sebenarnya aku tak berniat pon nak menaip kat sini minggu ni. sebab aku rasa, baru je aku membebel 2-3 ari lepas kat sini kan. tapi entahla. aku dah tak tahu apa nak buat. kesian kat aku. he. beruntung jugak sebenarnya takde keje. tapi yang tak best nya satu je. menunggu tu lama sgt. laaaama je rasa nak sampai pukul 5 petang tu kan. macam2 aku bawak arini. aku bawak majalah 2 bijik. buku cerita sebijik. buku cerita ni abang belikan masa aku dalam pantang lagi. konon2 nak isi masa lapang aku masa tu. tapi masa tu, kalau ada masa lapang. baiklah aku tido. kesudahannya, buku tu jadi tukun,. kesian abang. tapi aku memang berazam nak baca. lagipon aku suka penulisnya tuh. Ramlee Awang Murshid. Penulis Thriler. aku start suka baca buku dia masa roomate aku tahun 1 kat UTM dulu tinggalkan buku dia kat bilik. aku yang keboringan masa tu, baca la. best pulak. tajuk dia Mandatori masa tu. pastu, dia bawak lagi buku. best jugak. si Ramlee ni jugak yang tulis. tapi yang ni aku lupa la pulak tajuk dia. sebab cerita mandatori tu begitu menusuk ke kalbu cerita dia. he.
konon2 azam aku arini nak abeskan sket keje aku yang memang takde dalam task aku kat sini. (tu yang jadi ikut suka je kalau tak nak buat pon). aku pon tak tahu. mata ni semacam je rasa. agaknya lens ni nak expired dah kot. lepas tu dengan takde orang kat ofis ni. aku lagi la malas. diorang gie site meeting. aku memang malas sgt nak pergi site ni. menyampah pon ada. nak kene tunggu last sekali baru boleh nak bercakap. pastu, orang pon macam pandang slack je kat kitorang. hish. malas la nak ikot. baik aku termenung je. hehehe
pagi tadi lak aku terbaca luahan pak nil tentang kematian din beramboi. sedih la pulak. tak dapat aku nak bayangkan aku kehilangan orang yang aku sayangi. huhu. kalau boleh, biarlah aku pergi dulu. tapi takot jugak. amalan belum tentu cukup. huhu. diluah mati mak. ditelan mati bapak. begitu lah.
semalam pergi jalan2. abang bawak g klcc. penat jugak. lama sangat dah tak berjalan2 macam tuh. balik umah mata ngantuk yang amat sangt. kaki aku dah saket2. pas mandi je. lipat2 kain sket (lipat je. tak masuk dalam almari lagi. huhu) aku terus baring. bila baring je. mata tutup. bila baring je mata tutu (tu lakata abang, he.) qistina. macam biasa la. ayah dia ada. lagi la best aku nak menutup mata ku. bila lagi kan ayahnya. tapi memang mata tak larat nak bukak malam tadi. huhu.
sebelum balik umah, singgah kat umah kawan abang jap. abang ni memang suka menyinggah umah kawan dia yang sorang ni. aku ikut je. tapi qistina gaduh la pulak ngan anak orang tu. malu aku la. dah la budak tu lagi besar dari qistina. tapi qistina yang menang. garang sugguh anak ibu ni. kesian abang tu tau.
ari sabtu aritu pulak. sibuk ngan bola. maklum la. pasukan abangku sayang masik final FA cup. aku pulak yang teruja. aku pon tak tahu. sejak kenal abang ni, dengan aku sekali sibuk ngan bola walaupon aku tak pernah amek tahu pon pasal bola sebelum ni. walaupon dulu aku ramai kawan lelaki. tapi, aku rasa, diorang ni takde la sefanatik abang ku sayang ni. tapi seronok jugak. dapat tengok ragam orang. tapi kadang2 geram gak ngan abang ni. dia asyik cerita pasal bola. tapi kalau aku tak paham, then aku tanya, dia wat tak tahu je. nak kene jerit sket. ABANG!!!!. baru dia nak layang aku. tu pon jawab tak ikhlas je. nanti kiter wat tak tahu bila dia cerita pasal bola, tahu pulak dia tarik muka. tapi bila kita tak paham, dia malas pulak nak terangkan. geram tau. geram.. he.
http://www.facebook.com/photo.php?pid=392514&id=1683673948#!/album.php?aid=160162&id=699414117&ref=mf
petang tu,pas zohor, kitorang keluar la ke stadium. maklum la umah dah dekat ngan stadium . saja nak amek mood sebelum game mula malam karang. qistina pulak yang lebih2. dapat baju N9 lagi. aku pon konfius aku nak sokong mana. kesimpulannya aku cakap ngan abang. aku sokong je la team yang menang. hohoho... adil dan saksama. he. pastu, g balai jap. patutnya malam tu ada hari keluarga. tapi abang kan nak tengok bola. tu yang dia nak tunjuk muka je. dah kira sign kehadiran la tu kot. heheh. tapi memang jauh beza game kali ni. aritu masa lawan kelantan aritu, bukan main lagi. datang kul10 dah penuh dah luar stadium tu. merah je. abang macam biasala. masa 'lawatan rasmi' dia akan memakai baju pihak lawan. konon nak mengaburi mata. tapi kalau pakai kaler lain pon tak kesah kan??? aku tak paham. tapi kali ni, sambutan nya biasa2 je. biasa tapi tetap meriah. tapi meriah lagi masa lawan selangor kat paroi aritu. :)
abang cerita lagi, dia suka ngan penyokong kedah. diorang ni cool je. lepas habis game siap salam2 tangan. pastu cakap 'cuba lagi lain kali'. orang kedah lak cakap 'tahniah' kat diorang. aku dengar tu pulak yang rasa terharu. memang lain sangat masa lawan ngan kelantan aritu... aku tak rasa tapi aku just menceritakan apa yang orang rasa. abang cakap, nak solat maghrib pon kene halau. orang tak pakai baju merah, tak boleh masuk. nak solat tempat lain. samapai macam tu sekali? nak naik tren pon sama. huhu. harap kiter sebagai rakyat malaysia jangan la ada perasaan@ perangai macam ni lagi. malu tau. sib baik abang naik tren menghala ke sri petaling. bukan ke ampang / sentul. so, takde la kes kene halau macam tuh. huhu. aku bukan nak mengata orang kelantan. sebab diorang ni ada jugak yang baik tapi biasalah kan. kerana nila stitik, rosak susu sebelanga, sori kepada kelantanese yang terasa. just mengulas sedikit di pagi hari ni. :)
masa semi final, n9 lawan selangor. duk kat umah mak mertua. aduhai. penatnya. aku nak tengok cerita lain. macam masa lawan kedah. aku tengok citer lain. tapi aku tetap dapat update dari abang. he. tapi nak buek camano. diorang ni orang nogori. mestilah nak tengok team diorang main. aku yang penat tengok tau. nak tercabut jantung. (tu sebab aku tak suka tengok bola ni). qsitina lak terpinga2 je bila makcik2 (yang lelaki sume g stadium. tinggal ayah sorang je sebab abang tak bagi. kesian ayah) menjerit. tiba2 tepuk tangan. tiba ketawa. huhu. cian si kecik.
aku pulak? masih belajar memahami bola. mungkin kah suatu hari nanti aku akan suka tengok bola? hmmm... tunggguuuuu...
Pages
Wanita…
Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan
Monday, 12 April 2010
Thursday, 8 April 2010
katak oh katak
hehe.. kelakar pulak tajuk tu kan. tapi tak tau la. kenapa pagi tadi aku teringat pulak dekat si katak ni. di keheningan pagi, takde ke binatang lain yang boleh aku ingat selain si katak ni. he.
bila ingat katak je. aku teringat dulu masa sekolah rendah. pagi2, masa nak pergi sekolah. tak ingat pulak darjah berapa time tu. ada la dua tiga kali kene ngan katak ni. sampai hari ni aku tak leh nak ingat. geli nya. kalau teringat, kompem geli geleman sampai meremang bulu roma. bila duduk nak pakai kasut yang entah mana2 aku campak kan. maklum la kan. budak2 time tu, pastu, aku main sauk je kaki aku dalam kasut. tiba2 rasa kasut tu ketat. kenapa ek? pastu ada mende lembik2 kat ujung kasut tuh. aku dengan segera keluarkan kaki aku dan mencampak kasut aku. pastu kene amek balik jugak. sebab dah takde kasut lain. huhu. tiba2 keluar seekor katak. MAKKKKKKK!!!!!! KATAK!! eeee bukan kecik tapi besar. aku tak tahu la katak apa. mak katak ke. bapak katak ke. nenek dia ke. ke anak katak yang gemuk. yang pasti, aku geli. eee.. sepanjang hari tu aku terngiang2 si katak tu ada dalam kasut. eeeeee....sejak hari tu, kalau nak pakai kasut, memang aku akan pastikan takde binatang seumpama itu kat kasut aku. aku tak rela.
pastu, kes kedua nya. eceh. katak pon ada kes. macam kes jenayah la pulak. masa aku sekolah kat jasin. tetiba je bebudak ni beramai2 seperti mencari sesuatu di celah2 semak. kat padang. aku musykil. apakah yang sedang berlaku. kenapa semua orang beramai2 mancari mende tu. selepas kaji siasat dibuat. rupanya KATAK yang diorang cari. huhu. sib baik la aku tak amek biologi. kalau tak, dengan aku2 sekali kene mencari sang katak ni. tak rela u. tapi yang aku kagum nya. budak pompuan ni pegang katak, macam pegang kucing. diorang nak buat pembedahan katak. huhu. sungguh menggelikan.
lagi satu, adik2 aku dulu masa kecik2 baru pandai cakap, suka panggil aku tatak. macam katak pon ada bunyinya. apa la diorang ni. ada ke panggil aku macam tu. sib baik kecik. huhu.
sebenarnya perkara ada satu perkara yang membuatkan aku teringat kan katak pagi tadi. he. merepek-repek la cerita pasal katak kat atas tu kan. aku memang. suka memanjang kan keadaan yang pendek.
pagi tadi. bunyi bising je kat luar. aku risau takot qistina bangun. dah la ayahnya takde. aku cukup tak suka bising2 ni kalau abang ku sayang tu takde. orang atas terutamanya. suka buat bising. tak tau la apa yang diorang main. astik berbunyi je. paling tak tahan kalau diorang main tarik2 kerusi. bingit!! opss merepek ke orang atas pulak. takde kaitan dengan katak pon kan. intai2 punya intai rupanya Kementerian Kesihatan tengah sembur nyamuk. kesian diorang ni pagi2 dah kene keluar. nak memastikan denggi dapat dikawal (polis pon kesian gak sebab selalu tak tido-betul tak abang sayang.) dan dengan tak sengaja nya aku tak jadi marah. tapi still risau kot2 qistina bangun. tapi alhamdulillah. dia ok. dan aku selamat sampai kat ofis sebelum times out. he.
aku terpikir. kenapa dulu2 tak berapa ada cerita denggi ni. pulak tu denggi ni jadi kat bandar2 je. (he. memandai je aku ni. ye ke?). dan tak semena2 aku teringat kepada sang katak. aku terpikir. mungkin sang katak ni dah semakin pupus. so, takde sapa nak makan sang nyamuk ni. bermaharajalela lah sang nyamuk ini. indahnya kejadian Tuhan. semua yang diciptakan di dunia ini, dah lengkap. cuma manusia ni lupa. macam mana la katak nak hidup kat hutan batu ni. baru melompat kat jalan raya sikit. mati katak di jalan raya sebab kene lenyek ngan mende bulat (tayar le tu. tak kesah la kan tayar apa pon). nk duk kat tingkat 88 (klcc) apatah lagi kan. takde ke diorang ni nak pulihkan semula kitaran biologi ciptaan Tuhan yang maha agung ni. aku bukan apa. asap yang diorang sembur tu busuk la. kalau kene baju yang tengah sidai kat ampaian tu. adoi. menyirap je hati ni. busuk. pastu, ok ke asap tu. tak membayakan kesihatan ke. kalau masa sembur tu bising. kalau takde budak kecik, aku tak
kesah sangat.
tu ajelah cerita katak aku. he. puncanya sikit je. orang sembur asap nak halau nyamuk. aku dapat menceritakn dengan panjang lebar. hehe. kalau masa sekolah dulu, cikgu suh buat karangan, memang la teramat la lembabnya. sungguh indah zaman persekolahan. eh. melalut lagi. k la. penat menaip. mulakan kerja anda.

Friday, 2 April 2010
terkenang seketika
aku tak tahu kenapa. semalam aku tiba-tiba terpikir pasal ni. aku rasa macam takde suatu kepuasan dalam hidup ku sekrang. rasa macam banyak sangat dugaan yang harus kkutempuhi (tak banyak pon. cuma terasa berat nak mengharungi).
dua tiga hari lepas. masa duduk2 termenung kat ofis, tiba-tiba aku tanya pada diri aku sendiri. kenapa jadi macam ni ek. aku rasa, dulu banyak yang aku hajatkan aku dapat. aku nak dapat result yang baik. aku nak dapat keje cepat, dan tempat kerja yang aku minat, nak dapat suami yang baik. aku dapat. memang banyak rintangannya tapi aku puas. tapi kenapa sekarang macam ni.
pastu jugak. aku teringat. aku tak buat sesuatu yang aku pernah buat suatu masa dulu membuatkan aku terasa kosong. tapi sebab dah lama tak buat, aku rasa susah nak mulakan balik. dah tak tahu masa bila nak buat. aku rasa sedih. dulu kalau boleh, tiap2 hari aku akan mengaji walaupon sikit. dulu, aku rajin puasa. tapi sekarang, aku rasa susah nak buat mende2 tuh. lagi2 ada anak kecik. bukan aku nak salah kan si kecik tu. tapi, kenapa ada orang boleh buat. aku tak boleh. huhu. salahkan diri aku sendiri.
agaknya. tu la sebabnya Tuhan bagi dugaan kat aku. nak suruh supaya aku kembali lakukan apa yang pernah jadi amalan aku dulu. dia duga aku dengan bagi aku keje tempat yang aku tak minat ni. but. aku still cuba meminati keje aku sekarang. dan aku bersyukur sebab walaupon diduga, DIA berikan aku staf yang baik yang banyak menolong aku. terima kasih ya Allah.
aku dah mintak ngan abang tafsir (mintak abang lagi kan. huhu. tak tahu nak cari kat mana la abang) sebab aku nk letak kat ofis. nak baca sebelum buat keje. sebab kalau bawak quran biasa, nak kene amek air semayang. dan bab puasa, aku berdoa semga aku tabah untuk melaksanakannya. especially yang wajib (puasa ganti) dan kalau ada peluang, aku cuba buat yang sunat. semoga aku dapat laksanakannya... amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)