aku cuti start 25hb. hari khamis sebelum raya. tapi dengan tidak disengajakan. aku telah bercuti sehari awal. emergency la katakan. hehe. pengasuh budak2 ni ada hal pulak. xpela. aku pon lagi suka. duk ofis pon bukan wat apa. hehehe.
24hb
aku duk menghabiskan masa je dengan budak. dan sebenrnya aku memang suka duduk rumah sendiri dari pergi mana2. hehe. lagipon, qistina lebih behave bila kat rumah tanpa ayahnya. kalau duduk rumah atuk (belah aku ke belah abang ke), perangai nya tetap menggeramkan aku walaupon ayah takde sebab dia ada orang nak mengadu kalau aku marah2. huhu...
25hb, 26hb, 27hb, 28hb, 29hb
- aku balik rumah mak la seperti yang dijanjikan. sebab mak suh aku tolong dia buat kuih raya. tapi hari 25 tu aku balun tido je. huhu. ganti balik malam2 yang tak dapat tido kat rumah. semuanya gara2 qis. kalau rumah atuk dia, dia tak kacau ibu nak buat apa pon. is pulak, ibu dah tido, dia pon sedap tido sekali. hehe.
- 26hb la baru start buat kuaih raya. hehe. arini buat kuih tat. hehe.qis sekali lagi begitu suka nak 'mencuri' tepung ibu. huhu... is pulak tak boleh kalau ibu takde. so, terpaksalah adik aku pegang dan berpanas kat dapur. panas2 pon dia diam je asal nampak muka ibu. huhu.. cian dia peluh2.
- 27hb lak buat biskut suji ngan biskot cipsmore. hehe. biasalah. bersesak2 ngan budak. tapi yang ni aku tak dapat tolong banyak sebab is pulak buat perangai.
- 28hb semua adik2 aku dah balik. so, kitorang wat barbecue. mak masak nasi minyak. pastu abang beli murtabak kajang. murtabak yang tebal tetapi murah juga sedap rasanya. banyak jugak la kuih abang beli. agak meriah jugak la buka pose aritu. tapi abang pulak kempunan ayam masak merah yang mak buat. hehe.
- 29hb agak kelam kabut. huhu. sebenarnya paginya agak tenang tapi bila tiba2 abah kata nak balik kampung lepas buka. semuanya dah jadi huru hara. mula2 abanh kata nak balik pagi raya. huhu. terpaksalah mak bertungkus lumus keluarkan ayam dan masak itu dan ini. ye la kan. xkan nak balik rumah orang (atuk aku dua2 dah xde-jadi kene duk umah kakak mak), nak balik lenggang kangkung. aku tolong la. hajat di hati memang nak tolong sampai habis. tapi separuh jalan aku dah pucat. penatnya. Tuhan je yang tahu tapi aku tengok mak masih bertenaga. abah ni, kenapa tiba2 tukar plan. kesian tengok mak. huhu nasib baik abang sanggup nak menunggu semuanya siap sebelum balik seremban.
raya pertama
seperti biasa di seremban. tapi tahun ni aku tengok ibu tak banyak buat rendang2. nasi himpit pon xde rebus. cuma guna nasi himpit yang mak bagi. huhu. mungkin sebab ramai anak dia yang amek giliran beraya rumah mak mertua. so, agak suram la raya tahun ni. tapi tetap meriah sebab qis yang becok itu ada. hehe. dan semestinya tiap2 tahun muka aku la yang beraya kat rumah tu. he. abang patut bersyukur tau sebab tak payah gilir. tapi kalau mak dah duk kampung, kita gilir ye abang. he. mc niasa kami akan beraya rumah sedara mara. dan last sekali beraya rumah maksu sebab nak stay kat situ. malam tu kami ber bakar ayam. sedap. sedap. tapi tak boleh nak menikmati sebab bay pon nak baring. dia punya mengamuk sampai semua orang kelam kabut. dia dah la nak kipas laju. nak menyusu sambil berbaring. huhu. tapi bagus gak. dapat la kami meng kongker kipas itu. hihi..
| qis n is la yang siap dulu |
| bergambar sebelum pulang ke kampung. qis nak jugak bergambar lepas puas pujuk dia |
| makan pon nak tercekik bila baby asyik mengamuk |
| melapaskan penat |
| cian dia penat |
| qis ni tak penat ke?? |
raya kedua
seperti biasa jugak kami akan pulang ke pagoh pulak. tapi sama macam kat seremban, kat sini pon tak berapa meriah sebab masing2 dah janji nak jumpa raya kelima nanti. jadi abah pon dah menghabiskan beraya masa raya pertama. selalu kitorang beraya raya kedua.dan baru aku perasan, takde pon amek gambar kat sana. huhu. dah memang jadi tabiat. lagipon ramai adik beradik lelaki. jadi takde sesapa pon yang excited nak amek gambar. huhu
raya ketiga.
macam tahun lepas. ada rumah terbuka kat seremban. lagi sekali aku kepenatan. baby pulak nangis aja. raya kedua aja dia baik. tu pon dia tido je. raya ketiga tak tido lak dia. agaknya dah banyak tido semalam. jadi, ibu buat soto ngan laksa. tapi aku masih memerlukan nasi. jadi masakla nasi sikit untuk aku makan. hehe.
| qis, macam biasala dia |
| tunjuk skill. haha |
| berehat bersama is.. is cakap "ibu...!!! lepas. jangan peluk kuat2" hehe |
raya seterusnya. beraya bersantai2 aja. pergi mana2 rumah yang tertinggal
| tengok qis tu buat muka lagi. is pulak asyik nak main daun tu je |
dan hari ahad, balik la semula kami ke KL. kul230 tiba2 abang di panggil untuk meeting. huhu. tunggu punya tunggu cancel. apadaaa... nasib baik bos abang ajak makan lepas tu. balik umah. tido!!!!
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini