Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 16 August 2012

6 tahun bekerja

16 ogos 2006-16 ogos 2012

diam tak diam dah enam tahun aku bekerja  yek... cuma tahun ni ulangtahu ke enam tu macam tak berapa nak diingati sebab sibuk dengan persiapan raya,.. tapi aku tak pernah lupa.. cuma tak sempat je nak mengepos di sini...

selama enam tahun tu, macam-macam cerita yang aku kumpul. cuma tak dapat diluahkan aje. semua pengetahuan dan pengalaman akan aku gunakan dengan sebaiknya. terima kasih kepada yang menunjuk ajar dan terima kasih jugak yang memberi tekanan. sebab tu semua pengalaman yang berguna utnuk aku walaupon masa kejadian tu membuatkan aku stress.. terima kasih.... :)

ogos 2006 - september 2009: 
masuk cawangan pakar dan kejuruteraan awam yang kemudian dibubarkan dan jadilah cawangan kejurutraan struktur dan geoteknik.. pastu jadi cawangan kejuruteraan awam, struktur dan jambatan. hish..macam2 nama la.

september 2009- disember 2011
kene transfer kat kementerian kerja raya... mulanya menerima petukaran dengan hati yang terbuka. mana la tahu dapat belajar dan menimba ilmu baru. tapi memang tak tahan. tak tahu kenapa. mintak. mintak dan mintak tukar tapi dua tahun baru dapat. sedih...

masa dekat sini dapat la setahun (februari 2010 - januari 2011) jadi ketua cawngan. huhu.. jaga satu selangor n KL tuh.  tapi sebenarnya aku sampai sekrang tak jelas dengan kerja tu. hihi...

disember 2011 - sekarang
kerjala aku di cawangan kerja kesihatan. tapi tak jaga projek pon. memantau projek2 je... lebih kepada pemantauan bajet projek. aku tak kesah dengan kerja sekrang tapi bos kadang2 memeningkan. hope ada sinar baru dalam perkembangan kerjaya...

tu je la kot. tak tahu nak cakap apa. tapi buat masa ni tempat kerja yang paling aku suka adalah tempat keje yang pertama. hehe...

Tuesday, 14 August 2012

MARAH!!!!


sepatutnya tulis pasal ni sebelum pose kan.. almaklum la.. kalau pose ni ada je yang tiba2 jadi pemarah. huhu.. terjumpa pasal ni kat blog ni... jadi aku pon kopi pes la macam biasa. huhu

Kita MESTI INGAT BAHAWA seorang yang selalu marah atau sering marah, terbukti memiliki tekanan darah dan kolesterol yang tinggi. Begitu juga dengan pengeluaran asam amino, sebagai penyebab terjadinya penyakit jantung. Oleh itu, marah harus dapat dikendalikan agar kesihatan tubuh dapat tetap terjaga.

Marah terbukti mengancam kesihatan kerana meningkatkan timbulnya serangan hipertensi, kolesterol meningkat, pembuluh darah arteri tersumbat, penyakit jantung, serta menurunnya kekebalan tubuh yang mudah terkena penyakit lain.

Di saat kita marah, jantung akan bekerja lebih kuat dan bernafas lebih cepat. Tidak hairanlah pada saat marah, kekuatan kita menjadi luar biasa. Buktinya? Suara makin menggelegar, isinya berubah menjadi bentuk makian, teriakan dan gerakan tubuh yang kuat. Belum lagi ekspresi wajah yang menyeramkan, mata merenung tajam, wajah merah padam atau berubah pucat lesi.

Justeru itu, jangan marah. Sempena Ramadan al-Mubarak yang amat berkat ini bersihkanlah jiwa kita. Bersihkanlah hati kita. Semoga berhasil

tu la sebabnya kalau kita asyik nak marah2 kita akan cepat penat.. lagi2 kalau bulan pose ni. dahla tak makan. pastu marah2. lagi la penat.. (renungan untuk diri sendiri yang memang selalu cepat nak marah ngan bebudak tu)..

cara mengatasi marah:

Di antara langkah yang perlu kitahadapi untuk menghilangkan marah ialah :

  1. Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah  memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat  marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang  marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
  6. Apabila datang marah, banyakkan  baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  7. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya  akan  meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
  8. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu  itu  datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.



aku rasa, yang boleh buat dengan cepat, yang aku hitamkan tu... yang lain tu aku rasa susah sket sebab kalau marah, memang susah nak pikir apa kan??? huhu.. pasni, kalau nak marah, aku akan diamkan diri je. huhu.. nak amek wudhuk, tak tahula. sebab kalau masuk bilik air karang, nanges pulak budak kecik tuh. tido pon takle.. diam je la.

wallahualam

Thursday, 9 August 2012

macam manakah

tengah duk terpikir... macam mana la raya tahun ni ek??? dengan baby yang tengah lasak tuh.. haish... so, tengok2 la cerita lepas-lepas....
gambar pra raya.. hahaha.. mei 2012

dan

dalam ingat2 lupa tu.. rupanya penat jugak kan beraya nih.. hope baby ok masa beraya nanti. jangan dia buat perangai sudah. qis memang tak kesah langsung sebab dia pandai bawak diri... huhu.. kalau la is pon macam tu kan best.

rasanya kene beli pampers yang pull up tu je... susah yang amat nak pakaikan baby pampers. kalau kat rumah orang, lagila. hadoi. macam banyak je mende nak kene ready.. tapi tak tahu apa. (apadaaa aku ni). mmm lepas ni kene list la.

open house?
camana ek? tahun ni disebabkan dah ada rumah baru, kene buat la kot. tapi kemungkinan besar, untuk family je dulu. tengok boleh handle ke tak. kalau ok, boleh la buat untuk kawan2. abang kata nak panggil kawan2 dia... eh.. saya nak panggil kawan saya jugak. huhu...

apa aku merepek di hari 20 ramadhan ni??? hmmm 10 hari lagi pose.. jumaat depan dah start cuti.. yahoo... tapi kitorang g umah baru kot. hantar barang lagi... (sikit2 lama2 jadi bukit)