Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 14 November 2011

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

aku dapat mende ni dari fesbuk. dan aku rasa betul sangat mende ni. so, just want to share... sebabnya ada pengalaman sendiri. huhu.. bukan dengan anak sendiri. tapi takpelah. tak perlu diceritakan dengan lebih detail sebab ia seperti membuka pekung di dada kan. (sebenarnya banyak kisah duka aku yang tak perlu la diceritakan di sini... cukupla untuk aku seorang saja tahu. dan mungkin share bersama orang tersayang. tentunya abang ku sayang... abang. thanks kerana sentiasa sudi mendengar luahan hati saya. dan tentunya ALLAH lebih dan maha mengetahui. thank u ALLAH)...

so, dengan pengalaman yang aku ada, aku tak nak la kawan2 merasa kannya. lagipon, syurga seorang anak kan di telapak kaki ibu. jadi kita kene buat anak tu patuh apa cakap kita. kan. kan. kan.

so, kepada para suami.. hayati la. kepada para isteri juga.. beritahulah suami anda.

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini