saja la mengimbas aktiviti sepanjang puasa ni
1st day: sabtu
balik semban.. sahur n buka kat sana. macam2 buat untuk buka masa hari 1st tu.. kitorang sampai petang jumaat tu pon dah siap ada soto, rendang, lemang bagai. rasa macam nak raya dah.... buka tu masak apa ek??? (lupa la.. maklumla dah lama) tapi yang pasti, popia kuala kangsar mesti ada.. sedapnya... tapi hari 1st ni kami kene cirit birit.. kami je kene. orang lain tak kene... kenapa ek?? sampai sekarang misteri. babay siap bangun sahur... comel je.
2nd day: ahad
buka pose pon meriah jugak. ibu buat mee bandung.. aku pulak abang suh buat makaroni goreng. abang ni tak habis2 ngan makaroni. sudahnya banyak giler makanan. budak2 berempat pulak aku buatkan kuah makaroni yang putih tu.. banyak diorang makan. sahur hampir terbabas. baru 2nd day dah nak terbabas. hehehe. lepas sahur baru kami balik KL
3rd day: isnin
aku cuti!!! bestnya dapat cuti.. so, angkut barang sikit2 ke rumah baru. huhu.. pastu terexcited mengemas sampai penat giler. bila nak masak petang je dah tak larat... nasib baik abang memahami so, dia pon belikan je lauk... sahur?? sesorang. huhu.. abang keje. adik aku lak balik umah mak. dia kene denggi. sian.
4th day: selasa
pergi keje macam biasa. ya rabbi sejuknya ofis bulan2 pose ni... huhu... petang tu masak ayam masak merah.. huhu.. tak sedap. baru perasaan cili kering aku dah habis. aku masak guna sos je. nak masak sup, abang lak tak berapa makan sup. sahur makan mee goreng yang mak kirim kat adik aku... dia balik malam tu... nampaknya macam dah sihat,
5th day: rabu
keje lagi. huhu.. kali ni masak ikan kicap lak. konon2 nak makan untuk sahur sekali. tengok2 dah habis bila buka tu. agaknya adik aku tu baru baik. orang baru baik ni selera besau. huhu... terpaksalah aku masak lagi sekali untuk sahur... haish
6th day: khamis.
kali ni masak ayam masak lemak.. huish baby makan banyak bila masak ni. tapi dia makan kentang je la. nak makan ayam dia tak pandai. bagus. bagus.. hehehe...
7th day: jumaat
yeaaahhh.... buka umah mak... mak buat ayam kurma. bila sahur je.. bangun2 tgk mak dah siap. huhu... tak terjaga pon. he.
8th day: sabtu
hari ni aku masak puding koktel untuk bebudak ni. best. best... puding jadi tapi koktel tu masam. ceh. terpaksa beli laici. lenkali takmo dah beli koktel tu. tak best.
9th day: ahad
buka hari ni makan kueh tiaw je.. aku suka tapi abang tak berapa suka. dia lagi suka makan nasi. hehehe. takpelah abang. sekali sekala. lenkali kita masak nasi yer. hehe.. kueh makan apa ek?? tak hengat la. lepas buka dah balik rumah.. huhu.. sedih.. (
10: isnin
tengok dalam peti sejuk ada udang.. oooo tu udang aku beli khamis lepas. huhu... kene masak segera nanti lama2 tak sedap. bila dah siap siang je alamak.. tersikit la pulak udang ni... huhu. aku pon apa lagi campurla dengan sosej. huhu...
11: selasa
makan dekat kedai hari ni.. yeahhh.. maceh abang. tapi ya rabbi si kecik tu tak reti duk diam. membuatkan kami membuat keputusan untuk tidak buka dekat hotel sepertimana biasa. nanti karang habis dikerjakan satu hotel tu. huhu... untuk sahur? kami bungkus lauk. hehehe
12: rabu
disebabkan abang takde. jadi aku pon masak je sardin. huhu..
13: khamis
hari ni pon simpel je.. goreng ayam ngan sayur air. tapi tiba2 bila dah siap, adik aku mesej kata balik lambat. buka kat site. hampeh. cakap la awal. banyak ni aku masak. dah la abang pon tak balik.... huhu.. sedih.
14: jumaat
yeahhh balik umah mak lagi (abang keje. so, takleh nak balik semban).. mak buatkan nasi lemak. pastu buat jemput2.. sedapnya pulak makan jemput2 bulan2 pose ni.
15: sabtu
harini aku buat cream puff... tapi tak jadi.. :( sedey tul la.. rupany tepung aku tak cukup lembut. jadi puff aku pon jadi bantat. takmo naik. sedih je... rasa dia dah sedap dah... takpe lenkali leh buat lagi. hehehe.. disebabkan puff yang bantat, jumlah nya pon sikit. cream dia pulak dah terover dos... jadila tart telur.. tat tu pon sedap... (cadang nak lari balik semban petang ni tapi abang tetiba ada kes.)
16: ahad
abang kata, dia nak lari gak balik semban. so, aku tak kesah je. tart semalam pon sengaja aku simpan nak bawak semban. hope diorang suka n best sebab memang diorang suka... mula2 macam takde orang nak makan sebab tak berapa nak cantik kan.. huhu... tapi bila dah rasa sedap ok. hehehe... orang2 semban buat mi kari.. tapi aku tak berapa suka mee kuning ni.. nasib baik ada gak nasi. sebab ayah memang tak makan mi (aku rasala sebab ayah tak makan pon)..
17: isnin
aku cuti lagi!!! macam biasa. bawak lagi barang ke rumah baru.. kali ni memang aku takmo buat keje sangat sebab takot penat. (
18: selasa
hari ni tak tau nak masak apa... yang sadisnya aku lupa nak keluarkan ayam dari tempat beku tu. waaaa... dah risau ni...
itu ajalah kisah buka-buka aku.. huhu... nampak macam senang je sediakan makanan.. senang tu ada hari la.. hari yang qis tengah baik hati nak main ngan adik. nak jaga adik. tapi banyaknya dia buat hal sendiri.. terpaksalah aku masak dengan tangisan si kecik tu sambil dia peluk kaki aku. setakat ni masak dapat la siap dalam kul 7. lepas tu leh tengok citer melayu kat tv3 sambil menyusukan si kecik.
lepas ni?? tak tahu la ada lagi sambungan tak kisah buka sampai raya ni kan.. rasa nya takde dah kot. sebab nampaknya jadual abang pack. makan dengan jabatan la. KP la. timbalan KP la.. huhu... dah biasa dah... 5 tahun.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini