Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 21 October 2011

meng gigi

semalam aku tak masuk kerja. ada wat apppointment doktor gigi yang memang dah lama tapi asyik bertangguh. kali ni memang dah tak boleh tangguh lagi sebab dah kesakitan  yang amat sangat.

bukan aku yer.. gambar ini telah berjaya kuambil dari google. thanks pakcik google. :)

memang hati ku berdebar sebelum masuk bilik doktor tu. sebab aku tahu aku memang seorang yang tak tahan kepada sakit terutamanya bila sakit gigi. abang pulak berkali2 pesan kat aku jangan menangis. dia dah tahu aku memang suka menangis. mana ada suka tau. just senang menangis. huhu. nak aja suruh abang tunggu aku kat dalam macam masa bersalin dulu. at least, bila abang ada tak terasa sangat sakit. sesungguhnya abang memang ubat aku yang paling mujarab. entahla. aku pon tak tahu. selalu kalau aku cakap aku pening, bila abang balik tiba2 je sihat. terima kasih Allah sebab berikan abang kepadaku. :D (dengan muka malu) huhu. mcm mengada2 pulak kan. tapi itulah kenyataan. cuma kadang2 je sakit tu tak surut walaupon abang ada, mungkin itu adalah sakit yang terlalu sakit.

bila dipanggil je. doktor pon tanyala aku sakit camana. so aku cerita la aku sakit gigi. nak makan sakit. takleh minum air yang terlalu panas or terlalu sejuk. pastu gigi aku patah masa pregnant haritu. huhu. kesian aku... bila doktor tengok2 n tekan2 (ya Allah... masa ni memang sikit lagi nak pitam. kalau doktor tu tekan lama sikit lagi je memang aku rasa aku dah pengsan. kepala dah mula sakit berdenyut2. hanya Allah yang tahu betapa sakitnya aku masa tu. air mata dah mula keluar. well as usual.)

lepas dia cek2 tu, dia diam kejap. aku pulak tengah melayan kesakitan aku yang tak terhingga tu. rupa-rupanya doktor tu tengah melukiskan gigi aku untuk diterangkan kepada aku. huhu. macam mana la aku nak concentrate dalam keadaan aku yang macam tu. tapi yang aku leh concentrate adalah kos treatment tu je. huhu. doktor kata kira2 rm2500. huhu. rasa bertambah sakit rasanya. disebabkan ketidakfahaman aku, aku pon menggugel la hari ni untuk mendapat maklumat mengenai rawatan akar gigi yang dikatakan. so, bolehla baca kat sini untuk korang tahu juga. atau mungkin juga boleh baca dari kementerian kesihatan ni. huhu....


so, sekrang ni tengah terpikir macam mana. mungkin mencari klinik lain untuk mendapat rawatan yang cheaper. untuk ke klinik kerajaan, aku rasa aku memang tak mampu untuk menahan sakit. huhu. dan decision aku yang terakhir adalah untuk mencabut sekiranya takde klinik yang boleh bagi harga yang lebih murah. owh. aku tak nak gigiku dicabut kerana aku taknak gigi yang tinggal akan beralih dan menyebabkan ketidak selesaan kepada mulutku (ni semua berdasarkan pengalaman kawan2 yang menceritakan pasal gigi mereka kepada ku)

harini... nak sambung buat minit untuk meeting hari tu dan menengok akaun untuk renovation rumah ku. hehe. tengah hari nanti mungkin aku akan keluar kerana ada barang yang perlu kubeli. lama jugak aku tak keluar yek.. :)

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini