Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 11 October 2011

pot pet pot pet

hari ni?? tak tahu nak tulis apa. tapi yang pasti aku mengantuk. huhu. kan best kan kalau dapat tido sekejap. huhu. nak buat keje tak tahu nak buat apa. owh. kalau tidak mesti tak terasa kengantukan ku ini. apa pun, itulah hakikat kehidupan.

malam tadi, semua balik lambat. ayah balik lambat. adik aku si yan tu pon balik lambat. huhu. bila xde yang menjaga si kecik seperti biasalah aku makan nasi ngan telur je la. nak tak nak. sedap tak sedap kene telan jugak sebab aku kelaparan. malas nak dengar si kecik tu menjerit semata2 nak memenuhi nafsu nak makan lauk best sikit. makan telur pon jadila.  bestnya kalau ada keropok makan ngan telur pastu kicap. tapi keropok xde pulak. bukan tak mo beli tapi tak semua keropok tu sedap. huhu...

abang balik je terus menggodek pam susu aku. pastu dia jumpa sesuatuu. rupanya boleh laras kuasa sedutan pam itu. hahaha... setelah qis besar baru aku tahu. hai la badan. sib baik lum beli pam baru. macih abang kerana menserviskan pam kecik itu.

pagi tadi tiba2 qis tak nak pergi rumah 'mak' dia. huhu. tak pernah dia berperangai begitu. selalu kalau diajak mesti dia suka. otak aku mula fikirkan yang bukan-bukan (tak baik kan aku???). mula fikir apa yang mak dia buat kat dia. apa yang kakak ngan abang dia buat kat dia sampai dia tak mau pergi sana. dah la aritu dia kata mak marah baby. sedih aku bila mendengarnya. baby pulak kebetulan aritu muka monyok je. xde mood tak seceria selalu. owh sedihnya. hanya Allah sahaja yang tahu,

tapi, ku kuatkan hati. pujuk hati. budak2 biasanya cerita yang bukan2. aku pulak memang tak suka nak terjah2 rumah orang tak tentu pasal ni. huhu. aku fikir semula. mungkin dia takmo pergi rumah sebab dia ingat ibu tak keje. ayah tak keje.

ibu: 
jom kakak kiter pergi rumah mak
qis: 
tak nak... (sambil menangis) ayah... (menjerit memanggil ayahnya yang sedang buang sampah).. ayah nak pergi mana. ibu nak pergi mana
ibu: 
ibu nak pergi keje la. ibu kan keje hari ni.
ayah: 
ayah pergi keje sayang.jom kita pergi rumah mak
qis: 
tak nak (nangis bertambah kuat) nak susu (saja nak melengah kan keadaan kami yang memang nak cepat di pagi hari)
ibu: 
tu la ayah. gatal lagi nak tengok bola. tengok anak ayah ni (ibu pulak bebel kat ayah)... dia tak puas lagi nak manja ngan ayah dia...
ayah: 
(diam je sambil mendokong anak kesayangannya tu) tak tahu lah mengiyakan atau mentidakkan apa yang aku bebelkan tu
baby: 
tersengih2 dan tergelak2 kecil bila diagah. dia memang tak banyak ragam kalau perut dah kenyang.)

tula sikit2 kekalutan yang berlaku pagi  tadi. hehe. macam best pulak buat blog versi dialog macam ni kan.... macam mana la keadaan dia nanti kalau sekolah. berperang la kami berdua nak mandikan si kakak yang kuat nangis ni. adoi.. camana. camana. semoga baik2 aja nanti.

hari ni??? buat tak tahu je. esok adaa meeting tapi meetung hala tuju??? apa kes?? macam bahagian ni baru buka. baru nak pikirkan hala tuju. apa?? selama ni buat apa. ahhh.. pedulikan la. yang penting aku siapkan keje aku (ada ke??)

alkisahnya laporan untuk hari ni.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini