua. aku rasa berat je bahu aku ni walaupon aku belum mula bertugas. hari ni dah khamis. esok jumaat. lepas tu cuti raya cina. lepas cuti terus je gi ofis baru.

perasaan?
aku pon tak tahu apa perasaan aku sekarang ni. rasa gembira ke. rasa tak suka ke. rasa sedih ke. memang kalau orang tanya, aku akan jawab aku takde perasaan sekarang ni. cuma aku risau aku tak dapat menjalankan tugas aku dengan baik. tapi ramai yang cakap staff2 kat sana semuanya ok dan otai. dan aku tak perlu bimbang bila aku kat sana. aku pon berharap macam tu. lepas ni, aku kene mengambil tahu berita2 semasa. adoi. aku ni memang malas sket nak baca paper. dulu pernah la buat rutin, lepas cuti bersalin, hilang dah rutin tu. he. kene mulakan balik ni.

nak pergi ofis?
aku pon tak tahu macam mana nak pergi ofis. nak  naik tren ke nak drive je. kalau ikotkan, memang ofis baru tu dekat sangat dengan hentian tren. star. berenti kat chan sow lin. mm kalau aku ni hidup sorang lagi, memang aku akan pilih tren. malas aku nak drive. KL ni, tau je la. perkataan JEM tu memang tak pernah lekang. kalau ada orang yang menghantar, itu memang laaaaagi la aku suka. tapi orang tu bz sangat dengan keje dia. keje yang tak tentu masa. mmm.. tak baik aku mengeluh tapi aku ni cuma manusia biasa. dan aku harap Tuhan tak marah dengan perangai aku yang macam ni.

survey?
mulanya aku ingat nak survey dulu ofis baru tu. tapi asyik tak sempat je. echeh. bunyinya macam aku ni bz je kan. bukan bz tapi sibuk merapu ke mana-mana. hmm takpelah. tak kemana ofis di kejar. tapi, sebenarnya aku nak mengejar kc di sana ssebelum dia bercuti. dia nak kawen raya cina ni. tapi tak sempat. arini dia dah start cuti. takpelah. tak nak kacau pengantin baru kiter tu. aritu ada tengok kad jemputan dia. kat dungun terengganu. kg sura. huhu. dah dekat dengan bekas tapak sekolah aku. rindunya. walaupon baru je menengok tempat tu tahun lepas, tapi hati ni masih tak puas sebab sekolah aku dah takde. cuma dapat tengok 'bekas' je. rindu. rindu. rindu. eh dah melencong pulak ke cerita lain.  jangan marah haaa.

apa lagi yang aku nak tuliskan dekat sini yek? entah la. pepagi buta ni. ni je yang mampu dicurahkan. perut aku dah lapar ni. manakah teman makan ku ini. huhuhu...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini