aku kene buat sesuatu juga hari ni.. kalau tak mesti aku mabuk kalau balik umah nanti. huhu.. opsss... bukan mabuk tu yer. tak tahu kenepa kalau tak buat pape dekat ofis , mesti aku balik umah akan kepeningan. so, kene menyibukkan diri. hhu.. tapi tula. sibuk pon setakat sibk memerah otak untuk memblog. haha... at least ok la daripada xde wat pape. dan kene bagi assignment kat diri sendiri contohnya cari menu untuk petang nanti ke. tapi balik2 lauk sama gak masak. haha. survey2 harga barang kat internet ke. huhu. sedih betul rutin harian. tapi takpe. aku akan hayati setiap detik ku bersenang lenang di sini. (haha.. ayat memujuk diri)
pagi tadi, macam biasa baby akan bangun pukul 630 pagi.. so seperti biasa aku kene bersiap sebelum dia bangun. dah 3 bulan macam tu kan diam tak diam (selepas habis cuti bersalin). tapi sekarang dia dah pandai. nampak aku cantik2 (cantik ke. haha.. ala pakai baju kurung pakai tudung, kira cantik la tu bagi seorang anak. kan kan kan), dia tak senang duduk (baring) dah. mesti nangis. mintak dokong. huhu... aku tak kesah kalau ayahnya ada tapi bila ayah takde aku jadi kelam kabut. jumaat lepas aku terjaga kul 630. ya rabbi!!! aku masuk bilik air je baby dah nangis. huhu... penat rasanya pagi tu. tapi keadaan masih boleh dihandle. hehehe. :)
| ni la saya punya. huhu... jangan la rosak dulu. tunggu baby is besar ye.. huuhu |
dah la agi tadi tak dapat nak pam susu. hhuhu.. pam ni dah buat hal ke?? agaknya sebab jatuh haritu kot. sedihnya aku. malas nak beli baru sebab aku memang tak berhajat untuk mempunyai anak ramai. tu yang aku beli biasa2 je. ingat sempat la untuk 2 orang anak. aduhai. camana ni. perlukah aku menukar yang baru. oh tidak.. nanti aku yang rasa tak berbaloi sebab pakai sekejap je (dalam setahun lebih je lagi).. waaaa.... sedih pulak. dulu qis aku tak payah nak susah2 pam susu pagi2 sebab dia bangun lambat. dan susu yang beku pon dah dapat dicairkan bila dia bangun pagi. tapi baby ni tak boleh. sebab dia memang bangun awal dan memang kene bagi susu di pagi hari. takpela.. aku akan pikirkan nya semula dan berbincang dengan abang ku sayang. huhu...
hari ni aku nak servey bread maker-BM (yeah... itulah assignment utnuk diriku pada pagi ni). dengan servey pam susu jugak. in case kene cari baru. huhu.. (sedih pulak rasa). opsss tapi bread maker tu bukan untuk aku. haha. seperti sedia maklum aku ni malas. saja servey sebab tengah berkira nak belikan mak apa.(15.10 ni besday mak) ingat nak belikan mesin jahit. tapi aku rasa tak kesampaian pulak. sebab mesin jahit mahal la. huhu... kene saving sikit lagi untuk menyampaikan hasrat ku itu. setakat ni, aku rasa macam nak beli BM brand tesco jugak je macam yang dalam blog liza. hehe.. dan mencari2 resepi untuk membuat roti bersama mak. hehe.
| bread maker jenama tesco |
| dapat buat roti ni best ni.. huhu |
insyaAllah, bila budak2 dah besar, boleh la aku pulak buat sendiri dan masak best2 untuk semua. untuk abang, qis dan is dan sesapa yang rasa nak makan masakan aku la (haha.. ye ye ooo ye aku ni). bukan apa, sekrang ni masak simple2 aja. sebab lama sikit je si kecik dah menjerit. huhu. duduk dapur tu bukannya penat pon tapi bila kene jerit macam tu penaaaaat sgt rasa. semuanya rasa terkejar-kejar.
apa lagi nak cerita ek... huhu.. dah dulu la buat masa ni. aku nak meneruskan cita2 ku membaca buku dan membuat 'assignment' tadi. hehe. malas nak bercerita mengenai sesuatu yang tak best.
mmg pressure masak kt dapo dgn kena lari2 g tgk anak. sabo jela kan..huhu. kdg2 tgh masak, time tu nk dukung.geram gak time tu. ni mkcik kck dh bsar, dh ok la. dulu time kck2..mmg tension mama dia
ReplyDeletehuhu makcik kecik akak pon dah besar. tapi dah ada pakcik kecik pulak... makcik takleh harap. huhu
ReplyDelete