Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 19 May 2014

day 2 @ krabi

di hari kedua adalah full day to 4 island tour..

malam sebelumnya kami diingatkan akan ada orang pickup pukul 830 esok pagi..

so, 830 pagi kami dah menunggu orang amek.. ok la.. on time juga kan.. sampai kat pantai untuk naik bot tu, lama juga tunggu sebab diorang pick up orang dari merata hotel kat krabi tu.. bila dah cukup orang bermula lah pengembaraan kami naik bot ke 4 pulau.. gambar tak banyak pula dalam simpanan ku.. takpelah.. boleh je gugel 4 island tour.. banyak je gambar keluar.. cantik sgt.. huhu..
sebelum naik bot
1st stop dekat phra nang beach.. pantai memang cantik.. tapi panasla sikit.. macam semua sedia maklum kan masa belajar geografi masa zaman sekolah dulu... Thailand memang panas sikit dari mesia ni.. tapi disejukkan dengan pemandangan yang cantik.. yang tak cantik cuma 'dugong' banyak.. hehe.. :P.. macam-macam aktiviti tengok diorang buat.. ada yang kayah.. mandi-mandi laut.. sun bathing. ada jugak mat-mat saleh duk baca buku bawah pokok.. bila tengok dalam cave, ada yang tengah buat wall climbing.. aku?? menengok keadaan je sambil abang mandi manda.. malas nak terjun dengan tudung segala  ni.. hehehe..
dalam bot

1st stop

2nd, tengok chicken island.. diorang benti jap je kat situ.. amek-amek gambar pastu pergi stop seterusnya,,,

seterusnya, snorkeling near koh khai.. hehe.. aku cam biasa setia menunggu atas bot sebab kat situ takde pantai.. abang je la snorkeling sesorang.. tapi abang kata tak best sangat sebab dalam tu gelap.. mungkin sebab dalam kot.. sebab tu gelap.. orang yang bawak bot kami tu kata kedalaman boleh sampai 7m.. dalam kan?? 30  minit masa diberi..

next, lunch at koh tub.. hehe.. lepas makan, mandi lagi.. aku setakat celupkan badan sampai paras pinggang je la.. tu pon sebab dah basah masa nak naik bot.. dah alang-alang.. celup..  jugak la..

lepas makan sambung lagi pergi tub island.. sejam jugak masa dia bagi.. dah tak larat nak masuk air.. tapi ni cantik sebab ombak dating dari dua arah.. (gambar pon kat abang jugak... kalau ingat, nanti edit semula yer)..

dan last sekali.. berenti kat poda&tub island..

pegalaman tak best masa trip ni, tak tahan nak kencing.. adoila.. dari lepas lunch celup dalam air sebab nak cin, tapi bila masuk dalam air tak boleh pulak.. serius rasa nak pengsan.. on da way balik terkucil gak atas bot.. hihi.. pastu sampai je kami terus cari toilet.. fuhhhh lega.. terus gembira semula.. hahaha.. lenkali kalo nak kencing takleh celup dalam air kot.. (bukan orang  nmpk pon kan).. dah siap baru celup.. kikiki.. (syyhhh jangan cakap orang yer).. huhu..

sampai hotel, cam biasa.. mandi, tido pastu petang jenjalan lagi.. misi kami seterusnya malam tu, makan malam pastu habiskan duit thai.. terbanyak pulak tukar.. orang tak biasa shopping ni agak seksa jugak nak menghabiskan duit tu.. tapi akhirnya Berjaya jugak.. hehehehe





#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

5 comments:

  1. wah2..honeymoon ek. pernah sekali je bercuti berdua. tp cam xbest cz teringt anak je.huhu. tp mmg perlu kan masa berdua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kadang-kadang nak juga masa berdua.. hehe.. akan ulang lagi tahun depan walopon teringat anak. :P

      Delete
  2. wah umi..best2..cuti..tapi hati mesti ingat2 anak kan..tapi tak pe bukan lama :) nnti bertambah la lepas ni ahli keluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh. eh.. takde tambah lagi kot aida buat masa ni.. hehehe.. aida tambah dulu.. hehe.. mz sesorang tu.. cian dia..

      Delete
    2. hee :) umi muda ni la tambah2..tak penat bila tua2 nanti...insyaALLAH production lambat la umi hee hee:)

      Delete

tinggalkan luahan hati di sini