Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 5 February 2010

promotion

romotion
Hmmm. Kata nak bercerita mengenai kisah si dia. Tapi aku takde mood la. Aku nakcerita berbagai cerita mengenai promotion ni. Masa hujung tahu hari tu, ada la dengar cerita pasal ni akan berlaku pada awal tahun. Eceh. Ayat ni. Tapi bila lama-lama awal tahun dah sampai. Jadi lain lak. Ada membe gie jumpa bos bahagian kenaikan pangkat dan pertukaran bitau, dia kata nama tu akan dipanjangkan pada awal tahun. Paling lambat, surat kenaikan akan keluar pada bulan 3. sekarang ni dah bulan dua. Awal bulan dua. Aku masih mengharap.
Tapi dengar lagi cerita lain yang tak sedap untuk didengar. Ceritanya berbunyi begini. Hehe.. ehem ehem. Berdehem ala nak bercerita dikhalayak ramai. (berdiri betul2 depan orang ketaq lutut). Diorang cakap, kemungkinan untuk kenaikan pangkat tu akan berlaku ditempat yang sama di mana anda bekerja sekrang. Ohh TIDAKKK!!! Aku tak sanggup. Katakan ini semua tidak benar. Ya Allah. Apakah hikmah di sebalik ini semua.
K lah.. biarlah aku cerita dari  mula. Mesti korang tertanya-tanya. Apa umi ni bercerita macam ni kan. hanya orang yang selalu jumpa ngan aku je tahu apa sebenarnya dah berlaku..
Macam ni
Aku start keje bulan ogos 2006. betul2 lepas aku habis belajar. Masa tengah wat projek akhir tu. Aku gie interview. Tak mengharap pon dapat sebab sebelum ni, ada la gie interview. Semuanya hampeh. Hampa. Tapi tup2 lepas sebulan duk umah dapat la surat tawaran. Memang tak sangka langsung. Aku pon melaporkan la diri. 2 minggu ada kusus pengenalan. Layan je la. Masa tu memang takde semangat nak keje. Yang aku pikir, aku nak rehat lama sket. Penat wo belajar. Tapi bila dipikirkan balik, tak baik kan. orang lain susah-susah cari keje tak dapat-dapat. Jadi, aku pon bekerja la dengan semangatnya. Tapi tu pon lepas beberpa bulan bekerja la. Tu pon lepas jumpa abang la. (cerita pasal abang? Tungguuuuu) He. Dia yang banyak bagi semangat. Dia tu rajin bekerja. Tak macam aku ni.
Setahun aku keje kat situ. Lama-lama aku makin suka. Kawan-kawan pon umur lebih kurang. Jadi senangla aku nak menyesuaikan diri. Cuma technition je la yang menyakitkan hati. Wat keje semua lambat.. Ada yang baik dan rajin. Tu pon sorang je. Tapi bila dah semua orang suh dia wat, dia pon tak terkejar la. Last-last terpaksa buat sendiri. Nak buat macam mana kan. nanti bos marah. Bos nak cepat. (dia takde la marah sebenarnya. Tapi aku takot). Lepas tu cawangan aku di rombak. Dalam bulan 4 2008 (setahun ke  ni? Entah la. Kiralah sendiri) Aku pon malas nak amek tahu sebab apa. Aku ikot je. Sebabnya aku masih di bawah bos yang sama dan masih buat keje yang sama.
Masa kerja kat situ, aku selalu gak merungut. Keje banyak. Tak larat. Kenapa keje ni tak habis-habis. Dahla takde orang tolong. Dari keje2 mendesign sampai la copy dokumen, filing, masukkan surat dalam sampul, hantar surat ke bawah untuk diposkan semua aku yang buat sendiri. Malas nak mengharap bebudak ni. Lembab! (jahat aku ni. Tapi geram tau). Masa terus berlalu. Kerja, kerja dan kerja.
Sehinggalah pada hari jumaat yang hening. Semasa aku sedang sibuk menyediakan tugasan PTK aku yang pertama, aku dikejutkan dengan sehelai surat. Lepas tengok. Sah. Surat pertukaran!! Oh Tuhan. Dalam surat tu kata, aku kene lapor diri hari isnin tu jugak. Tarikh keramat. 7 sept 2009. bulan puasa. Hari isnin tu jugak aku ada PTK. Jadi aku call ke la tempat aku sekarang ni. 1st impression aku dah tak sedap. Terlalu tegas. Aku jadi tak senang hati. Tapi, PTK harus diteruskan. Aku mengharungi masa PTK aku dengan perasaan yang tak best. Tapi alhamdulillah, aku pass. Cukup makan je. Itu pun aku dah rasa bersyukur sangat. So, lepas habis exam, aku buat surat penangguhan. Lepas raya baru lapor diri. Memang perasaan tak sedap masa tu. Dan perasaan tu tetap ada sampai sekarang. Kerja takde sangat walaupon aku tengok orang lain sibuk memanjang. Entahla. Cuma yang nampak betul2 sibuk hari tu masa ada satu program tu. Aku dah la tak minat mende2 ni semua. Hari pertama aku kat ofis ni. Aku balik aku muntah-muntah. Pening kepala yang amat sangt. Lastly i realise that, aku tak biasa dengan keadaan yang takde keje. Ada la dalam dua kali jadi macam tu. Hmmm. Manusia memang tak pernah bersyukur. Dulu, masa banyak keje. Merungut. Masa takde keje pon merungut. Tapi baru sekarang aku perasan bahawa lebih bagus ada keje. Oh Tuhan. Aku rindukan keje aku dahulu.
Sekianlah sahaja. He.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini