Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 2 August 2011

Aidil Iskandar


dah sebulan aku bekerja selepas 3 bulan bercuti kan. sekejap je. tapi nak mengharungi 'sekejap je' tu TUHAN je la yang tahu. 
dah lama duduk rumah rupa-rupanya Yahoo Blog aku dah tak boleh masukkan entry baru lagi dah. tu yang aku mula berjinak2 dengan blog kat sini je. tapi still aku had kan orang yang menengok blog ni. lagipon aku tak nak la publish segala luahan hati aku kepada semua orang. cukupla dengan kawan2 je. hehe. lagipon ni cuma suka2 mengisi masa lapang dan untuk simpan semua memori aku kan. jadi blog2 yang ada dulu, aku copy je masuk sini. so, sorila kalau allignment semua lari. link yang tak mampu di link lagi. hehe. 

hmm.. oklah kiter cerita mengikut tajuk blog ini la yer. hehe.
Hari Isnin.... 28 Mac 2011... 10.38 pagi. lahirla seorang lagi zuriat kami. Aidil Iskandar bin Khairul Anwar.

Pagi tu.pukul 5 pagi, tiba2 aku terjaga. rasa sakit datang. aku ingatkan dia akan berhenti jap lagi sebab dah 3-4 hari aku rasa sakit macam tu. tapi bila bangun mandi, sakit pon hilang. so, aku bangunla mandi. tapi sakit still rasa. makin kerap lak tuh. huhu.. (dalam kepala ni, duk pikir mcm mana je sebab abang masa tuh tengah bz. huhu... tapi nak buat macam mana kan) aku tak terus kejutkan abang. kejutkan dia macam biasa jugak. tapi tak tahu kenapa hari tu, liat nya abang nak bangun. huhu... bila dia dah siap mandi n solat semua baru aku bagitahu aku sakit. tapi yang tak bestnya, abang buat muka blur pulak. siap tanya nak kene buat apa pulak. huhu... nak tergelak di pagi hari pon ada. aku memang dah siap pakai baju nak gie keje ni. so, aku bitau la anta la anak dara abang ni dulu, pastu kiter gi sepital k. cek la dulu. mana la tahu kan. aku pon sebenarnya kompius. aku ni nak bersalin dah ke. dah lupa camana sakit dulu. due nya 8 april nanti. ada dua minggu lagi. cuma aku rasa tak berani lak nak g keje. sakit makin kerap. orang kata, kalau makin kerap, dah time la tu. 

so, abang pergila hantar si kecik. tapi ya Rabbi, lamanya. tak sampai2 umah. aku ingatkan abang dah pergi keje tadi. tinggalkan aku sorang. huhu. rupanya dia menyinggah kedai. beli roti n paper. huhu... tapi roti tu pon tak termakan. kelam kabut punya pasal, tertinggal kat ruangan menunggu kat emergency room. 

sampai je kat HUKM (kalau dah baca yang qistina punya kan.. aku memang tak nak pergi lagi PPUM). masa tu dalam kul 8 lebih. nurse2 tu sume rileks je. kiter dah sakit ni. huhu... lepas cek, entah apa wayar letak kat perut aku, diorang cakap memang dah sampai masa. huhu... sakit. dr pon cek dah buka 4cm. so, diorang suh aku tunggu lagi sementara nak hantar aku kat labor room. huhu... bila dah sedia, diorang cek lagi. dah buka 6cm.. pastu dalam beberapa minit pastu bukak lagi. dah 7 cm... semua orang macam panik. cepat2 diorang nak hantar aku. diorang kata, biasanya tak cepat sgt macam aku ni. aku pon tak tahu la. masa qis dulu pon cepat jugak. hmmm patutla semua orang rilek. rupanya tak banyak kes yang cepat macam ni yer. sabar ajela. cepat2 diorang suh abang masuk. huhu.dah sampai sakit sgt, aku terus je nak teran. nurse kata jangan... tunggu kejap. huhu... dah tak tahan nih!!!!... pastuh sekali lagi keluarla si baby Is. kuatnya suara dia menangis. huhu... tapi banyak kene jahit. mungkin sebab aku tak tunggu macam nurse cakap. (dah tak tahan beb)...

apa pun, aku memang xde komplen kat HUKM nih.. takde marah2 aku. tu yang paling penting. makanan memang tak best tapi tak jadi masalah kat aku. yang penting hati aku tak sakit. thanks to all staff sana yer. 
esoknya, aku pon balik la rumah. ... berpantang. memang aku tak suka berpantang... malangnya, minggu ke dua, hari jumaat dah kene gie balik sepital. huhu... demam dari hari rabu kot. lepas cek kat klinik. dr cakap darah dah dijankiti kuman. katanya jahitan dah terkoyak. mungkin kuman dari situ. huhu. menangis semahunya masa tu. biarlah orang kata, masa pantang takleh sedih2 tapi aku sedih gak... tangan bengkak sebab masuk antibiaotik. sakit. hari isnin, dapat la balik umah semula. lega... pastu berurut... kene makan aantibiotik.

habisla kisah berpantang... sekarang  ni, baby just pandai senyum ketawa.. n pegang mainan... pusing2 tak pandai lagi. budah yang sebaya ia dah pandai dah. tak kesah la. janji sihat sudah. lagipon, qis dulu pon macam tuh... 

hai

dah pandai senyum

Dengan Ibu
dengan kakak

Dengan Ayah


Ala cedapnya tido... cian muka kene geget nyamuk



No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini