huhu... setelah banyak luahan demi luahan yang telah kulemparkan di sini. aku tak tahula apa reaksi kengkawan sume. mesti banyak yang tensen berbanding kesian kat aku kan. huhu. entah la. aku pon tak tahu (sambil mengeluh panjang walaupon aku tahu mengeluh tu tak elok).
buat semua kengkawan ku. bukan aku tak suka aku dapat keje yang takde keje. aku suka sangt sebab ia langsung tidak memeningkan kepalaku. tapi bila keadaan dah terlampau lama untuk menanggung semua ini, aku jadi kesian kat diri aku (haha.. ayat apakah ini). memang langsung takde perkembangan karier kepada diriku langsung. bak kata sorang tu (entah sapa. aku pon tak ingat) kalau keje tapi tak bekerja pon boleh gila juga. nasib baik gaji masuk je kan. huhu.
kalau la aku ni dpt pelepasan untuk menjaga anak ku di rumah, aku memang teramat2 la sukanya. at least dapat jimatkan duit hantar jaga kat umah orang. ni tak, kene pergi keje macam biasa. balik umah pon macam biasa. tapi langsung xda input apatah lagi output yang boleh aku bagi kat ofis ni. owh. alangkah terbazirnya masa ku di sini.
dulu aku memang bz. tapi hati aku senang sebab aku tahu tenaga ku telah digunakan. dan aku puas sebab dapat buat kerja yang aku suka. balik umah ada keje juga. memang masa tu tak pernah terbazir macam tu je la. apa pun, aku tahu ada hikmah di sebalik semua ni kan. dan aku malas dah merungut lagi lepas ni. redha je la. dan aku akan mengisi masa ku begini la.
k la. cuma nak menerangkan kesalah sangkaan yang terjadi je kot. huhu...
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini