hehe.. kelakar pulak tajuk tu kan. tapi tak tau la. kenapa pagi tadi aku teringat pulak dekat si katak ni. di keheningan pagi, takde ke binatang lain yang boleh aku ingat selain si katak ni. he.
bila ingat katak je. aku teringat dulu masa sekolah rendah. pagi2, masa nak pergi sekolah. tak ingat pulak darjah berapa time tu. ada la dua tiga kali kene ngan katak ni. sampai hari ni aku tak leh nak ingat. geli nya. kalau teringat, kompem geli geleman sampai meremang bulu roma. bila duduk nak pakai kasut yang entah mana2 aku campak kan. maklum la kan. budak2 time tu, pastu, aku main sauk je kaki aku dalam kasut. tiba2 rasa kasut tu ketat. kenapa ek? pastu ada mende lembik2 kat ujung kasut tuh. aku dengan segera keluarkan kaki aku dan mencampak kasut aku. pastu kene amek balik jugak. sebab dah takde kasut lain. huhu. tiba2 keluar seekor katak. MAKKKKKKK!!!!!! KATAK!! eeee bukan kecik tapi besar. aku tak tahu la katak apa. mak katak ke. bapak katak ke. nenek dia ke. ke anak katak yang gemuk. yang pasti, aku geli. eee.. sepanjang hari tu aku terngiang2 si katak tu ada dalam kasut. eeeeee....sejak hari tu, kalau nak pakai kasut, memang aku akan pastikan takde binatang seumpama itu kat kasut aku. aku tak rela.
pastu, kes kedua nya. eceh. katak pon ada kes. macam kes jenayah la pulak. masa aku sekolah kat jasin. tetiba je bebudak ni beramai2 seperti mencari sesuatu di celah2 semak. kat padang. aku musykil. apakah yang sedang berlaku. kenapa semua orang beramai2 mancari mende tu. selepas kaji siasat dibuat. rupanya KATAK yang diorang cari. huhu. sib baik la aku tak amek biologi. kalau tak, dengan aku2 sekali kene mencari sang katak ni. tak rela u. tapi yang aku kagum nya. budak pompuan ni pegang katak, macam pegang kucing. diorang nak buat pembedahan katak. huhu. sungguh menggelikan.
lagi satu, adik2 aku dulu masa kecik2 baru pandai cakap, suka panggil aku tatak. macam katak pon ada bunyinya. apa la diorang ni. ada ke panggil aku macam tu. sib baik kecik. huhu.
sebenarnya perkara ada satu perkara yang membuatkan aku teringat kan katak pagi tadi. he. merepek-repek la cerita pasal katak kat atas tu kan. aku memang. suka memanjang kan keadaan yang pendek.
pagi tadi. bunyi bising je kat luar. aku risau takot qistina bangun. dah la ayahnya takde. aku cukup tak suka bising2 ni kalau abang ku sayang tu takde. orang atas terutamanya. suka buat bising. tak tau la apa yang diorang main. astik berbunyi je. paling tak tahan kalau diorang main tarik2 kerusi. bingit!! opss merepek ke orang atas pulak. takde kaitan dengan katak pon kan. intai2 punya intai rupanya Kementerian Kesihatan tengah sembur nyamuk. kesian diorang ni pagi2 dah kene keluar. nak memastikan denggi dapat dikawal (polis pon kesian gak sebab selalu tak tido-betul tak abang sayang.) dan dengan tak sengaja nya aku tak jadi marah. tapi still risau kot2 qistina bangun. tapi alhamdulillah. dia ok. dan aku selamat sampai kat ofis sebelum times out. he.
aku terpikir. kenapa dulu2 tak berapa ada cerita denggi ni. pulak tu denggi ni jadi kat bandar2 je. (he. memandai je aku ni. ye ke?). dan tak semena2 aku teringat kepada sang katak. aku terpikir. mungkin sang katak ni dah semakin pupus. so, takde sapa nak makan sang nyamuk ni. bermaharajalela lah sang nyamuk ini. indahnya kejadian Tuhan. semua yang diciptakan di dunia ini, dah lengkap. cuma manusia ni lupa. macam mana la katak nak hidup kat hutan batu ni. baru melompat kat jalan raya sikit. mati katak di jalan raya sebab kene lenyek ngan mende bulat (tayar le tu. tak kesah la kan tayar apa pon). nk duk kat tingkat 88 (klcc) apatah lagi kan. takde ke diorang ni nak pulihkan semula kitaran biologi ciptaan Tuhan yang maha agung ni. aku bukan apa. asap yang diorang sembur tu busuk la. kalau kene baju yang tengah sidai kat ampaian tu. adoi. menyirap je hati ni. busuk. pastu, ok ke asap tu. tak membayakan kesihatan ke. kalau masa sembur tu bising. kalau takde budak kecik, aku tak
kesah sangat.
tu ajelah cerita katak aku. he. puncanya sikit je. orang sembur asap nak halau nyamuk. aku dapat menceritakn dengan panjang lebar. hehe. kalau masa sekolah dulu, cikgu suh buat karangan, memang la teramat la lembabnya. sungguh indah zaman persekolahan. eh. melalut lagi. k la. penat menaip. mulakan kerja anda.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini