Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 16 April 2010

pasangan bahagia

Tengok. dengan tak disengajakan. aku telah menaip lagi di sini. huhu. minggu ni je dah dua blog. betapa aku kekeringan kerja. sadis sungguh, takpelah. aku nak tulis jugak.

Sekarang ni, banyak betul cerita cerai berai... buang anak la. budak nak kawen bawah umur la. macam-macam la. dunia nak kiamat dah agaknya. semua buat sesuatu tu tak nak pikir-pikir panjang lagi. bila rasa nak, buat. bila tak nak buang. entah la. tapi bagi aku, mende tu semua tak akan jadi kalau didikan agama tu cukup kuat dalam diri seseorang tu. banyak orang tahu tapi tak buat. contoh yang paling senang sekali, solat 5 waktu. memang ramai yang tahu tapi ramai jugak yang tinggalkan. aku rasa, kalau solat tu dapat disempurnakan, maka takdelah mende2 ni semua. memang dah termaktub, solat itu tiang agama. dan kalau dilihat pon, sesebuah rumah, bangunan atau struktur itu, tak mampu berdiri dengan kukuh dan baik kalau tiang itu tak baik (kepada engineers, memang sedia maklum, footing tu lebih penting. tapi orang awam tak nampak mende tuh. so, kiter tak payah la cerita mende yang kat dalam tanah tu k.) sedih melihat 'panorama' yang tak baik tu. huhu. mintak dijauhkan daripada kiter dan keluarga.
So, tugas kiter sebagai ibu dan bapa ni memang amat la penting untuk membentuk generasi akan datang (ceh.. ayat bagus tu. karangan sekolah pon tak macam ni dulu). tapi sebelum kiter betulkan anak kite, kiter kene betulkan diri kiter dulu, pasangan kiter dulu. bak kata orang, jangan nanti kita dikatakan mengajar ketam berjalan lurus (eh betulke peribahasa aku ni). so, hubungan kiter ngan pasangan mestilah baik supaya apa yang kiter cita-citakan pada masa hadapan berjalan dengan lancar.
kat bawah ni dari apa yang aku dapat tentang tips-tips untuk menciptak kebahagiaan bersama pasangan.
Tips yang terbaik yang boleh kita amalkan bagi yang tidak tahu untuk manawan hati suami ataupun suami ingin menawan hati isteri yang mana ingin mengeratkan hubungan yang lagi erat dan intim, salah satu caranya ialah:
1.    Amalkan membaca Surah Yusuf; ayat-30 (qodsyarofaha hubba)
2.    Tiupkan pada air
3.    Jika anda tidak tahu ayat-ayat lain, anda boleh gunakan Surah Al-Fatihah sahaja sudah memadai kerana surah tersebut adalah ibu segala surah.
Tips yang saya sendiri gunakan dan amalkan mudah sekali:
1.    Sentiasa mengambil hati suami
2.    Jangan cepat marah dan juga cepat cemburu
3.    Jangan berprasangka buruk dengan suami
4.    Jika rasa ke arah menjadi pertengkaran atau perselisihan faham, cuba elakkan dengan menukar topik lain atau minta maaf jika tersasul kata, tak boleh biar lama tau.
5.    Jangan rasa kita ni perfect sebab selalu nampak buruk suami/isteri sahaja. So, muhasabah diri itu penting sebelum lihat kesalahan orang lain.
Tips di atas amat penting sebagai basic/asas kesejahteraan rumahtangga. Islam adalah agama yang lengkap. Gunakan panduan yang ada di dalamnya sahaja. Tidak ada formula yang lebih baik lagi dari formula dalam agama kita sendiri.
Berikut di senaraikan 10 tip mewujudkan pasangan bahagia di kalangan pasangan suami isteri:
* Saling Memaafkan Antara Satu Sama Lain
Manusia sememangnya tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Tidak kira sama ada anda telah melakukan kesilapan yang kecil mahupun besar, perkataan maaf haruslah terungkap di bibir menandakan keinsafan untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Mungkin agak sukar mengungkapkan kata maaf, tetapi kemaafan yang terindah lahir dari ketulusan hati tatkala mengungkapkannya. Apa salahnya sesekali membuang perasaan ego untuk maaf-memaafi antara suami dan isteri. Kesabaran manusia ada tahapnya dan gunakanlah kesempatan bermaaf-maafan ini selagi ada peluang sebelum kesalan menjadi permainan hidup.
* Bertolak Ansur Mewujudkan Persefahaman
Sifat memahami dan bertolak ansur di dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri amatlah penting untuk memupuk sebuah keluarga yang bahagia. Bertolak ansur dalam apa jua perkara amat diperlukan untuk mengelak sebarang masalah lain timbul. Ia juga mampu mewujudkan suasana harmoni di dalam rumahtangga dan interaksi dua hala amat-amat diperlukan untuk mewujudkan persefahaman yang berkekalan.
* Bersifat Terbuka Dan Berterus Terang
Sifat berterus terang amat penting di dalam sesuatu perhubungan. Begitu juga halnya dengan bersifat terbuka terhadap pasangan anda. Bayangkan sekiranya si suami mahupun isteri suka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan pasangan secara tidak langsung ia akan merenggangkan lagi hubungan. Pastinya akan wujud perasaan curiga terhadap pasangan. Tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutamanya perkara masa silam pasangan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
* Sensitif Terhadap Pasangan
Kita sering mendengar pendapat bahawa wanita adalah individu paling sensitif di dunia berbanding kaum lelaki. Kenyataan ini memang tidak boleh disangkal lagi. Itulah kelebihan kaum wanita. Oleh yang demikian, sebagai suami tidak salah sekiranya mempunyai sedikit rasa sensitif dengan keadaan emosi dan fizikal isteri. Pelajari lenggok bahasa tubuh isteri anda agar segala keputusan yang bakal anda ambil adalah rasional untuk kedua belah pihak. Sesekali biarlah bahasa tubuh atau body language memainkan peranan dari ketajaman kata-kata.
* Menghargai Pasangan Anda
Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan di dalam perhubungan. Sebagai contoh suami perlu memberi pujian atas apa yang dilakukan oleh si isteri. Sebagai contoh, ucapkanlah sayang dan terima kasih buat si isteri selepas penat lelah bertarung nyawa melahirkan zuriat sebagai penyambung kasih sayang antara suami dan isteri. ada juga di kalangan suami yang sukar menzahirkan rasa terima kasih. Untuk suami seperti ini, tidak salah sekiranya anda ringankan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah pada waktu hujung minggu. Pasti si isteri menghargai pertolongan anda.
* Beri Perhatian
Kadangkala suami mahupun isteri memerlukan perhatian yang lebih dari pasangan masing-masing. Tidak kira walau sesibuk mana pun anda melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, si dia usah dilupakan. Cukuplah sekadar bertanya khabar melalui sms untuk menunjukkan kasih sayang dan sikap ambil berat yang mendalam. Isteri bukanlah mahu perhatian 24 jam, tetapi ingatan dengan kata-kata cinta menjadi penawar dukanya.
* Zuriat Penambat Cinta
Tidak dinafikan kehadiran cahaya mata antara faktor penting di dalam usaha memupuk kebahagiaan di dalam kehidupan suami isteri. Ramai yang berpendapat kehadiran si kecil ini mampu mengembalikan sinar kasih sayang di dalam sesebuah rumahtangga. Bagi pasangan yang masih belum mempunyai rezeki lagi tetapi tidak salah sekiranya terus mencuba. bagi yang telah dikurniakan cahaya mata, ingatlah bahawa anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai dan menjadi amanah untuk dididik supaya menjadi insan yang berguna.
* Detik Romantis Melakar Cinta
Jangan dianggap perkara ini sebagai perkara yang remeh-temeh. Mungkin ada yang berpendapat, di awal perkahwinan sungguh romantis jika berjalan berpegangan tangan dan menikmati saat berbulan madu tanpa gangguan. Tetapi apabila usia perkahwinan mencecah puluhan tahun, segalanya semakin pudar. Jangan biarkan situasi ini berlaku di dalam perhubungan anda. Wujudkan rasa cinta yang berpanjangan di antara suami isteri dengan aktiviti yang kerap dilakukan ketika bercinta antaranya makan malam romantis bersama, dan sebagainya. Ingat, rasa cinta dapat dipulihkan dengan adanya interaksi antara dua belah pihak!
* Ucapkanlah Rasa Sayang
Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya. Ungkapan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari mampu menambahkan lagi rasa cinta dan kasih di dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Kata-kata cinta ini mungkin mampu menjadi amalan anda untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika anda mampu mendalaminya, pasti anda menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan 'I Love You'. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar email untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.
* Urutan Kasih Sayang
Sentuhan mesra dari suami untuk isteri tersayang menjadi penawar buat si isteri tatkala berhadapan dengan stress sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Kadang kala si isteri tidak memerlukan sentuhan secara berlebih-lebihan dari suami. Cukuplah sekadar sentuhan mesra di raut wajah isteri tanda si suami memahami perit jerih yang sedang dihadapinya. Peluk dan belailah isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.
* Ingat Tarikh Penting
Ini adalah merupakan perkara yang sering dipandang remeh oleh kaum lelaki tetapi begitu penting dalam diari kehidupan seorang wanita. Janngan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun hari lahir pasangan dan anak-anak, tarikh perkenalan dan ulang tahun perkahwinan. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.
Lagi satu, yang mungkin takde dalam ni. mungkin tips-tips ni lahir sebelum zaman kegemilangan IT atau sekarang ni FaceBook atau orang melayu cakap 'mukabuku'. he. tapi aku tak tahu la mende ni betul ke tidak kan. aku pernah la terbaca. tapi ni bukan dari senarai kawan2 aku dalam facebook ni. aku lupa pulak ayat orang tu. aku rasa, tak patut kiter meluahkan keadaan rumahtangga kiter kat luar sana pasal pasangan kiter. pada aku, itu dah menjatuhkan maruahnya sebagai suami atau isteri. apa perasaan kiter kalau pasangan kiter buat kiter macam tu kan? mesti malu. pasangan kiter adalah pakaian kiter kan. lebih2 lagi kepada seorang isteri. kalau cakap macam tu dah menjatuhkan maruah dia. syurga seorang osteri itu di bawah tapak kaki suami.
abang aku pulak, awal2 lagi dah pesan jangan tulis mende2 macam tu dalam FB ni. aku tak kecik hati pon bila dia cakap macam tu. bagi aku, dia memberitahu apa yang dia tak suka. dan pada aku, memang tak patut, kalau kiter buat mende yang pasangan kiter tak suka.
entah la. aku cuma mengutarakan apa yang rasakan. betul atau tak, tak tahu.
apa pun, buat suamiku. I love u sayangku Khairul Anwar bin Abdul Aziz...
semoga kiter akan bahagia selamanya.
http://www.facebook.com/note.php?created&&suggest&note_id=113227252040428#!/notes.php?id=699414117

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini