Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 14 August 2012

MARAH!!!!


sepatutnya tulis pasal ni sebelum pose kan.. almaklum la.. kalau pose ni ada je yang tiba2 jadi pemarah. huhu.. terjumpa pasal ni kat blog ni... jadi aku pon kopi pes la macam biasa. huhu

Kita MESTI INGAT BAHAWA seorang yang selalu marah atau sering marah, terbukti memiliki tekanan darah dan kolesterol yang tinggi. Begitu juga dengan pengeluaran asam amino, sebagai penyebab terjadinya penyakit jantung. Oleh itu, marah harus dapat dikendalikan agar kesihatan tubuh dapat tetap terjaga.

Marah terbukti mengancam kesihatan kerana meningkatkan timbulnya serangan hipertensi, kolesterol meningkat, pembuluh darah arteri tersumbat, penyakit jantung, serta menurunnya kekebalan tubuh yang mudah terkena penyakit lain.

Di saat kita marah, jantung akan bekerja lebih kuat dan bernafas lebih cepat. Tidak hairanlah pada saat marah, kekuatan kita menjadi luar biasa. Buktinya? Suara makin menggelegar, isinya berubah menjadi bentuk makian, teriakan dan gerakan tubuh yang kuat. Belum lagi ekspresi wajah yang menyeramkan, mata merenung tajam, wajah merah padam atau berubah pucat lesi.

Justeru itu, jangan marah. Sempena Ramadan al-Mubarak yang amat berkat ini bersihkanlah jiwa kita. Bersihkanlah hati kita. Semoga berhasil

tu la sebabnya kalau kita asyik nak marah2 kita akan cepat penat.. lagi2 kalau bulan pose ni. dahla tak makan. pastu marah2. lagi la penat.. (renungan untuk diri sendiri yang memang selalu cepat nak marah ngan bebudak tu)..

cara mengatasi marah:

Di antara langkah yang perlu kitahadapi untuk menghilangkan marah ialah :

  1. Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah  memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat  marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang  marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
  6. Apabila datang marah, banyakkan  baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  7. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya  akan  meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
  8. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu  itu  datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.



aku rasa, yang boleh buat dengan cepat, yang aku hitamkan tu... yang lain tu aku rasa susah sket sebab kalau marah, memang susah nak pikir apa kan??? huhu.. pasni, kalau nak marah, aku akan diamkan diri je. huhu.. nak amek wudhuk, tak tahula. sebab kalau masuk bilik air karang, nanges pulak budak kecik tuh. tido pon takle.. diam je la.

wallahualam

4 comments:

  1. Replies
    1. huhu.. kalau saya ada keje, nak mintak tolong abang jaga budak2 takkan tak nak tolong saya... :(

      Delete
  2. hehe~ biasa buat yg no. 7. lagi satu umi, org cakap kalau tgh marah, ubah kedudukan. kalau tengah berdiri duduk la, klau tgh duduk, berbaring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he.. wani ni sama cam abang saya lak.. huhu... kalo tengah marah ngan budak2 takkan nak tido. kang ada je mende tak ekne lagi diorang buat.. huhu.. tu boleh diamalkan bila diorang besar kot. hehehe

      Delete

tinggalkan luahan hati di sini