Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 19 May 2014

krabi aku datang

argghhh.. sungguh lemau bekerja selepas lama cuti ni kan.. update blog dulu la yer.. huhu..

15/5/2014
asalnya kami ingat nak ke krabi ni time cuti hari buruh hari tu.. tapi disebabkan flight masa tu mahal, kami try contact agent tu.. tukar tarikh.. lahamdulillah, boleh tukar tarikh tanpa bayaran tambahan.. bagitau diorang konon-konon ada hal.. sebenarnya takde pon. hahaha.. tapi nasib juga kami tukar tarikh.. tengok-tengok adik ipar tukar tarikh kawen dia aritu kan.. janji dulu bulan 8 tapi end up on mei..

malam sebelum
tak dapat nak lelapkan mata lak mengingatkan nak meninggalkan budak berdua.. risaukan si iskandar sebab dia sebelum kami cakap 'nak gie kerja jauh' dia dah start buat perangai manja-manja dia tu. macam dah tau kitorang nak tinggalkan dia.. hehehe.. pagi tu bangun 430 pagi.. huhu awalnya bangun.. tapi mata tak pulak mengantuk.. sampai eport kul 5 pagi.. ingatkan takde orang.. rupanya penuh.. klia2 yang sebesar alam tu boleh penuh.. kagum pulak rasa.. jalan selengang-lengang nya.. tapi bila sampai epot orang ramai??!!.. kitorang sarapan.. pastu subuh baru masuk flight.. antara orang terakhir masuk flight.. hehe.. (kami memang suka camtu.. malas rebut2). mula-mula macam malas nak makan sebab ramai orang beratur panjang lak tu.... takut nak makan makanan yang tak biasa yang kedainya kosong.. nanti meragam dalam flight.. naya lak.. tapi at last.. makan jugak.. byk lak tu.. huhu..
dalam flight

sampai je bumi krabi...
dah ada orang pick up.. memang dalam pakej ada half day tour.. sebab masih pagi.. baru 730 kot time tu kat sana.. kat mesia dah 830.. adoi.. awalnya lagi.. nak check in hotel 1pm.. huhu.. so orang tu bawak jalan-jalan dulu la.. kitorang dua orang je dalam van yang besar gedabak.. syok tu van dia.. rasa nak beli satu. haha.. tapi sure mahal kan..
katanya masa nk bina kuil ni ada rimau besar jaga kawasan

dalam kuil.. huhu.. layan ajala

mula-mula dia bawak kitorang gie kuil dia.. hadoila.. apa kejadahnya la bawak kitorang g kuil.. bawak la g masjid ke.. 'sejuk' sikit.. hehehe.. pastu (alahai.. ak ingatla susunan.. apa-apa je la eh).. pastu bawak gie sarapan.. ada  roti canai tau tak kat sana.. rasanya tokei kedai tu orang Kelantan.. nasi dagang.. nasi kerabu semua ada.. cakap pon cakap melayu je ngan diorang.. kitorang je macam teragak-agak nak cakap bahasa apa.. aku amek roti canai.. abang amek nasi dagang.. aku tak minat sangat nasi dagang Kelantan.. roti canai cukupla.. lepak lama sikit kat kedai.. saja kan buang masa.. huhu.. lamanya masa berlalu...

pastu driver tu bawak g tepi pantai ada patung crab hitam besar.. amek-amek gambar pastu pergi pecan.. shopping.. hohoho.. tapi barang kat semua kedai cam sama je.. dah habis shoping kitorang dibawak ke kedai makan.. ada sign halal sebelum masuk kedai.. tapi macam meragukan sebab ada patung sembahan diorang lak kat dalam tu.. minum air je la jawabnya.. tak yakin.. tapi tu dah masuk dalam pakej kitorang.. adoila.. nasib dah melantak banyak pagi tadi kat epot.. plus dengan roti canai. kalau tahu camni, bungkus je roti canai tadi.. huhu..

dah makan, kitorang beralih ke fish farm pulak.. cuaca dah start panas.. kitoerang membayang kan fish farm diorang macam aquaria.. tapi tak pon :( sedih lak rasa.. tapi ye kan ajala.. buat muka excited.. kesian pulak dengan tourist guide tu..hihi.. dan.. last sekali tempat kedai kraf... tapi macam sama je barang yang ada ngan kat Bandar tadi.. pastu lagi mahal lak tu harga dia..

last sekali.. tempat yang dituggu.. HOTEL!!.. masuk bilik, mandi, pasang ekon.. tido..

dah petang, jalan kat sepanjang pantai ao nang.. cantik.. banyak kedai jugak.. hehehe..

salah satu kedai
aiyak!!!.. kawasan tsunami???
malam, dapat makan malam kat hotel (masuk dalam pakej juga).. tapi tak sedap.. semua makanan macam tak rasa perisa apa.. diorang ni jimat garam kot.. ke jaga badan.. setahu aku, makanan thai  biasanya sedap-sedap.. mungkin selatan thai je kot.. dah semakin ke atas, semakin kurang kot.. huhu..

bersambung.....



#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini