Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 27 May 2014

peristiwa hujung minggu

minggu lepas adalah minggu yang memenatkan.. macam-macam dugaan pula timbul..apa pun, syukur semuanya telah selamat..

balik aja bercuti, abang kata, dia dapat berkursus.. kat genting pulak tu. kalau setakat kat KL, aaku tak kesah lagi. camana la nakuruskan budak-budak kan.. selama ni memang abang je yang uruskan budak-budak pagi.. budak-budak ni kalau ibu yang kejut memang jangan harapla nak bangun. huhu.. hari pertama ok lagi sebab abang siapkan budak-budak sebelum bertolak.. aku cuma hantar rumah pengasuh.. huhu.. tu pon terlambat ke ofis.. mana nak cari parking lagi masa nak hantar diorang naik atas kan.. (dah terasa nak nangis di ditu).. huhu..

hari kedua, mak budak-budak ni minta cuti.. owh akak.. kenapa time abang takde.. aku ada hal urgent jugak kat opis. ye la kan baru balik dari cuti. wakakaka.. tapi cuti je la.. tak sanggup nak bawak bebudak ni g opis.. tapi ditakdirkan jugak pada hari yang sama kene cirit birut yang teruk (tak jadi marah mak budak-budak ni... kena sumpahan kot. hahaha).. dugaan sungguh.. memang sangat memerlukan cik abang sayang time ni.. nasib si kecik ok.. time masak pulak, tiba-tiba gas habis.. waaa.. nasib ada bekal roti. kalau tak, kelaparan la budak kecik tu.. aku dah sakit camni, memang takleh nak makan apa.. makan sikit, buang nya banyak nanti.. huhu..call gas tak berangkat pulak.. akhirnya terpaksa guna talian hayat. call cik yan budak-budak ni.. suh beli gas ngan makanan sekali sebab aku memang dah lembik time tu.. dah malam kot. huhu.. qis pon dah lapar.. nasib adik ok.. sebab si adik tu, kalau cakap nak, memang time tu jugak nak. belum boleh dipujuk..

nak dijadikan cerita pulak, hari ke3, iskandar pulak demam...malam tu dah start merengek aja... adeh.. dahla baru balik cuti,.. kene cuti berturut-turut..lepas hantar qis sekolah, terus bawak budak kecik ke klinik..masa tu doc kata dia demam biasa aja.. so dia bagi unbat batuk..ubat demam dia suh guna yang ada kat rumah dulu.. huhu..sampai malam aidil demam jugak lagi.. suhu pon makin naik sampai 39++.. memang risau.. tido malam pon tak senang.. asyik terjaga basahkan kepala dia.. atuk siap dating la tengok cucu demam.. tapi iskandar baring je.. selalu aktif jugak kalau Nampak cik adam bila demam.. memang teruk la tu demam.. dalam 4 pagi tiba-tiba ayah balik.. fuhh lega.. katanya balik esok lepas solat jumaat.. katyanya urusetia kata hari terakhir tu kalau ada peserta yang jauh-jauh boleh stay kat hotel.. huhu.. so, boleh la aku g ofis uruskan apa yang patut.. aidil pulak macam tiba-tiba surut demam..malam ... panas balik badan.. adoila.. camana ni... sabtu sportday kakak..

semua kerja tertangguh sebab kesihatan.. perancangan nak buat biskut dan kek qis sikit hari khamis.. jumaat boleh touch up apa yang patut je.. tapi dapat buat biskut je sambil budak kecik baring sama-sama kat dapur.. huhu.. kek qis untuk sport day hari jumaat.. badan ibu memang dah tak larat tapi gagahkan jugak.. siap juga 12 tengah malam.. Alhamdulillah..

sempat bergambar

tak tahu ibu ni game apa dik

balance

ping pong ball in spoon
keseluruhan dapat nombor 4 dari 5.. hehehe.. tapi semua dapat hadiah sama je..
penyampaian hadiah

kesian adik..
hari sabtu pagi, iskandar Nampak sihat sikit.. sempat la amek gmabr dengan kakak sebelum sport mula.. lepas tu dah Nampak dia lesu balik... badan pon dah panas balik.. agaknya ubat yang makan pagi tadi dah habis dalam badan.. lepas soprt terus g klinik.. doctor pulak buat muka cuak sebab suhu dah 40++.. aku pon cuak.. so, tak nak piker.. biar ayah dia je piker samada nak refer hospital ke tak sebab doc suggest suh g spital.. akhirnya abang kata nak pantau kat rumah.. doc kata kalau pukul 6 still tak ok, call dia, dia akan refer ke hospital.. ahamdulillah suhu aidil turun.. aku cuak.. huhu.. so, sportday qis kali ni tak dapat aku nakjoin sebb tak cukup tido dan badan penat.. lepas tu, aidil pon dah melepek dekat ibu je.. apa pon, harap qis hepi sebab ayah ada dan cik yan datang jugak.. hehehe

hari ahad.. nampaknya aidil dah baik..
hehe ada gaya tak

dengan abang... muka cuak sebab takut tak larat.. perut pon tak sedap lagi.. cuma tak bitau sesapa.. huhu

makan lepas habis...

hari ahad.. ada fun ride dekat bukit mahkota. kawasan perumahan mak.. cycling 15 km.. hehe.. aku masuk.. abang, abah dengan adik aku 3 orang.. seronok jugak.. baru tau kawasan sekeliling.. pastu kalau tak larat abang tolak. hihihi.. tengok budak-budak kecik relaks je kayuh tak penat pon..buat malu je. hahaha... tapi yang tak seronok terjatuh basikal.. wakakaka.. dah lama lutut aku tak koyak, tetiba koyak selepas sekian lama tak naik beskal. mak kata, macam budak kecik. naik beskal pon jatuh :( petang tido.. penat tu.. 15 kilo tau.. bukan 15 meter.. hehehe..

minggu depan cuti lagi.. yuhuuuuuu




#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini