Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 8 February 2010

pertukaran

Pertukaran dalaman

Ya Allah, satu lagi ujianNYA untuk aku. aku tak pasti samada ini adalah sesuatu yang baik untukku atau sebaliknya. aku harap, ini adalah berita gembira untukku walaupon sekarang ni aku tak gembira dengan kehadiran ssekeping surat yang melayang masuk ke atas meja bilikku membuatkan hujung minggu ku begitu suram. huhu. syahdu betul ayat itu.

pada petang jumaat 5 feb 2010. dalam pukul 4 lebih. memang menunggu masa nak balik je la time tu. tapi tiba2 ada orang admin datang kat aku.PERTUKARAN DALAMAN. macam tu la bunyi perkara dia. adoi. kene tendang keluar dengan begitu drastik. 17 feb kene mula keje kat sana. dalam hati ni terasa gembira. terasa jugak sedihnya. bila aku pikir2 balik, banyak surat pertukaran aku sampai pada hari jumaat. aku pon tak ingat samada surat panggilan aku masuk keje dulu pon datang hari jumaat jugak atau hari lain.

gembiranya
aku tau dekat sana, aku akan ada keje. sebab tugas aku kat sana adalah sebagai Ketua Cawangan (KC). KC tu!! berat tau tangunggjawab. tertanggung kah aku nanti. harap2 nya aku mampu melaksanakannya. ofis pon lagi dekat ngan umah. hope dapat datang awal. dan dapat balik awal.

sedihnya
nanti aku sorang kat sana. huhu. yang lain semua staff lelaki. ada sorang pompuan kat sana. tapi orang kata, jangan rapat sangat dengan orang bawahan ni. takot dia nanti pijak kepala. lagipon, nampak jugak akak tu jenis yang suka mengarah-ngarah ni. huhu. harap aku tabah menghadapinya. dan harapan aku semoga pandangan sepintas aku tu silap. dan aku harap, dia sebenarnya baik. maklumlah. walaupon aku dah masuk tahun ke empat bekerja. tapi, aku belum cukup yakin untuk menjadi ketua. dekat sana pon tak tahulah. tak nampak sebarang aktiviti yang boleh buat masa hari jumaat (macam lah aku ni suka bershopping kan?) tapi entah la. hope nanti aku tak lagi goyang kaki kat sana.

dan aku akan merindui kawan-kawan aku dekat sini nanti. wani shamir, naslin, zana, ayudiah, kawan-kawan berpeleseran aku. dan tentunya warda. sejak duk kat ofis sini, dia lah kawan aku. sama-sama meluahkan perasaan. semakin hari semakin ramai yang dirindui. kawna 0fis lama. tapi diorang tak ingat aku dah kot. sapa lah aku kan. takpelah. aku tak kesah pon. yang penting, thanks to u all sebab sudi berkawan dengan aku ni.

tu la aja rasanya. aku mendoakan semoga aku ok kat sana. huhu. i'll try my best.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini