Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 16 August 2012

6 tahun bekerja

16 ogos 2006-16 ogos 2012

diam tak diam dah enam tahun aku bekerja  yek... cuma tahun ni ulangtahu ke enam tu macam tak berapa nak diingati sebab sibuk dengan persiapan raya,.. tapi aku tak pernah lupa.. cuma tak sempat je nak mengepos di sini...

selama enam tahun tu, macam-macam cerita yang aku kumpul. cuma tak dapat diluahkan aje. semua pengetahuan dan pengalaman akan aku gunakan dengan sebaiknya. terima kasih kepada yang menunjuk ajar dan terima kasih jugak yang memberi tekanan. sebab tu semua pengalaman yang berguna utnuk aku walaupon masa kejadian tu membuatkan aku stress.. terima kasih.... :)

ogos 2006 - september 2009: 
masuk cawangan pakar dan kejuruteraan awam yang kemudian dibubarkan dan jadilah cawangan kejurutraan struktur dan geoteknik.. pastu jadi cawangan kejuruteraan awam, struktur dan jambatan. hish..macam2 nama la.

september 2009- disember 2011
kene transfer kat kementerian kerja raya... mulanya menerima petukaran dengan hati yang terbuka. mana la tahu dapat belajar dan menimba ilmu baru. tapi memang tak tahan. tak tahu kenapa. mintak. mintak dan mintak tukar tapi dua tahun baru dapat. sedih...

masa dekat sini dapat la setahun (februari 2010 - januari 2011) jadi ketua cawngan. huhu.. jaga satu selangor n KL tuh.  tapi sebenarnya aku sampai sekrang tak jelas dengan kerja tu. hihi...

disember 2011 - sekarang
kerjala aku di cawangan kerja kesihatan. tapi tak jaga projek pon. memantau projek2 je... lebih kepada pemantauan bajet projek. aku tak kesah dengan kerja sekrang tapi bos kadang2 memeningkan. hope ada sinar baru dalam perkembangan kerjaya...

tu je la kot. tak tahu nak cakap apa. tapi buat masa ni tempat kerja yang paling aku suka adalah tempat keje yang pertama. hehe...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini