hari ni xde apa yang istimewa. aku tak tahu kenapa. aku rasa semakin hari semakin suram kurasakan dunia ini. aku telah cuba sedaya upaya untuk positif seperti yang selalu dikatakan dalam mana2 nota/ blog/ ceramah motivasi. tapi aku gagal. dan sebab utama aku gagal adalah kerana aku tak dapat nak meminati semua ini. owh Tuhan. tolongla. aku rasa aku kat sini asyik nak menyusahkan orang. aku sedih dengan keadaan diri aku. tak boleh nak diceritakan macam mana yang dimaksudkan dengan menyusahkan orang tu. tapi itulah apa yang kurasakan. aku berharap sangat aku dapat segera bertukar ke tempat yang aku suka. supaya aku akan lebih ceria dan menceriakan orang sekeliling.
tadi padi, pergi ke majlis inovasi kementerian. saja la nak menghabiskan masa lapang aku kan. at least dah separuh hari ku terisi. :(
lepas tu, aku telah nekad menghantar surat permohonan untuk mendapatkan si 'pink'...
malam tadi baby macam tak sihat. dia tak leh tido. tapi yang pelik, aku tak pulak rasa ngantuk. mungkin kepala ni asyik berfikir mengenai diri ini. aku harap dia okla. biasanya kalau dia tak boleh tido, dia akan banyak tido rumah 'mak' dia. tu yang aku tawakal untuk ke ofis jugak. teruk betulla aku. semoga baby ok di rumah emaknya.
esok nak ke klinik gigi untuk membetulkan kerosakan gigi aku ni. dah lama aku menderita kesakitan gigi. masa pregnant aritu patah tapi masa pregnant tak dibenarkan untuk 'menggigi' kerana darah pada waktu tu agak cair dan merbahaya untuk membuat sebarang treatment gigi. tapi selepas habis pantang, asyik ku tangguhkan sehingga gusi mula senang berdarah, akhirnya terpaksa juga ku teruskan berjumpa dengan doktor yang paling kutakuti di dunia ini. huhu...
dan sekarang, aku kene buat minit mesyuarat. (bosan kean keje aku).. ni meeting semalam punya.
k lah. daaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini