Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 4 November 2011

qis sekolah

qis yang keriangan untuk  bersekolah (qis sedang memanggil ayahnya)
inilah antara salah satu sebab mengapa aku bercuti seminggu pada minggu lepas. mencuba untuk menghantar qis sekolah setelah sekian lama dia meminta kami untuk menghantarnya ke sekolah.

aritu masa aku meng gigi, sempat lagi kami berenti kat sekolah qis ni untuk bertanya pasal nak hal2 sekolah la kan. walaupon kepala aku dah pening sebab kesakitan gigi yang amat sgt, tapi demi qistina, ku gagahkan juga. cerita punya cerita, kami rasa berminat pulak nak menghantar qis kat situ. cikgu nya pulak begitu friendly n willing to help us due on transportation. memang amat menyukarkan kami untuk menghantar qis ke sekolah kerana kami ni bekerja. huhu. berat hati nak biarkan qis naik bas sendirian. kecik2 lagi dah kene berdikari... sabarla wahai anak ku.

selepas lama berdiskusi, the teacher sarankan agar kami try hantar qis dulu. for two days. its free!!!... bila dengar free je mata aku pon terasa bling2... hehehe... if she like, its depends on you whether want to send her to school or not... so, we decide to try... eceh speaking lak. (kenelah berlatih sebab nanti kalau qis speaking berabuk xkan kitorang nak nganga je).. maka aku pon menambah lagi cutiku selama dua hari. (mula2 just apply cuti lepas deepavali je.... hehehe)

jadi, pada hari kejadiannya, selepas menghantar baby kat rumah pengasuhnya, aku pon kejutla si kakak untuk ke sekolah. dan tanpa diduga, dia bangun tak menangis you!!! ouch. ibu terharu. cepat je dia bangun nak mandi sebab nak sekolah. lepas mandi terus je ajak ibu g sekolah. huhu. awal lagi la sayang. aku pon tanya dia nak makan apa2 tak. semua dia tak mau. adhai qis. jangan la excited sgt. hehe. last2 dia mintak jg susu sebab ibu lama sgt bersiap (ibu saja je lambat2 sebab masa banyak lagi)...

'bersarapan'

masa yang ditunggu pon tiba kami ke sekolah.. muka dia agak ketakutan tapi still nak pergi. perasaan nak tahu tu membuak kot.  sampai je sekolah dia nampak sgt teruja dengan lego yang bertaburan di lantai. cepat je dia ikot cikgu dia nak main. tapi cikgu tu agak tak mesra alam. langsung tak menolong qis untuk menyesuaikan diri. cikgu yang mesra alam hari tu sedang bz. huhu.. aku terpaksa dudk sekali sekejap biar dia bermain. lama2 dia pon suka untuk menunjukkan skilnya.. owh. ibu lega. tapibila budak2 semakin ramai dia nampak macam tak selesa. ibu risau balik...

tiba time perhimpunan pagi (hari tu hari isnin, biasalah kan. semua sekolah ada perhimpunan pagi.) dia dah mula duduk dekat kerusi. dari duduk ke baring dan akhirnya nak ajak aku balik. huhu.. aku tahankan hati juga. tak mau dengar cakap dia (kalau ayah ni mesti qis tak sekolah lagi sampai sekrang.. hehe. ayah ni). dalam hati aku, cepat la habis. cepatla masuk kelas.

lepas masuk je kelas, aku hantar dia ke kelas. bila nampak dia macam dah tak hiraukan aku, cikgu pon mengisyaratkan aku keluar.. so aku pon keluar. (tengah lapar ni... nak makan. hehe). aku cakap ngan cikgu, kalau ada apa2 call tapi nampak nya takde yang call. ujian di hari pertama habis!!! :D

balik sekolah
naik tanya cikgu, dia kata qis kencing. huhu... mesti dia takot nak bitau cikgu...

qis menunjukkan skill nya melego.. hehe

dia dah mula nak buat perangai n ibu semakin cuak

qis dah masuk kelas. ibu lega

hari kedua
sama macam semalam. tak sabar nak ke sekolah. sepanjang perjalanan ke sekolah
aku:
ibu hantar kat bawah je tau
qis:
ala.. ibu naik la. teman adik main lego
aku:
mana boleh... ibu kan keje (saja je cakap keje padahal aku cuti. hahaha)
qis:
ala.. ibu teman la qis. (dengan muka nak nangis dah. itu je la modal dia. nangis)
aku:
qis. ibu keje sayang. qis naik dengan cikgu ye. cuba qis tengok tu kawan2 qis semua naik dengan cikgu. mana ada ibu dia hantar
qis:
(diam je... xtahula apa dia pikirkan...) cepat la ibu. qis nak sekolah ni... (eh. budak ni nak aku hantar jugak ke... aku dah pening. camana ni).. cepat la ibu (sekali lagi dia suruh ibu cepat)
ibu:
ok. ok. tunggu jap ye. ibu buka pintu

sampai je kat depan sekolah. cikgu terus sambut dia bawak naik atas. dia tak hiraukan aku dah lepas tu. hampeh betul budak kecik ni. dan masa balik, cikgu cakap she's okey. but still very quiet. but its ok. its normal. she will get use to it. YESSSSS!!! day two done. alhamdulillah....

cabaran sebenar adalah pada hari nak suruh naik bas sekolah. memang mula2 dia cakap tak nak. dia kata bas busuk. ada2 ajalah qis ni. pastu entah kebetulan kot. Tuhan nak menolong kami. dia tunjuk depan2 ada budak sekolah naik bas. ayah pon tanya qis nak naik sekolah tak?? sambil menengok orang turun dari bas, dia mengangguk.... hehe.. aku suka!!!

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini