kenapa bas kecik??? dah banyak kali ajar dia qis naik van ye?? dia tetap cakap tak nak gie sekolah. bila cakap bas kecik nak pulak. so, terpaksalah kitorang panggil van tu bas kecik. hehehe
cabaran sebenar adalah semasa nak membiasakan qis untuk ke sekolah sendiri. memang aku lah insan yang paling risau. ayah nampaknya dah tak risau sangat sebab dia kata, dia tahu ibu boleh handle qis sebab qis biasanya akan dengar cakap ibu berbanding ayah. owh abang. abang tahu tak, saya risau sampai tak boleh tido malam. kalau saya yang hantar sendiri, saya tak serisau ini. huhu.
maka di pagi isnin, abang meng arrange kan untuk meng ada kan dirinya di rumah sebab sepatutnya dia keje pada hari itu (setelah semakan dibuat, dia tak keje pon, penat je kan pergi keje malam tu abang..apasal diorang tak bitau abang ada orang nak mengganti). pagi tu aku try mandikan qis. tapi memang keadaan kelam kabut la di pagi hari. tahu je la baby tu bukan nya boleh bising sikit. dia sure terbangun punya la. bila keadaan macam tu, abang menyarankan aku suruh qis mandi umah mak dia je. aku diam je. aku sebenarnya risau jugak sebab qis ni banyak peel nya. aku takut mak dia tak tahan dengan dia. marah2 qis. kalau aku yang marah takpe. hehe. dalam aku mendiamkan diri tu, aku mengiyakan juga apa yang abang cakap walaupon aku terasa amat berat. huhu... sedey la. kan best kalau aku tak keje. memandangkan keje aku kat sini pon tak seperti keje. owh aku pasrah
eh tersedih sedih pulak..
pagi tu aku pergi keje dulu semntara abang meng handle si kecik dua orang itu. lepas punch je aku terus balik semula ke rumah. (ada meeting sebenarnya pagi tu.. tapi aku malas nak masuk.. hahaha dengan gelak jahatnya). aku naik van sekali ngan qis pagi tu. segalanya berjalan lancar. kalau diikutkan kepada jadual, aku akan balik semula untuk menemankan qis naik van untuk pulang. tapi tak dapat sebab kene masuk meeting. jadi abang kata dia akan perhatikan dari jauh. sebab kalau abang teman naik van, dia akan mengada2. hehe. so, akhirnya berjalan lancar.
hari selasa, aku kene handle sendirian kerana abang betul2 bertugas dan tak dapat balik. kami fikirkan qis akan ok sebab dia dah janji semalam nak mandi dengan kakak. tapi bangun je tido terus nangis. tak nak pergi tumah mak. nak pergi sekolah terus. luar pintu rumah berguling2 dan menagis tak mahu berjalan. tapi aku ugut nak tinggalkan dia. dia jalan juga akhirnya tapi menangis still tak benti. jadi sepanjang perjalanan rumah mak menangis tak berhenti. owh. malunya ibu. semua orang tengok tau qis. sampai je rumah mak. dia nangis guling2 lagi. kali ni luar rumah mak dia pulak. owh. terpaksalah aku pujuk. pujuk dan pujuk. lambat la arini jawabnya. huhu... keranamu qis. pujuk pujuk. last2 dia cakap nak susu. lepas tu baru diam.... pastu terus mandi dengan kakak. aku pon tanyalah ibu gie keje boleh??? nanti uncle bas kecik amek qis ye.. dia pon kata ok dan hulurkan tangan nak salam. aku pon melangkah pergi keje walaupon berat rasanya.
sampai je ofis, aku terus tepon mak dia. mak dia kata ok. dah pergi sekolah pon. lega sangat rasa. hilang kepanatan 'mengheret' qis pagi tadi tau. huhu
dan sehingga hari ni, qis dah tak nangis2 lagi. nangis bangun tido tu biasalah. memang dah jadi hobi dia. eh. hobi ke tabiat. apa2 la qis oiii...
semoga semangat qis untuk bersekolah sentiasa membara. amin. ibu doakan qis berjaya dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini