HMMM.. cerita hari ni adalah berkenaan dengan fed up. huhu. banyak menda yang aku fed up kan.semua orang pon sama aku rasa. fed up ni kadang2 boleh mendatang mood yang tak elok pada kita kan. apa pon, kene la banyak bersabar. kene istighfar dalam hati banyak2. nak marah2 pon bukannya elok. tapi simpan marah dalam hati pon tak elok. apa nak buat ek??
kemas mengemas
 |
| gambar ni takde kaitan dengan aku yer..pinjam gambar sapa ntah ni |
aku suka mengemas. tapi bila dah penat memang aku malas la. dan aku akan tunggu masa yang sesuai untuk aku mengemas. contohnya bila budak2 dah tido atau bila diorang takde kat umah. kadang2 tu sanggup amek cuti semata2 nak kemas rumah. dan budak2 for sure la hantar kat rumah pengasuh dia. tapi sehari memang tak cukupla sebab aku ni cepat penat. buat keje sket, rehatnya banyak. tapi setakat ni keadaan kekemasan rumah aku adalah dalam tahap terkawal. abang banyak membantu. thank you to u my dear abang. abang banyak membantu walaupon abang penat. huhu.. yang aku tak tahan sebenarnya bukan rumah aku. huhu... yang tak bestnya sekrang rumah mak bersepah. aku tak la marah kat mak. yang aku marah kat adik2 aku. diorang ni tak reti langsung nak tolong kemas ke apa. kadang2 makan pinggan satu pon tak reti nak basuh. apala nak jadi ngan korang. malu sangat dengan suami ku sayang tuh. aku harap dia dah faham. kadang2 dia yang mengemas, sapu lantai bila balik umah mak. huhu. kat dapur tu setiap kali aku kemas, bila aku balik balik, mesti bersepah lagi. dengan lantai berair. sekrang ni, aku dh sampai tahap fed up nak marah2 budak2 ni. bila aku marah2 yang tengah tengok tv tu sekejap je hilang. pergi keluar main la. naik atas memerap dalam bilik la. adoi. ya ALLAH, berikan la aku kekuatan untuk sentiasa menolong mengemas. seingat aku, masa aku kecik dulu, abah selalu marah kalau bersepah2 tapi sekarang abah biarkan aje. agaknya abah pon dah sampai tahap fed up kot. semoga aku diberikan kekuatan. tapi bulan puasa ni, aku memang tak larat nak mengemas. huhu.. tolong. tolong.
kesesakan jalan raya
 |
| gambar ni macam bukan kat mesia je. hehe |
di bulan puasa ni, kesesakan jalan raya menjadi-jadi. keadaan bertambah buruk kalau hujan. kalau la aku diberikan pilihan, nak aja aku naik tren. tapi kalau naik tren, kene keluar awal dari biasa. kalau tak, memang tak sempat la nak rebut tempat parking. dan kalau tak, aku terpaksa jalan dengan laju2 nak ke ofis. oooohhh.. akut ak sanggup sebab nafas tak cukup. dengan anak dua orang ni, aku rasa kebarangkalian nak dapat keluar awal di pagi hari adalah amat mustahil. semoga masalah ini dapat diselesaikan suatu hari nanti (huhu.. ada harapan ke). sesungguhnya bila ada anak kecik yang masih menyusu badan, aku perlu sampai ke rumah tepat pada waktunya sebab takot kalau2 bekalan susu si kecik habis. dan aku tak mahu dia menangis kelaparan. kesian.
bekerja di ofis yang takde keje
mungkin ini adalah nasib ku. sebulan lagi, genap la dua tahun aku berkeeja di tempat kerja aku sekarang. kalau diikotkan hati, nak aja aku cuti tanpa gaji. tapi dengan keadaan yang tanpa gaji dan hidup di Kuala Lumpur ni, agak la mustahil kecualilah aku mempunyai income lain yang lumayan (tapi kalau dah ada income yang lumayan, buat apa lagi aku nak keje kan???) so, terpaksalah aku bersabar demi untuk mencari sesuap nasi.
abang yang asyik bz
sesungguhnya aku tak marah kan abang yang sentiasa bz. tapi aku marahkan bos dia yang asyik suruh dia buat itu dan ini. takde orang lain ke kat balai tu yang boleh diharap. kalau dia suruh pastu boleh nak claim, takpela jugak. air mata ni dah kering nak menangis. kalau ada pon, sebab je kat dada ni. paling sayu bila anak dara kesayangan ayah tu bertanya mana ayah. huhu. tu belum lagi ditambah dengan mood aku yang nak marah aja. lagi kesian kalau macam tu. bila dia tido, baru la aku beristighfar panjang. sori sayang ku qis. huhu. ibu memang dari dulu tak tahan dengan kerenah budak2. hari2 ibu doa semoga semuanya ok. huhu..
k la. bergenang rasanya air mata....
huhuhu~
ReplyDeletesabar la umi. kita tak selalu dapat benda2 yg kita nak dan kita suka.
umi suka mengemas, sy plak paling tak suke mengemas. kalau mengemas confirm lama gila. sebab kekadang tgh mengemas terjumpa brg2 yg membangkit nostalgia. terus layan jiwang semeta.. haish~
kalau ada rumah yg boleh mengemas sendiri kan best. oh~
hu~ mmg x mudah jadi ibu yg bekerjaya ni.. mampikah aku nti.. huhuhu~
eh,typo plak.. *mampukah aku nti..
ReplyDeletehehe~
hehe.. ok tu. mesti boleh punya. sebab bila wani dah jadi ibu, tu semua akan terpaksa wani hadapi.
ReplyDeletetu la. saya pon tak sabar nak ada rumah sendiri. nak letak barang yang wajib2 je. nak rumah tu simple se simple nye. kalau ada barang tak guna nak terus je buang atau pon bagi orang ke. owh.. bilakah impian akan tercapai