![]() |
| gambar pinjam sahaja |
pagi tadi aku telefon mak. huhu... saja la kan. nak bertanya kabar. ingatkan dapat la dengar berita gembira ke. sebab aritu mak kata gelang dia hilang. kot2 la dia bagitau ada orang jumpa balik gelang dia ke. tapi takde. huhu. tengok muka mak yang sedih tu, entah la. aku kene ganti balik ke. kesian jugak kat mak. penat2 dia kumpul duit nak beli gelang tu. adoi. aku dah la baru menggunakan wang simpanan ku untuk membeli kereta seperti mana kataku dalam blog yang sebelum ini. lagi pulak memang tengah berjimat cermat untuk mencantikkan rumah yang baru dapat kunci. dan simpan sikit2 untuk diri sendiri dan jugak budak2. kot2 la kalau ada emergency nanti ke kan. huhu.. mahal tak ek kalau nak beli gelang??? huhu. nampaknya lambat lagi la mak nak dapat mesen jahit baru kan. (nasib baik aku tak pernah cerita apa2 yang aku nak belikan untuk mak.. cuma tersimpan di dalam hati ni je)
aritu masa mak datang seremban, adala mak cerita pasal mak g beraya kat rumah ina (awek yan-adik aku yang no. 4) tapi dia cerita dia jumpa kawan baik dia je. kawan yang dia lama tak jumpa. aku dengar je masa tu sebab kepala tengah pening. penat. ramai betul orang datang beraya. huhu.
tapi tadi mak cerita lagi pasal ina tu. lagi pulak patutnya adik aku tu masuk keje arini. tapi dia tak pergi pon lagi. dia tunggu awek dia nak gie interview lagi arini. haish. susah betul la kan. aku dulu nak pergi interview mintak abah yang hantar. abah tak dapat pergi, adik aku yang kene hantar. muncung2 pon diorang hantar jugak. haha.
eh. bukan tu yang aku nak cerita. mak kata mak bapak si ina ni orang kaya. rumah besar. bilik ada 6. bilik air je ada 7 (kompius aku. selalu bilik air lagi sikit dari bilik) kereta kat luar bersusun. ada 6 ke 7.. agaknya rumah tu macam rumah kat atas tu besarnya kan. abang si ina tu dah kawen. ada anak sorang. tinggal adik dia dua orang kecik2. memang mak bapak dia plan buat 2 fasa kot. hehe. mak duk fikir berapa la hantaran si yan tu kene nanti. puluh ribu ada kot. aku diam je. tak tahu nak cakap. ye la kan. dari gambaran yang mak cakap tu ada betulnya. tapi kalau family orang tu jenis yang bersederhana, tak la kot. aku cuma mampu doakan yang terbaik. apa pum, yan kene la cari duit sendiri. nak harapkan abah, memang tak la kot.
lagi mak cakap, orang tu dah biasa duk releks nanti camana nak suruh2 buat keje. dia duk mengomel dengan aku, carila orang kampung ke. senang sikit. hmmm entah la. aku pon tak tahu nak sokong ke tak. orang lelaki zaman sekrang ni biasanya nak mecari isteri yang berkerjaya jugak. maklumla. kos sara hidup yang tinggi memaksa. (hmmmm betul ke??) lagi?? nak ke orang tu dudk bersempit2 dekat rumah kitorang ni. rumah dia besar. bilik pon ada sorang satu kan. kalau ikot perkiraan aku, ada satu bilik kosong. tak tahu la bilik tamu ke bilik orang gaji.\
agaknya memang mcm tu mak2 bila anak lelaki diorang nak kawen?? kalau anak perempuan, nak lelaki yang kaya pulak kan?? entah la. hope semuanya berjalan lancar. nak stop sebab azan asar sudah bekumandang. tak sabar nak balik.
cau cin cau

No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini