hari ketiga, hari ynag ditunggu-tunggu!!!..
betulla kata orang, semakin banyak kita melancong, semakin sayang kita pada Negara kita.. hari ni takde aktiviti apa.. cuba menunggu untuk orang pickup bawak pergi epot.. hehehe.. sementara tu, berjalan-jalan kat pantai ao nang lagi.. haritu berjalan belah atas, kat jalan, ni jalan kat pantai.. filing-filing macam orang baru kawen gitu.. hehehe (tak sedar diri anak dah dua)...
lupa cerita pasal budak-budak kan??
1st day, dah malam baru dapat call budak-budak.. tak tahu kenapa tak bole nak call henpon. last baru teringat nak call phone rumah.. baru dapat.. mula-mula si kecik dua orang tu ok je cerita pasal aktiviti diorang.. hari kedua, si kecik tu dah tak nak cakap dengan ibu.. dengar suara ibu terus cam sentap.. adeh.. apa la budak kecik ni.. ibu terus rasa tak best.. rasa nak terus balik.. hehehe...
lamanya menungu nak balik.. dah berjalan, masuk bilik.. sampai epot, pusing-pusing lagi.. habiskan baki duit yang lum habis lagi.. huhu.. akhirnya balik!!!... sampai rumah.. seronoknya.. pastu mak kata adik kepada adik ipar dating bawak nasi dagang Terengganu.. waaaahhh.. sedapnya.. makan la apa lagi kan. hehehe..
iskandar terus buat perangai.. ibu ke sana ke mari semua dia ikut.. takut kene tinggal lagi ler tu.. hehehe.. aiyak.. mak cerita iskandar ok je masa kitorang takde.. yang tak ok qis je.. bila duk diam-diam.. tiba-tiba meleleh je air mata.. bila Tanya, dia cakap nak ayah.. huhu.. syahdunya.. anak ayah la katakana.. ingatkan adik yang tak ok.. ni dia lak yang emosenel lebih-lebih..
esoknya, bawak budak-budak beli apa yang dijanjikan sebelum tinggalkan diorang jaritu.. hehehe.. family time..
#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti



No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini