hari ni 14/10 dan aku masih di sini. memang telah gelap semuanya semuanya musnah bak cermin yang pecah berderai. ya Allah, berikanlah aku petunjukMU agar aku lebih ceria dalam menghadapi hari mendatang seperti sebelumnya.
oklah. itu adalah doa sebelum memulakan bicara hari ni. semalam aku telah bercuti. so, tiadalah entri untuk kali ni. petang ni aku kene pergi taklimat produk. adoi. kalau ikotkan malas sebab aritu dah pergi tapi rasa macam alien je duk situ (kalau tak pergi pon takpe sebenrnya.. aku pon kompius dengan bidang tugas aku). apa pon, aku nak pergi sebab aku memang tak suka duk dalam ofis. lantak la. mcm alien ke. mcm apa2 ke. aku nak keluar. nampak nya takdelah joli2 di tengah hari jumaat yang mulia ini. hehehe.
dah la pagi2 buta tadi aku nampak lagi bas yang langgar aku tu. memang dia bawak macam pelesit la. laju giler. takot sgt. memang aku seram dengan bas sekarang. waaa.. sampai bila fobia ni nak berakhir...
![]() |
| lampu letak kat tengah2.... |
![]() |
| lampu kene alih untuk menerangi kat meja pulak. huhu |
k lah.. berbalik pada tajuk. hehe.
baru2 ni lampu dapur rumah aku terbakar. pagi tu aku buka lampu tiba2 tup. bunyi letupan kecik. huhu.. so petang tu adik aku berusaha untuk membetulkannya memandang kan abang berugas haritu. mula2 tukar mentol. pastu tak hidup jugak. try tukar starter pn sama. huhu. sedih. sudah pastilah sebab musabab nya adalah kerana wiring. adoi. camana nak masak ni. tiba2.. aku mendapat idea untuk menggunakan lampu tido. nasibn baik la ada lampu ni. thanks kepad sapa yang bagi lampu ni. (ni hadiah kawen aku sebenarnya)... pastu aku sms gambar ni kat abang. dia kata romantik. hahaha... romantik tak?? sebenarnya risau jugak sebab takot wayar tu kene api. huhu..
lepas memasak, biasalah main2 ngan si kecik ngan kakaknya.
![]() |
| baby yang tak sabar nak naik mende alah ni |
![]() |
| bergambar bersama sambil si kecik menghisap pelam dalam fruit feeder dia. |
![]() |
| bila dah dapat naik, tak cukup lantai dia berlari ke sana dan ke masir |
*penat aku pikir macam mana nak masukkan gambar2 dalam tepon ni masuk dalam pc. penat jugak aku mengorek kotak2 lama nak mencari kot2 ada perlu menggunakan cd. sebab seingat aku sebelum ni (kat ofis lama) rupanya tak payah. cucuk je usb tuh. huhu. penat tau mengangkat kotak2 tu sume. berpeluh peluh dibuatnya. tapi apa nak buat. aku ni dah nyanyuk rupanya. so, lepas ni boleh la meletakkan blog bergambar. hahaha.. apa la aku ni.
malam tadi, terdengar kereta yang membingitkan. eee geram sgt. risau kot baby bangun sebab aku banyak lagi keje nak buat. nak lipat kain la apa la kan. kakak memang tak hirau aku la. dia wat hal dia. tunggu dia besar sket baru la nak mintak tolong. huhu... kenapa la ada orang suka nak modify kereta dia sampai bunyi begitu. bukan ke dah elok kereta yang diorang beli tu. tak paham aku!!!!
misi mencari pembuat roti untuk mak masih belum tercapai. :(





No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini