Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 5 September 2011

rindu

selesai sudah bercuti raya selama seminggu lebih (sebenarnya minggu depan nak cuti lagi. hahaha) tapi hati ni asyik rindukan si kecik je. rasa macam nak bawak je dia ke ofis ni. ye la kan. aku pon bukannya ada keje sangat nak buat. rasanya kalau bawa dia, terisi sikit masa aku. huhu. tapi apakan daya.

dulu masa qis baby takde pulak aku rasa macam ni. mungkin dulu aku sibuk dengan kerja aku. dan tak sempat nak ingat si kecik yang ditinggalkan kat rumah. ya Allah, berilah aku kekuatan. rindu ni rasa macam nak tercabut jantung hati ni. huhu.

mungkin jugak masa qis dulu, aku tak dapat nak 'bermanja' dengan dia. ye la. maklum aja la cucu sulung. dua2 belah pihak lak tu. kalau balik kampung, masa aku dengan dia cuma masa menyusu kan dia je. yang lain dengan atuk, wan n pakcik n makciknya. dah la memang tiap2 mingu balik kampung. masa kat rumah pulak malam je la main dengan dia. dengan is ni, memang banyaaaaak sangat masa dengan dia. maklum la dah ada ramai cucu. dan kebetulan pulak is yang paling tembam. dan tentunya dia akan jadi pilihan terakhir untuk di dukung oleh sesiapa sahaja. ibu jugak yang kene pegang dia. owh. rindunya.... rindu dengan ketembaman dia. gerammmmm...

lamanya nak tunggu balik rumah...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini