Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 26 September 2011

raya oh raya

nampaknya minggu ni minggu terakhir perayaan yang bernama hari raya aidilfitri atau lebih juga dikenali sebagai hari raya puasa. hehe... macam la orang tak tahu kan. hari ni dah 28 syawal. bermakna hujung mingu ni akan berakhirla rumah2 terbuka sempena raya. (mungkin ada jugak kot orang yang buat rumah terbuka sebab tak sempat.hehe) dan ramai juga yang akan mengejar untuk berpuasa enam. dan aku seperti biasa, semenjak kawen ni, tak pernah dapat berpuasa enam. huhu. aku harap bila anak2 dahbesar, dapat la aku menjalan ibadah tu. setahun cuma sekali. aku memang tak larat nak puasa. huhu. tengah menyusu kan budak ni, aku makan memang agak ekstrem. tapi rasa susu tak la banyak pon. lapar nya tak tahu nak cakap. mengalah kan singa yang sedang kelaparan (singa lapar camana la pulak... umi. umi.. wat la perumpamaaan yang best sket - tak tahula nak umpamakan dengan apa... )

hujung minggu pertama syawal masih bercuti. raya di seremban. sempat juga beraya kat rumah bos abang di putrajaya.
hujung minggu kedua syawal. 'beraya umah mak aku'. aiseh. ingat nak berehat2 dihujung minggu. adik aku pulak menjemput kawan2 nya datang rumah. ingat kawan sekelas. tengok2 yang datang kawan satu tingkatan. mak ai.
hujung minggu ketiga syawal pulak. dekat seremban jugak. dengan alasan abang nak tengok bola. terengganu lawan negeri sembilan ke masa tu. sib baik menang. tapi lawan pkns kalah pulak. hahaha. aku gelakkan aja la. orang raya nak beraya. dia tengok bola lak. hehe..

hujung minggu ssyawal keempat.
minggu ni kami betul2 beraya. huhu. banyak cerita (banyak ke??) nak dicertiakan ni. hehe..

hari sabtu. 
abang keje . tengah hari sampai la rumah. tak tengah hari la. dah agak petang jugak. nak masuk asar dah time tu. mula2 ingat nak g umah kawan abang. pastu cek punya cek. rupanya salah hari. esok baru dia wat open house. hehe... so, bertukar ke rumah anak buah abang. huhu. kat gombak sana. apa namanya kerdas ke. masa ni takde la cerita sgt. yang nak dijadikan ceritanya. malam tu abah ajak join gie umah pakcik. so, memang kami takde hala tuju. ikot jela. tapi sampai2 je bangsar perut sakit gila. huhu. terus gi surau ke masjid kat situ. aku menonong je la mencari toilet. qis pulak tak pernah2 nak ikot ibu tiba2 kejar ibu. abis jatuh. tapi aku buat tak hendah je sebab sakit perut yang amat sgt ni. akhirnya jumpa jugak toilet. ada lipas. nasib la. dah tak tahan ni. pastu baru tengok qis. cian dia. sib baik takde pape. dengan kejar maghrib nya lagi.
kaki sapakah ini.. sorila. pinjam yer untuk entry ku. hehe...

yang bestnya nak cerita ni. aku terpakai selipar sebelah lain. huhu.. tak perasan masa kuar kete nak masuk umah pakcik. harap2 takde orang nampak. dah berjalan kaki ke rumah makcik lagi satu pulak. huhu... ingat nak tukar. tapi abang pulak dah menonong jalan ke depan dulu. malas pulak nak suh dia patah balik.
minyak hingga ke titisan terakhir digunakan... (ni pon amek gambar dari google jugak. hehe)

on the way balik umah, minyak kereta abis. haha.. memang dah nampak dah minyak tu dah kelip2. malas nak bising2 ngan abang. sebab dia mesti akan suruh aku bertenang. hope lepas ni tak terjadi lagi ye abang ku sayang. hihi (gelak kan abang dalam hati je la). betul2 mati depan trafic light. haha. sib baik kat tepi. kalau kat tengah jalan. tak tahu la. nasib baik jugak stesen minyak kat depan tuuuu je. BHP ke. hehe.. sapa2 yang biasa kat jalan klang lama tu. kitorang tersadai kat traffic light sebelum stesen petrol tu la. terpaksalah abang berlari. tahu la anak dara dia bukan boleh berjauhan lama  ngan ayah. ada ke dia cakap dalam tu dengan suara nak menangis.. "ayah... ayah g mana.. adik indu ayah....".. tengah panas2 ni nak ketawa pon ada. hahaha... baru sekejap ayah takde. dah rindu. huhu... sib baik dia ternampak susu yang dah dibuat oleh ayahnya. kalau tak, memang menagis la dia tu. adalah dekat 6 kali traffic light menghijaukan dirinya. dan kereta yang lalu lalang semuanya memandang. aku wat muka tak tahu je. haha.

hari ahad
takde cerita apa sgt. tapi banyak umah la pergi. mula2 kota damansara. pastu sungai buluh. pastu gie shah alam dan perhentian terakhir ampang. cian baby kepenatan. kul9 dah mengamuk  nak tido. qis best g umah orang. baik je. sume orang puji. eleh. pandai berlakon yer. tarik idung qis yang kecik tu baru tahu tau. malam tu balik dengan kepenatan dan tekak yang perit. adoi. baru kusedar aku tak minum sgt masa beraya. banyak rumah yang sedia air manis panas dan sejuk. 

hari isnin kembali bekerja dengan keadaan yang amat la malasnya. masih mengharap dengan pink form. haha. malas la nak mengharap sgt tapi ... waaaaaaaaaaa


No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini