hari2 kita disajikan dengan cerita2 buang bayi la. budak sekolah beranak kat sekolah la. tapi aku sebelum ni tak pernah amek pot pon cerita2 macam tuh. tapi entah macam mana satu hari tu aku tiba2 terpikir dengan semua cerita2 ni dan aku menjadi takut (ayat pon dah tak serupa ayat dah)
haritu,
12hb spetember... pagi2 sebelum berangkat ke genting, bukalah tv. masa tu tv3. MHI ke apa nama rancangan tu kan. diorang jemput seorang perempuan remaja yang pernah terlanjur dan alhamdulillah sekarang dah insaf. dijemput juga pengusaha rumah kasih ke nama tempat perlindungan remaja2 perempuan yang dah 'sesat'
apa yang buat aku sedih??
masa wardina soal2 budak tu, dia tiba2 sebak. dia sedih bila dengar cerita budak tu. dia dengan tak sengaja dia tak tahu nak cakap apa bila benda macam tu kene kat anak dia. dengan tak semena-mena jugak aku terpikir betul jugak apa yang wardina cakap. aku pon ada anak dara. ditanya lagi budak perempuan tu takde ke rasa bersalah bila buat sesuatu yang haram tu. dia kata takde pon rasa apa2. huhu... memang masa tu aku pon rasa nak menangis. tambah2 bila tengok wardina dah pon mengalirkan air mata perempuannya. diceritakan lagi bahawa semua kawan sekelasnya dah tak dara!!! nauzubillah... diorng siap cerita sesama sendiri aksi2 yang diorang buat kat kawan2 diorang. ya Allah. memang dunia ni dah nak sampai penghujungnya kot. tak malu ke diorang. sedangkan hubungan suami isteri tak boleh diceritakan. ya Allah... jauhkan la anak2 ku dari perbuatan yang Engkau murkai. uhuh..
sebak rasa dadaku ini. apa nak buat ek?? mcm mana nak control budak2 zaman sekrang ek?? risau nya aku. aku tahu anak aku tu kecik lagi tapi sebagai mak bapak, kita kene fikirkan sesuatu semoga semua menda ni tak terjadi. huhu. abang aku cakap, kita sekolah kan dia asrama. tapi asrama zaman akan datang, sama ke kualitinya dengan asrama zaman aku dulu?? semoga kami suami isteri dapat memberikan pendidikan agama yang cukup pada anak2 kami. amin.... sama2 la kita berdoa semoga anak2 kita semua dijauhkan daripada sesuatu yang negatif macam ni.
ni salah satu contoh
insyaALLAH umi..kita cuba semaikan benih2 iman seawal mungkin..semoga ALLAH selamatkan anak2 kita..generasi kita...
ReplyDeletememang itulah keazaman di dada. tapi masa mendatang ni kadang2 membuatkan kiter terlepas pandang.
ReplyDelete